Sunday, May 16, 2010

Gila-gila Remaja


Foto ini dicapture oleh Eri, istimewa untuk didedikasikan kepada seorang sahabat kita Apid.
Sayang betul kawan kita Eri ni kat Apid kan.. sampaikan patung berhelmet ni pun dia nak juga kata cam Apid..
Kat maner la Apid masa Eri capture foto ni eik.. Apa la yang Apid tengah buat masa ni eik.. kui3X

Tok Ayah Bistro, Danga Bay























Yang pasti memang terlewat yang amat posting foto-foto ini. Pertemuan pertama dengan Hasnol dan Zaini setelah lebihkurang 15 tahun tidak bersua.
Hasnol, memang tidak berubah fizikalnya seperti yang aku kenal semasa di Sek Dato Jaafar dulu. Kompom tak berubah. Lawak selamba pun tak berubah. Tapi sekarang tutur katanya lebih matang bila bercakap tentang sesuatu. Rapi butir bicaranya. Baik Cikgu..
Zaini, beza.. memang berbeza.. sejak malam ini aku panggil 'YB Zaini' hik3X.. Banyak juga perkara berbangkit yang membantu dari YB kita sorang nih.. Baik YB.. Ni tak tau la pulak akan bergelar 'Zaini TOPUP' kui3X.. Active betul promo nyerrr hik3X..
Eri ade dalam gathering nih. Oleh kerana dia cameraman terpilih.. so sowey la ri hik3X.. Sabar ri sabar.. ada foto ko ada...
Haaa.. PJJ 8000 tu aku aje yang ada eik berposing denganya ahaks!

Saturday, May 15, 2010

Kg Kundang Ulu, Muar (Story 06)


Ekin dan Noni..
Airmata kedua insan ini membasahi pipi setelah saling berpelukan, memberi suatu pengertian akan nilai persahabatan dan betapa mereka amat saling merindui..
Aku pun amat sayang kamu..

Kg Kundang Ulu, Muar (Story 05)



Aku dan Noni..
Mengimbas ketika sama-sama di SDJ dulu, selalu membuatkan aku tersenyum sendiri.
Banyakan Noni memori kita.. Dari cerita dalam kelas, dalam bas, bilik kuliah, Kebayan Kotaraya dan banyak lagi la kn.. hik3X..

Kg Kundang Ulu, Muar (Story 04)




Haaaa inilah Pak Encik Hasnol kita.. Bersama babynya yang ketika ini berusia 3 1/2 bulan..
Kecoh la lu nol.. Berapa banyak jambatan daaa.. Berapa banyak kiri-kanan daaa..
Antara yang menjadi tumpuan ialah 'stoking' baby nihhh.. hik3X
Nol.. meski ko senyum sinis kat aku perihal 'mukabuku' @ facebook aku diblock oleh pihak berwajib, aku yang ko kenali Oeya nan ungkal takan berputus asa.. kui3X..

Kg Kundang Ulu, Muar (Story 03)

Sementara menunggu ketibaan Hasnol sekeluarga yang asyik saja called tanya arah jalan, yang ada nih posing dulu.
Wajah-wajah tulus gitu setelah masing-masing bergelar ibu. (Tak tau dulu masa sekolah cam antoo.. kui3X.. Jangan cerita.. Jangan cerita.. Malu kalau anak-anak tau.. hik3X..)
Bila berpeluang gathering begini kisah dari era belasan tahun hingga ke kisah anak-anak la menjadi bahan bualan kan..
Aku sayang semua..



Kg Kundang Ulu, Muar (Story 02)







Hidangan yang amat enak dan pelbagai disediakan Noni sekeluarga untuk makan tengahari kami. Kurma kambing, terung sambal, sambal goreng, rojak, ayam masak lemak, kerabu mangga, bubur pulut hitam, kuih muih antara yang dalam ingatan.
Maaf la Noni tak dapat nak ingat kesemuanya. Senang cerita, macam-macam adaaaaa..
Kali ini kerana leka berbual dan menikmati hidangan, untuk capture apa yang dimakan tidak datang difikiran. Adoiaiii Oeya, nape la ko nih!!

