Friday, July 29, 2011

Panduan khatam al-Quran di bulan Ramadan

Saya pasti ramai mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan al-Quran. RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran. Kita digalakkan khatam al-Quran sebanyak mungkin sepanjang Ramadan ini. Di sini saya selitkan sedikit panduan bagaimana cara supaya kita mampu khatam al-Quran pada Ramadan yang saya rujuk di sini.

Saya mengetahuinya juga melalui bacaan di tulisan Ustazah Dr Masitah beberapa tahun lalu yang saya tidak dapat ingat bacaan melalui saluran apa. Kemudian saya berusaha dengan panduan tersebut. Saya hanya dapat mengikut panduan tersebut pada hari cuti saja kerana pada hari bekerja saya hanya berpeluang melakukannya selepas Isya'. Kiraan bilangan muka dibaca juga berbeza kerana saya perlu mengira 'cuti' bulanan saya. Dengan izin ALLAH dan kesungguhan kita, insya'ALLAH.

Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.

SMS

SMS Oh Oeya dengan Cik Azna sejurus selesai perlawanan malam tadi..

Oh Oeya:   "Meski kecewa dengan keputusan Harimau Malaya sebentar tadi.. Kebanggaan
                    tertinggi atas kesungguhan skuad Harimau Malaya.. huk! huk!

Cik Azna:   "Tulah drama minggu ini terlalu banyak hehe, wever player 22 tetap dihati... :)

Oh Oeya:   "Degupan jantung tak keruan seawal pagi hanya kerana game malam ni dengan\
                    harapan menepati ramalan.. huh! gilosss!!

Cik Azna:   Tulah sama.. nak menang.. nak menang.. haha.. but at last.. huk! huk!"

Google

Di hati Cik Azna..



Kebanggaan kami dan negara seluruhnya..

Thursday, July 28, 2011

Jersi

Google

Jersi skuad 'Harimau Malaya' yang menjadi idaman saya dan anak.. Kami hanya pendamkan saja idaman tersebut ketika ini kerana ia dijual pada harga RM199 sehelai.. Saya berpendapat belum patut bagi anak saya Adam menyarungkan baju berharga sedemikian pada usia 10 tahun.. Saya tidak mahu jadi serbasalah menyarungnya tika Adam hanya melihat.. Dia hanya akan membuat andaian Mama nya tak adil.. Mengalahlah saya meski hati memberontak ingin memilikinya..

Harimau Malaya

Saya pasti mendoakan kemenangan kepada pasukan bolasepak negara 'Harimau Malaya' yang bakal bertemu Singapura malam ini dalam perlawanan timbal balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014..

Google

Harapan tinggi kepada setiap pemain dalam skuad 'Harimau Malaya'..

Google

Saya mahu kegembiraan seperti foto di atas ini berulang

Amy Search

Google - Zonartis.com

Selamat Hari Lahir kepada Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.. Beliau dilahirkan pada 28 hb. Julai 1958.. Semoga dipanjangkan usia.. Kekal sihat dan bahagia.. Mewah rezeki dan diberkati..


Satu-satunya kenangan bersama Amy 14 tahun lalu..







Tiga foto terakhir ini saya dapatkan dari sini, merupakan blog yang mengenengahkan kebanyakan aktiviti yang berlaku dan dijalankan di SDJ.. yang mana Amy dan Awang BPR pernah menjadi sebahagian pelajarnya.. Lawatan oleh Amy dan Awang setelah mereka turut menghadiri sambutan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.. Semoga kalian terus beroleh beroleh kejayaan..

Anak bulan

Google

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

Sumber: Wikipedia


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)

Thursday, July 21, 2011

Fatwa Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

Terperanjatkan??!!! Saya yang terperanjat membaca tajuk tersebut.. Iyelahkan.. selalunya kalau ada 'fatwa terbaru'.. mesti sebelum tu akan dengar dan baca dibeberapa saluran atau siaran tentang sesuatu isu dengan disusuli pendapat tokoh-tokoh atau ilmuan.. pagi ini tiba-tiba blog ni mengundang perhatian saya.. Nak tau selanjutnya klik sini..

Model LELAKI gilosss encemmm..

Tutup mataaaaaaaaaaaaaa....

Tutup mataaaaaaaaaaaaaa..

nanti..



nanti..



nanti..



Okey sekarang bukak mataaaaaaaaaaaaaa..


