Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Oh! Hujan
Hujan lebat kat Taman Johor Jaya ni.. Kerja banyakkk.. Urusan luar pejabat jadi perlahan.. Mata ni pun bukan terang sangat memandu dalam hujan begini.. Bertambahlah perlahan.. Alon-alonnn..
Hujan-hujan gini sedapnya apa?.. Tidurrr.. krokkk!.. krokkk!.. Dengkurrr!.. hihi.. Hujan-hujan gini sedap pekena kopi pekat panasss.. Hujan-hujan gini sedap layan jemput-jemput ikan bilis cicah sambal tumisss.. Hujan-hujan gini enak-enak layan ubi rebus dengan ikan kering dan sambal tumis ikan bilisss..
Aaaaarrrgggghhh!! Semua takde sekarang nih!.. Takde yang menyedapkan tekak.. Takde yang mengenakan rasa.. huhuuuuu..
Semoga 'dia' selamat
Salam Maal Hijrah.. Semoga bertambah keimanan dan taqwa untuk kita semua.. Doa awal dan akhir tahun ditunai sudah.. Tiada cuti untuk saya semalam.. Hanya cuti makan siang.. Alhamdulillah.
Pagi semalam saya terperanjat!.. Terkejut!.. Ishhh!!.. Takut!.. Kemalangan berlaku 'live' depan mata.. Lampu isyarat merah di Taman Desa Tebrau, JB saya berhenti dan jadi peserta pertama digarisan.. Tiba-tiba terpandang objek melambunggg!!.. Dannnnnn.. Bukkkkkk! Seorang lelaki terhempas ke bumi.. Mengelitikkk!!!.. Erkkk!!!.. Berkerut dahi ni!.. Erkkk!!!.. Saya nampak seorang lelaki lain menunjukan isyarat 'telefon' kepada seorang pemandu.. Lampu isyarat bertukar hijau, saya dengan amat perlahan teruskan memandu.. Dengan kerut wajah, pandang juga lelaki terhempas yang sudah tidak bergerak.. Saya tinggalkan kemalangan tersebut kerana keadaan di tempat kemalangan sudah mulai tegang.. Masing-masing mula turun dari kereta.. Untuk tinjau.. Untuk bantu.. Untuk record dan up load.. Untuk catat nombor plat.. Saya tak pasti.. Saya betul-betul tak tahu bagaimana kemalangan tu terjadi.. Semoga 'dia' selamat..
Thursday, November 24, 2011
Spontaneous Thursday #04
"Malas betul lukis pelan pakai tangan.. grrr.. lambattt!"
Official site ------> Spontaneous Thursday
Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Allahyarham Haji Kassan Bin Amal
Assalamualaikum. Selamat pagi.. Sabtu lalu 19 hb November 2011 pagi, saya terima SMS mengatakan datuk saudara tenat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru ketika saya dalam perjalanan ke Pagoh memenuhi undangan perkahwinan sepupu, Cikgu Hasnah. Saya hubungi anak beliau Cik Nor untuk khabar yang lebih jelas mengenai bapanya. Hanya doa saya panjatkan agar segalanya baik-baik saja. Perjalanan diteruskan dan saya terpaksa tinggalkan Cik Nor dalam kesedihan.
Namun, baru saja brek tangan ditarik sampai di rumah Abah pulang dari Pagoh jam 7.28 malam, Cik Nor telefon saya.. Nada suara yang sangat sedih dan berat.. Cik Nor maklumkan Atok Hassan dah 'pergi'.. 'innalillahiwainnailaihirojiun'..
Jenazah dikebumikan pada keesokan harinya Ahad, 20 hb November 2011 lebih kurang jam 9.20 pagi. Saya dapat menatap wajah Atok Hassan buat kali terakhir setelah selesai dikapankan. Saya ikuti juga rombongan pengebumian dan kembali semula ke rumah Arwah.
Sempat saya ziarah kubur bapa mertua Allahyarham Husin bin Ayan, mertua adik-adik saya, nenek saya dan tentunya Allahyarham Mak, Norrani binti Koming. Semoga dicucuri rahmat keatas roh mereka semua, Amin.
Takziah dari saya sekeluarga buat keluarga Allahyarham Haji Kassan Bin Amal. Al-Fatihah.
Sunday, November 20, 2011
Syair: Puteri Bongsu
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Puteri Bongsu cantik jelita,
Sangat dikenali rakyat jelata,
Nasibnya malang berdukacita.
Puteri Bongsu hendak dijodohkan,
Dengan Putera Indera Kayangan,
Pinangan ditolak apa gerangan,
Putera Raja bukannya pilihan.