Kg Kundang Ulu, Muar (Story 01)






Beginilah kami ketika baru tiba di rumah Cikgu Fizwani yang kami kenali sebagai Noni semasa di Sek Dato Jaafar dulu.
Ketibaan kami disambut oleh tangisan Noni dan kakak iparnya Maria yang juga sahabat kami di sekolah yang sama.

Wednesday, October 28, 2009

Suntikan Vaksin HPV boleh membawa maut

Umum mengetahui akan perancangan kerajaan akan suntikan ini. Samada kita rasa bertanggungjawab mengambiltahu atau sebaliknya, tanyalah diri sendiri. Layari blog thesecretmedicines.blogspot.com untuk mengetahui apa yang saya maksudkan.

Saturday, September 12, 2009

Masa lapang

Selepas sarapan pagi, kita ada lebih kurang 4 jam sebelum menikmati makan tengahari. Dalam masa 4 jam tersebut saya akan minum seberapa banyak air kosong (biasanya saya pilih distilled water) dan menikmati 1 paket pilihan pengganti hidangan.

Manakala selepas makan tengahari, kita ada lebih kurang 6 jam sebelum menikmati makan malam. Saya memenuhi masa 6 jam ini dengan minum seberapa banyak air kosong (biasanya saya pilih distilled water).

Biasanya selepas makan malam saya tidak menjamah lain-lain makanan kecuali menikmati Teh Hijau Organic panas. Tetapi sekiranya makan malam hanya menikmati Quaker Oat, saya akan makan beberapa biji buah prune / kiwi / oren.

Saya tidak amalkan makanan ringan / tit bits. Saya juga rasa tidak perlu mengamalkannya.

Makan Malam




Bagi menyediakan menu makan malam, saya hanya peruntukan masa setengah jam (1/2 jam) untuk memasak agar tidak melewati waktu Maghrib. Ini kerana waktu pulang biasanya saya akan sampai di rumah hampir pukul 7 petang.

Berikut menu makan malam saya:-

1) Satu mangkuk nasi
- saya guna beras Ecobrown
- mangkuk sup menjadi ukuran nasi saya

2) Ikan
- hanya stim dengan hirisan halia muda dan bawang putih tanpa garam

3) Sayur (daun / kekacang)
- saya mesti pilih sayuran hijau Pak Choi / Sawi / Bayam / Meranti / Kacang buncis / Kacang Panjang
- ditumis menggunakan satu sudu makan Minyak Bunga Matahari (Sun Flower Oil) dengan 3 biji bawang putih dan sedikit garam Sea Salt

4) Air suam

* Ketika menikmati hidangan ikan, saya akan perahkan lemon keatas ikan dan cicahkan dengan kicap Kikoman


Kiranya tidak memilih nasi, saya akan memasak mee goreng, seperti:-

1) Satu paket U-don Mee / Meehoon / Air Dried Curl Mee / Organic Brown Rice Meehoon / Organic Tomato Curl Mee / Organic Seaweed Curl Mee
- ditumis menggunakan satu sudu makan Minyak Bunga Matahari (Sun Flower Oil) dengan 3 biji bawang putih bersama sayur sawi, inoki, carrot, fish cake, 2 ekor udang, beberapa hiris dada ayam, kicap pekat, sebiji telur, sedikit gula organic dan sedikit garam Sea Salt

2) Air suam


Kadangkala saya akan menikmati mee sup, seperti:-

1) Satu paket U-don Mee / Meehoon / Air Dried Curl Mee / Organic Brown Rice Meehoon / Organic Tomato Curl Mee / Organic Seaweed Curl Mee
- Tumis 3 biji bawang putih menggunakan satu sudu makan Minyak Bunga Matahari (Sun Flower Oil), semangkuk air (sup bowl) bersama sayur sawi, inoki, carrot, fish ball, 2 ekor udang, beberapa hiris dada ayam, sebiji telur dan sedikit garam Sea Salt

2) Air suam


Dan kadangkala saya makan malam saya hanya 5 sudu besar Quaker Oat dibancuh dengan air panas bersama kismis dan Madu Manuka / Fernhill Organic Honey


*Menjadi kebiasaan saya, satu / dua jam selepas makan malam, saya akan menikmati Teh Hijau Organic panas

Friday, September 11, 2009

Menu Tengahari


Menu tengahari bagi saya selalunya mempengaruhi aktiviti bekerja saya setiap hari dan pengambilan menu juga bergantung kepada aktiviti saya pada hari tersebut. Saya tidak mengambil makanan terlalu berat kerana bimbang terlalu kenyang yang akan membuatkan rasa mengantuk ketika menjalani kesibukan saya.