 

Perrrggggghhhhhh!!!

Gilossssss encemmmmmm!!

Mari jengah sini apa perlunya model ini dipapar..

I tumpang kerek u kalau ada adik lelaki encem gini..

ngeeeeee :D

Saturday, July 16, 2011

Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu

Dari Februari 2011 lalu saya telah berusaha mengurangkan berat badan.. jujurnya.. saya GAGAL. Mengaku saya tidak mengamalkan senaman sebagai rutin meski saya tahu senaman adalah penting untuk kesihatan..
Dengan usia 35 tahun menampung berat 65.1kg.. BMI 26.7 (Over weight).. Body Fat 26.5 dan Body Water 54.9% (Above).. huh!!..Sesungguhnya membuatkan saya teramat tidak gemar.. dan ia bukan idaman saya argghh!!..
Dengan kategori BMI tersebut, Value meaning bagi saya adalah OVERWEIGHT.. dan Health Risk Based Solely On BMI saya adalah MODERATE erkkk!!.. Dan dengan kiraan tersebut, tindakan yang perlu saya lakukan adalah Fitness program recommended, ensure sufficient water intake.. adeiii!!..


Terbaru saya singgah ke blog Kevin Zahri bagi mendapatkan rujukan mengenai Panduan Kurangkan 5kg dalam 5 minggu.. Jom join!!

Monday, July 11, 2011

Objek terbang di AEON Jusco Terbrau City

Dalam akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini, ada saja berita dari luar negara mengenai 'objek terbang'.. terdapat pendapat yang mengaitkan berita tersebut dengan 'tahi bintang' dan 'UFO'.. namun pakar-pakar bidang tersebut meraguinya..

Saya juga melalui pengalaman tersebut pada 9 hb Mei 2011 lalu.. tak pasti apakah 'objek' tersebut.. pada mata kasar saya ia kelihatan seperti 'bebola cahaya'.. samada ia helikopter kawalan jauh yang mengalami kerosakan di udara.. atau bunga api.. atau tahi bintang.. entahlah?!!.. lokasi gambar ni diambil ketika saya melalui sekitar AEON Jusco Tebrau City Johor Bahru waktu itu.. Kalau teliti diperhati.. 'objek' tersebut semakin menjunam ke bumi..







Sekadar berkongsi..

Friday, July 8, 2011

Fried Hor Fun @ Kuey Teow


Bahan-bahan: Hor Fun/ Kuey teow, taugeh, tomato, bebola ikan (dihiris), udang, bawang putih, kicap pekat, garam, gula dan minyak masak.

Cara-cara: Goreng udang, asingkan. Goreng bebola ikan, asingkan. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan tomato, udang dan bebola ikan dengan masukan sedikit kicap pekat dan kacau. Kemudian masukan hor fun/kuey teow diikuti taugeh dan tambahkan kicap pekat secukupnya. Akhir sekali garam dan gula.

Thursday, July 7, 2011

4 Julai 2011

Tiga hari berlalu.. tarikh mokcik dilahirkan cuma tahun saja berbeza.. Alhamdulillah.. masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa.. Menjalani hidup dan kewajipan sebagai hamba-Nya.. Sekadar mencoretkan bahagia di hati kecil mokcik ini..
Ucapan dari anak tunggal tercinta, Muhammad Adam Lutfi mokcik terima dari 1 hb Julai hingga 4 Julai yang sepatutnya.. selama hari tersebutlah mokcik senyum dan ketawa kecil dengan Adam ni.. terlebih excited.. macam dia yang akan dirai.. begitulah Adam..
Birthday Bonus dari syarikat sudah tentu ada heheh.. dan yang pasti amaunnya tidak berubah kui3.. Kira ok apa dari takde hik3..
Nak tujukan ucapanlah kui3.. Terima kasih anak.. boss.. keluarga.. ipar-duai.. anak-anak saudara.. saudara-mara.. dan.. sekalian sahabat.. yang mengirimkan ucapan serta doa buat mokcik melalui SMS dan FB wall.. Amin dan terima kasih.. Mokcik reply by SMS saja untuk kedua-dua saluran tersebut.. itu pun yang contact number mereka ada dalam simpanan mokcik.. yang takde maaf ye.. mokcik tak dapat online FB setakat hari ni.. Terima kasih juga buat si cantik molek Azna Rizan yang tolong mokcik sampai-menyampaikan ucapan terima kasih mokcik kepada kenalan yang tidak dapat mokcik hubungi.. Ucapan dan doa Nita buat mokcik terharu huk3.. Lin dan Azie.. tawaaa laaa.. tawaaa laaa.. korang dua orang noti eikkk :D

Google
Boss!!.. Birthday Bonus next year ya!!
Uuuuuuiiiiiihhhhhh!!
Kalau rezeki mokcik laa kannn!!..
Meriahhh!!! :D


Yaaaaaa!!.. Ini dari M'Dik ku sayanggg!!..
 
