Sedikit kecepesss atau maksud asalnya lari plan sebenarnya.. Mokcik siapkan bahan-bahan untuk goreng saja hor fun ni meski tak banyak beza dengan menghasilkan hor fun ala-ala 'Ipoh Hor Fun' heheh.. dek kerana Adam buat kesian dengan gunakan ayat power "I thought you want to make soup Hor Fun' dan beredar.. e'elehhh macam mokcik tak faham.. makanya.. mokcik ubahlah serta merta dan asal boleh yo kui3.. jadinya taugeh dan fish cake perlu disimpan saja.. alaaa usah pertikai.. mokcik memang ringkas begini :)
Bahan-bahan: Hor fun, kucai, lobak merah, bebola ikan, udang, air, susu segar, bawang hijau/India, garam dan minyak untuk menumis.
Cara-cara: Tumis bawang hijau/India. Masukan air (tak perlu banyak kerana akan dicampur dengan susu segar) hingga didih, diikuti kucai, lobak merah, bebola ikan dan udang. Kemudian tambahkan garam. Akhir sekali masukan susu segar dan hor fun. Sedia dihidang.
Hor Fun tanpa susu segar |
Hor fun dengan susu segar |
No comments:
Post a Comment