Sunday, October 16, 2011

Daging masak halia


Saya jarang sangat masak daging lembu.. Anak saya Adam memang rasa terpaksa betul kalau saya suruh makan daging lembu.. Kalau ayam tak pernah menolak.. Tak payah pelawa pun dia ngappp!.. Puas juga saya pujuk Adam rasa masakan saya ni.. Tapi kalau dah dia tak suka, penat saya pujuk entertain sikit je dia..


Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris kecil dan nipis)
Halia*
Bawang kuning/Holland
Bawang putih*
Lada hitam* (Saya guna serbuk)
Daun bawang
Kicap soya pekat
Sos cili
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis

*dibahagi dua iaitu sebahagian ditumbuk dan bakinya dihiris kecuali lada hitam.

Cara-cara: Perap daging dengan bahan yang ditumbuk iaitu halia, bawang putih dan lada hitam (Saya perap 1 jam). Panaskan minyak dan goreng daging (hingga lembut/empuk). Tambah sedikir air dan masak hingga sedikit kering dan pekat. Kemudian masukan halia, bawang besar, bawang putih, lada hitam (optional, kalau rasa dah mencukupi tak perlu tambah), kicap soya pekat, sos cili, garam dan gula. Kacau sebati. Akhir sekali masukan daun bawang. 


6 comments:

  1. Waaa sedapnyaaaa...ok jgk klu makan dgn pulut ni kan..hehehehe

    kreatif tang daun bawang tu..i likeeee :)

    ReplyDelete
  2. Sis-Lin ~ Hihi.. sedap u.. pulut juga dia sebut.. ye laa org tgh enak2 menikmati pulut :)

    Tu kreatif tah apa2 nama dia hik3 :D

    ReplyDelete
  3. Wah.. rajinnyer Yaa.. masak daging lagi U.. Dah terliur nih..

    ReplyDelete
  4. zura ~ Da ko tak perasan ker sampai ari ni baru aku masak daging hik3 :D
    Kalau ko yg masak aku tambah nasi kui3..
    Satu ari aku nak rasa gak Red Velvet ko yg mengecurrrrrkan tu :)

    ReplyDelete
  5. Eh! Oeya.. awak letak pokok kelapakah?? hik hik... dap2! Sy bagi 5 bintanggggggggg

    ReplyDelete
  6. Sari Yusa Ibrahim ~ Lorrr pokok kelapa?!!.....Pokok kelapa sawit lahhh.. hahahaha :D

    ReplyDelete