Bersama Inang melarikan diri,
Akhirnya sampai di sebuah negeri,
Bertemu pemuda bijak bistari,
Kacak dan tampan wajah berseri,
Puteri Bongsu berasa gembira,
Rupanya pemuda seorang Putera,
Mereka pun berkahwin hidup sejahtera,
Tinggal di Istana Tiga Menara.
Puteri Bongsu cantik jelita,
Sangat dikenali rakyat jelata,
Nasibnya malang berdukacita.
Puteri Bongsu hendak dijodohkan,
Dengan Putera Indera Kayangan,
Pinangan ditolak apa gerangan,
Putera Raja bukannya pilihan.
Bersama Inang melarikan diri,
Akhirnya sampai di sebuah negeri,
Bertemu pemuda bijak bistari,
Kacak dan tampan wajah berseri,
Puteri Bongsu berasa gembira,
Rupanya pemuda seorang Putera,
Mereka pun berkahwin hidup sejahtera,
Tinggal di Istana Tiga Menara.
Bagi Allahyarham Guru Bahasa Malaysia saya Cikgu Ismail Yunus, syair Puteri Bongsu ni, killer syair bagi saya ketika menyertai pertandingan pentas sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah daerah Johor Baharu.. hihi.. Lamanya tidak berlagu-lagu.. tidak bersyair.. hihi.. Sekarang? Boleh lagi ker? Takut si katak lebih mendayu-dayu alunan kwanggg kwanggg nyer dari saya.. ekekekeke :D
Saturday, November 19, 2011
Happy Birthday Sis-Lin
Happy Birthday Sis-Lin
Empunya blog Bisikan Hati - Sis Lin
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu Sis-Lin..
Allah selamatkan kamu..
Friday, November 18, 2011
Takde Kad Takyah gi!
Assalamualaikum.. Dihari Jumaat yang mulia semoga semua sihat sejahtera.. Saya sedikit terkejut dengan kenyataan "Takde kad, takyah gi".. Ni mengenai kad jemputan atau undangan..
Oh! Gitu pulak?!.. Mesti jemput pakai kad.. Baru kira dijemput eikkk.. Pulakkk!.. ermmm.. Janganlah macam tu.. Ada kelapangan.. Kesihatan mengizinkan.. Pergilah.. Penuhilah undangan tu.. Apalah nak berkira sangat.. Orang ada hati dan ingat nak jemput kita.. Jemput mulut, telefon atau wakil tak kesahlah kannn.. Besar hati dia kalau kita tunaikan undangan mereka.. Penting sangat ker kad tu..
Dua minggu lalu.. Kawan beritahu saya dia lupa sampaikan kad jemputan perkahwinan seorang lagi rakan, sedangkan dia menelefon saya jam 11.30 pagi pada hari majlis berlangsung, alhamdulillah.. jam 3 petang saya sampai ke majlis tersebut.. Mujurlah dekat.. Saya tak cerewetlah dalam hal ni.. Sekarang lagi senang dapat undangan melalui Facebook saja, InsyaAllah saya penuhi..
Pada saya.. yang mana boleh kita lebih kurang.. lebih kuranglah ye.. Macamana kalau orang tau perangai kita macam ni dan langsung tak jemput kita.. uuuiiihhh macam hidup tak berkawan..
Rasa diingati bila diundang.. Dikelilingi ramai kenalan dan kawan buat saya bahagia :)
*pssttt! Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam..
Thursday, November 17, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Sunday, November 13, 2011
Hari Raya Qurban 2011
Assalamualaikum. Salam sejahtera.. Cerita Hari Raya Qurban lalu belum habis untuk saya.. Cuti pun panjang.. Hari-hari cuti, balik kampung, berkumpul adik beradik, makan-makan.. Abah saya berkorban 2 ekor lembu.. Seekor untuk empat orang anak lelaki dengan tiga orang cucu lelaki dan seekor lagi untuk Arwah Mak, tiga anak perempuan dan tiga menantu perempuan.. Alhamdulillah dengan limpahan rezeki dari-Nya.. Seekor lembu Abah sedekahkan di sebuah masjid dan seekor lagi dilapah di rumah sebelum dibahagikan.
Abang sulung saya, Din.. Kami panggil Pak Long je..
Tengok tu anak saya Adam.. Berani-berani takut.. Bukan sentuh pun tuuu.. hihi..
Abah saya.. tajam sangat parang yang dipegang tok..
Abah saya.. Guna kapak pula.. pro lah Atok..