Alhamdulillah.. Mewah rezeki M'Dik.. Amin. Makan-makan dan gathering tak dapat dilaksanakan.. ialah hari bekerja kannn.. lagipun mokcik belum ada kelapangan.. bila dah tertunda ni.. faham-faham ajelah hik3.. takde kot heheh..

Hor Fun

Sedikit kecepesss atau maksud asalnya lari plan sebenarnya.. Mokcik siapkan bahan-bahan untuk goreng saja hor fun ni meski tak banyak beza dengan menghasilkan hor fun ala-ala 'Ipoh Hor Fun' heheh.. dek kerana Adam buat kesian dengan gunakan ayat power "I thought you want to make soup Hor Fun' dan beredar.. e'elehhh macam mokcik tak faham.. makanya.. mokcik ubahlah serta merta dan asal boleh yo kui3.. jadinya taugeh dan fish cake perlu disimpan saja.. alaaa usah pertikai.. mokcik memang ringkas begini :)

Bahan-bahan: Hor fun, kucai, lobak merah, bebola ikan, udang, air, susu segar, bawang hijau/India, garam dan minyak untuk menumis.

Cara-cara: Tumis bawang hijau/India. Masukan air (tak perlu banyak kerana akan dicampur dengan susu segar) hingga didih, diikuti kucai, lobak merah, bebola ikan dan udang. Kemudian tambahkan garam. Akhir sekali masukan susu segar dan hor fun. Sedia dihidang.

Hor Fun tanpa susu segar


Hor fun dengan susu segar

Wednesday, July 6, 2011

Blog Aku Tetap Aku dengan Sensitif itu penting

Menjengah blog Mohd Sukur Ibrahim atau Aku Tetap Aku pagi ini dengan entri Sensitif itu penting telah 'membangunkan' mokcik.. Hakikatnya pada mokcik sendiri.. Memerhati dengan keinginan yang kuat untuk mengetahui bagaimana kejayaan tersebut dikecapi mereka terutama sahabat atau kenalan sendiri.. sensitif begini penting menjadikan kita lebih positif.. lagi jadi suatu pemberi semangat.. Kejayaan 'mereka' ini jadi inspirasi.. tapi tak gunalah kalau kita setakat dok 'menunggu' tanpa usaha.. buang maso yo..

Mokcik kongsikan juga pandangan mokcik mengenai entri tersebut..

Blogger  
 
Oh Oeya said...
bagus berfikiran positif begini Sukur.. pernah seseorang kata pada mokcik..  
"kalau kita mau 'ong'.. kita mau dekat dengan itu 'ong' punya orang.. hopefully tempias itu 'ong' punya orang, dapat, kalau tak banyak, sikit kat kita.."  
kenyataan ini kita tafsir dengan fahaman positif kita dan kemudian usahakan.. kita ada demand.. demand juga bakal memaksa kita untuk tidak malas dan 'membangunkan' kita.. tidak selalu rezeki datang bergolek-golek tanpa usaha dan kerja-keras..  
Tahniah Sukur.. fikiran sebaik ini bakal impak yang cerah untuk masadepan awak.. Amin.
July 6, 2011 11:50 AM

Terlepasss!! GEGAR BLOG JULAI 2011


Terlepasss laaa pulakkk join gegarrr kali ni! Tak rezeki mokcik.. takpelah.. mokcik teruskan.. Untuk join klik Gegar blog Julai 2011 .. Kreatif Ben nih..
Kita tak tahukan kenapa seseorang create blog?!.. Tujuan create blog.. Tak kisahlah blog berbentuk macamana.. Ada yang jelas membawa maksud menjalankan perniagaan.. Menambah pendapatan dengan Mr Nuffnang heheh.. Mokcik selalunya 'mengisi' blog dengan aktiviti, kesukaan atau  luahan emosi je heheh.. Kekadang tu, jujurnya, untuk mokcik syok sendiri hi3.. Iyelah mokcik ni bukan ade skill sangat menulis hik3.. Selain itu dapat juga mengerat dan menambahkan silaturahim.. Bersikap positif pilihan semua kan.. Kalian pulak sebab apa ye create blog?!..
Boleh jadi idea Ben tak eikkk soalan nih heheh.. Berharaplah pulak kui3.. Meski sudah terlepas menyertainya mokcik suka dengan blog Ben yang menganjurkan segmen camni.. Kekadang kesibukan menghalang untuk mokcik menyertai segmen.. Moga berkesempatan dilain masa :)