Berikut menu tengahari saya ketika hari bekerja:-

1) Secawan White Milk Tea panas
2) Satu keping roti bakar bawang putih (garlic bread)
3) Satu keping Brown Thick Toast / 2 biji telur rebus (saya akan habiskan keseluruhan putih telur tetapi hanya makan satu biji kuning telur)
4) 500ml air kosong

Kadangkala saya tukar menu tersebut kepada:-

1) Secawan Lime Juice / Epal Juice / Orange Juice
2) Mihoon sup / Kue Teow Sup / Nasi + Sayur + Ayam / Nasi + Sayur + Ikan / Nasi Ayam
3) 500ml air kosong

Sarapan pagi



Sarapan pagi amat penting bagi saya. Saya berusaha untuk tidak gagal mengambil sarapan pagi.

Berikut adalan menu sarapan pagi yang saya amalkan:-

1) Satu mug susu soya bersama protein
2) Dua keping roti gandum penuh (sederhana toast) bersama mentega minyak zaitun (Olive Butter) dan St. dalfour Wild Blueberry Jam
3) 7 bji kismis atau 2 biji kurma
4) Satu mug air suam

Jika pagi tersebut saya ingin ubah menu sarapan pagi saya, saya akan pilih:-

1) Satu mug susu soya bersama protein
2) Secawan Teh 'C' / Air soya panas
3) Satu keping roti gandum penuh bersama kaya dan peanut butter yang di stim
4) Satu mug air kosong

Bagi saya menu ini sangat membantu dari segi memberi tenaga, tahan lapar dan berkhasiat.

Friday, August 7, 2009

Seleri Dan Epal



Saya amalkan minum seleri yang dikisar bersama epal hijau. Rutin pengambilannya sebanyak dua kali seminggu sejak lima tahun lalu. Bagi individu yang mengalami tekanan darah rendah tidak digalakan pengambilan yang kerap. Selain jus yang sedap, saya amalkan minum jus ini sebagai salah satu usaha mengelakan diri dari darah tinggi.

Monday, June 22, 2009

Curi

Pagi ini jam 7.40 pagi, seperti biasa saya bawa anak untuk menikmati sarapan di Restoran Tea Garden cawangan Tmn Johor Jaya. Menjadi amalan saya apabila keluar dari kereta untuk tujuan sarapan, makan tengahari atau makan malam di luar dan ke kedai, hanya membawa "cash" mengikut "estimate" diperlukan dan meninggalkan beg tangan di bawah tempat duduk penumpang hadapan iaitu di sebelah kiri pemandu.
Jam 8.10 minit pagi saya dikejutkan dengan panggilan oleh salah seorang pekerja di restoran tersebut yang memanggil saya dengan nada yang amat cemas dan memeranjatkan. Sangat-sangat mengejutkan! Cermin kereta dibahagian pemandu kereta saya telah dipecahkan. Saya kehilangan beg tangan yang didalamnya terdapat dompet bersama kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad Health Care dan kad SSPN anak lelaki saya Muhammad Adam Lutfi. Juga handphone Nokia 7610 yang teramat penting bagi saya kerana kandungannya. ALLAH hu-akbar! Berkali-kali saya lafazkan bagi memujuk hati sendiri.
Saya akui kesilapan ini dan sedia mengingatkan diri sendiri dan anda untuk tidak melalui pengalaman ini seperti saya. Menyusahkan!!
Kasihan anak saya yang terkejut dengan kejadian ini meskipun tidak melihat secara "live" situasi ini berlaku. Airmata anak emas ini membasahi pipinya kerana kasihankan Mama katanya. Dia kelihatan emosi sedikit sambil menggengam tangan saya. Itulah hebatnya kasih seorang anak.
Semoga perkara yang tidak diingini sebegini tidak berlaku lagi kepada saya, anak saya, adik beradik saya, saudara mara saya, kawan-kawan saya dan kita semua. Amin, Amin Ya ALLAH.