Mak Mah dan Cik Nab tolong timbang dan bungkus.. Cik Sal dengan Lin pun ada..
Adik saya Boy @ Joe..
Di depan, adik saya Nanang @ Eddy dengan Jeman @ Katik.. penghantaran..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih Abah.. Korban untuk saya dan anak juga..
Semoga dilimpahi rezeki dan kesihatan untuk Abah.
Amin.
Saturday, November 12, 2011
Makan-makan
Abah, adik-adik dan adik ipar makan malam di teratak saya 25 hb Oktober lalu.. Bukan selalu kami dapat bersama begini.. Iyelah kan, masing-masing bekerja dan ada rutin perbadi sendiri.. Rumah saya yang biasanya senyap sunyi, meriah malam tersebut..
Hidangan ketupat, sayur lodeh, rendang daging lembu, ayam masak merah, sambal tumis dengan telur, sambal goreng kicap dan kek pisang. Sungguh bukan saya yang masak semuanya.. hihi.. saya order dengan Kak Yah iaitu seorang yang sentiasa bersedia menerima order saya. Kecuali sambal goreng kicap, adik saya Sabarina yang kami panggil Mummy sediakan.. Saya? Buat air panas.. hihihihihi..
Sambal goreng kicap ni kegemaran anak saya Adam. Saya tak pernah cuba resepi ni. Resepi ni dari Arwah Mak. Kalau anak saya atau family nak makan ni, cari Mummy :)
Kanan sekali, adik saya Nanang @ Eddy..
Kanan sekali, adik saya Mummy yang memangku Amirul..
Dari kiri: Yana (isteri Boy) dan Ila (isteri Nanang), adik ipar saya.. Dok sedap menyuap tu adik bongsu saya Mak Dik..
Adik saya Boy @ Joe.. balik kerja terus ke rumah saya.. Boy makan malam dekat jam 1:00 pagi.. erkkk! Boy sekeluarga, Mummy dan MDik tidur di rumah saya.. Bestlah!
Mama dia makan.. Atok kena tolong jaga..
Abang Adam pulak yang nampak comel Danish.. hihi.. Danish lom pandai posing laaaaaa.. :D
Bijakkkkkkkkkk!
Kepenatan dak bijak ni..
Sweet Corn Kuih @ Kuih Jagung Manis
Saya buat untuk makan-makan sekeluarga Hari Raya Qurban lalu.. Pertama kali cuba membuat resepi ni dan menggunakan tepung campuran Hoen Kwe keluaran NONA.. Saya tahu akan kewujudan tepung ni dari blog tersohor Azlita Masam Manis..
Bahan-bahan :-)
Tepung Campuran Hoen Kwe Kuning 100g (1 Tiub)
Gula Halus 120g (1 1/2 cawan)
Garam 2g (1/2 sudu)
Santan 900ml (4 1/2 cawan) (Saya guna susu segar)
Jagung berkrim dalam tin 300g (1 Tin)
Cara membuat :-)
1) Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
2) Masakan dengan api yang sederhana sehingga pekat dan sebati.
3) Tuangkan ke dalam acuan dan sejukan didalam peti sejuk.
4) Potong kepada kepingan atau bentuk mengikut kegemaran anda. Sedia dihidangkan.
*Bahan-bahan dan cara membuat sepenuhnya saya salin semula dari label bungkusan.
Lembuttttttttttttt!
Friday, November 11, 2011
Kek Batik
Resepi ulangan kerana memenuhi permintaan anak saya Adam. Kali ini saya rujuk resepi dari blog masakan Sky Blue's Kitchen yang bakal membuatkan kalian terpesona dengan hasil kerjatangan empunya blog tersebut. Singgah jengahlah ya.. Sebenarnya saya kehabisan biskut Marie hihi.. Makanya hanya dapat tiga lapisan.. Kalau lima lapisan tentu lebih cantik heheh.. perasan!
Meh semak bahan-bahan dan cara membuat kek batik simple yang sikit ni ;-)
Bahan-bahan :-)
Milo 200gmButter 250gm
Serbuk Koko 3 sudu makan
Susu pekat manis 1 tin
Biskut marie secukupnya
Cara membuatnya :-)
Cairkan butter dalam periuk dengan api yang paling kecil. Kemudian masukan susu dan milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milo tidak berketul-ketul. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan gaul hingga pekat. Pastikan digaul hingga tiada bahan yang berketul.
Susun biskut marie di dalam loyang dan kemudian tuang coklat. Lakukan berulang-ulang hingga habis atau sehingga lapisan terakhir yang dikehendaki. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk.
Sikittttttttttttt!