Exclusively at Net-a-Porter. Coach Classics.‏

By Coach

By Coach

 Visit Coach

Tuesday, July 5, 2011

Oat, Apple Souce and Cinnamon

Oat dengan epal sos dan serbuk kayu manis.. Bagaimana menghasilkan sos epal sendiri boleh rujuk sini..



Carrot Curly Noodle

Layan lagi Carrot Curly Noodle malam tadi seperti sebelum ni di sini.. Jammed yang membuatkan mokcik sampai lewat memaksa mokcik masak seringkas mungkin.. dan menghasilkannya kurang dari 15 minit.. Kurma masyukk dulu sambil masak..


Bahan-bahan: Carrot Curly Noodle (2 keping), Inoki, Isi Ketam, Tauhu pok, bawang putih, garam, air  dan minyak untuk tumis.

Cara: Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan air dan didihkan. Masukan noodle diikuti isi ketam dan tauhu pok. Akhir sekali masukan inoki dan garam secukupnya.

Monday, July 4, 2011

What Your Choice of Camera Says About You

Just as the clothes you choose to wear, the food you like to eat, and the people you associate with say something about you, so does the camera system you buy into. The following observations are based on close association with the various groups of camera owners and from having belonged to each group at one time or another. Those who belong to the “lacking any sense of humor” or “offended at the drop of a hat” groups are strongly advised to read no further.

Canon owners
You appreciate the benefits of owning a camera system that leads in cutting-edge digital imaging technology and that offers a wealth of body, lens, and accessory options for every level of photographer, from lowly consumer to top professional. You will switch to Nikon.

Nikon owners
You appreciate the benefits of owning a camera system that leads in cutting-edge digital imaging technology and that offers a wealth of body, lens, and accessory options for every level of photographer, from lowly consumer to top professional. You will switch to Canon.

Sony owners
You believe that Sony’s innovations in consumer electronics and video technology, its leadership in digital imaging chip production, its in-body image stabilization, and its use of Zeiss optics results in a unique design synergy and products of exceptional value—because that’s what it says in the product literature. You also believe in astrology, UFOs and the Easter Bunny.

Pentax owners
You’re the sort of person who would buy a $1500 DSLR body so your stash of thread-mount, K-mount and M-mount lenses from decades ago (collectively worth $75.00 at a flea market or yard sale) won’t go to waste; either that, or you’ve never heard of a Spotmatic, Pentax LX or Takumar, you just think you look cool sporting a day-glo red camera that takes real pictures. You think people are laughing with you, not at you.

Olympus owners
You’re the sort of person who buys North Korean beer, Peruvian underwear, and French computers, not  because you actually like them but because no one else does. When people question your choice of camera system you respond that Olympus images have a certain “soul” and that photographs are what matter, not the camera. You have no friends.

Leica owners
You know that no other camera other than a Hasselblad gains as much instant respect among the cognoscenti as a Leica. Although this relieves the pressure of demonstrating actual photographic prowess, it increases the need to be familiar with the subtle differences in visual signature between an Elmar, Elmarit, Summitar, Summicron, and Summilux. You are either stinking rich, living in your mother’s basement, or one lens purchase away from a divorce.
 
Panasonic, Fuji, Samsung, Minolta, Yashica owners and et cetera should be relieved rather than offended that they were not included. Comments are welcome as long as they are civil. Extra points will be given for self-deprecation.


Source:  Shutterfinger

Google

Kacukan Kuda Belang dan Keldai

Pada 3 Julai, seekor binatang kacukan kuda belang dengan keldai dilahirkan di Zoo Xiamen, provinsi Fujian China. 

Ibu kuda belang bersama anak kacukan itu. 

Pelancong menyaksikan binatang kacukan yang comel itu.

Sumber: CRI Online