Thursday, November 10, 2011
Spontaneous Thursday #02
"Dugaan Allah terlalu hebat, sama macam nikmatnya"
Wednesday, November 9, 2011
Apa cikgu tulis ni?
Biasanya dapat surat sekolah dalam dua bahasa.. Tapi kali ini tidak.. Surat ini berkenaan Kelas Tambahan Sekolah untuk cuti sekolah akan datang.. Kan bagus kalau saya usahakan belajar lebih satu bahasa untuk membaca dan menulis eikkk ;-) Rajin kerrrrrrrr?
Tuesday, November 8, 2011
CONTEST 3 in 1 BERSAMA Aini
Bercontest pula saya kali setelah di tag oleh si comeiii kincHnaf :)
Kalian klik sini untuk join ya :)
Ini rujukan photo saya.. maluuuuuuuu je!!
Comel yang saya mau tag :-)
Selamat bercontest!
Sunday, November 6, 2011
Thursday, November 3, 2011
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, November 1, 2011
SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011
Kenapa nak join??
Sebab saya suka blog ni..
Sebab saya suka blog ni..
Sebab saya suka blog ni..
Jom join :)
Mi Sanggul Tanpa Goreng
Kaedah memasak sepaling ringkas.. Saya selesa dan anak selera.. Ini yang penting.. Minggu ini awal sikit sampai di rumah sebab Sek Agama ada peperiksaan Akhir Tahun.. Jadi minggu ni lebih sedikit jaga emosinya.. Kebetulan kesibukan saya tidak seperti minggu lalu.. Kalau tidak saya bimbang tak larat menemankan anak.. Semalam masak yang ringkas juga mengikut pilihan anak saya Adam..
Bahan-bahan: Mi sanggul, sawi, carrot, udang, bawang putih, minyak bijan, air, garam dan minyak masak.
Cara-cara: Celur mi hingga lembut, tos dan asingkan. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan udang diikuti sawi dan carrot, kacau. Kemudian masukan mi dan kacau hingga rata. Tambahkan sedikit air agar mi tidak terlalu kering. Akhir sekali masukan garam secukupnya dan sedikit minyak bijan. Sedia dihidang.
Resepi ni sangat tidak sesuai dihidang ketika mertua datang hihihihihihihi ;-)
Al-kisah Tak Faham
"Lu pakai apa kereta?"
"Oh! Wa punya pasat"
"Wa tau apa kereta lu pakai memang lu punya pasat. Wa mau tau saja ma lu pakai apa kereta.."
"Aiyo! Wa punya pasat ma.."
Tak puas hati dengan geram di hati.
"Macamlah wa nak sangat kereta lu sampai wa tak boleh tau huh!"
"Lu apa hal? Wa punya pasat! Pasat la! Aiyo!"
"Oh! Wa punya pasat"
"Wa tau apa kereta lu pakai memang lu punya pasat. Wa mau tau saja ma lu pakai apa kereta.."
"Aiyo! Wa punya pasat ma.."
Tak puas hati dengan geram di hati.
"Macamlah wa nak sangat kereta lu sampai wa tak boleh tau huh!"
"Lu apa hal? Wa punya pasat! Pasat la! Aiyo!"
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Oh! Passat!!
Bubur Jagung dengan Sago/Sagu
'Gembira rasa di hati.. Bila kau datang kepada ku..' Eh! Eh! menyanyi bagai.. hik.. hik.. hik.. Ni lah kannn.. Buat julung-julung kalinya saya berjaya menghasilkan Bubur Jagung dengan Sago/Sagu ni.. lalalalalalalalalalalalalalalalalala..
Pernah terjadi kejadian tak diingini u, bila buat tapi tak jadi macam ni.. Lama juga ya saya memendam rasa untuk mencuba kali kedua hihihi.. Saya buat Ahad lalu.. Kalian boleh rujuk resepi dari blogger masakan tersohor Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home untuk resepi asli..
Pernah terjadi kejadian tak diingini u, bila buat tapi tak jadi macam ni.. Lama juga ya saya memendam rasa untuk mencuba kali kedua hihihi.. Saya buat Ahad lalu.. Kalian boleh rujuk resepi dari blogger masakan tersohor Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home untuk resepi asli..
Bahan-bahan: Frozen jagung manis, sagu, susu cair, gula, garam dan air.
Cara-cara: Rebuskan jagung hingga lembut. Tambahkan gula. Kemudian masukan susu cair diikuti sagu yang telah dicuci dan ditos. Tambahkan sedikit garam dan masak hingga sagu berubah jernih.
Manisssssssssssssssssss!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)