Friday, September 30, 2011

Thursday, September 29, 2011

Kakak Ipar nak sumpah saya..

Kak Long Malia.. Kakak ipar tunggal saya setakat ni.. Beliau SMS saya bertanyakan jarak jauh satu sekolah dari rumah Abah.. bakal di post ke sini mungkin.. Ada perkara dan kerja Kak Long belum settle kan sebelum 2 hb Oktober ini..
Untuk tidak menambah kelam kabut dan tekanan pada Kak Long, saya berselorohlah dan ketawa.. Iyelah.. Tak boleh tolong settle, tolong ketawa lorrr.. hik3
Kak Long yang tengah menanggung situasi tu balas "Sabo je la.. Sumpah jadi duit kang" Saya balas semula "Jadi USD taw, takmo RM hahahaha" Kesian Kak Long menahan geram pada saya kui3

Foto terbaru

Tiap-tiap pagi sebelum sarapan pagi saya timbang berat badan..
Hari ini pun sama..
Tak sukanya..
Angka tetap tidak juga berubah..
Ambil foto sendiri tadi..
Capture 2 sisi..
Sisi depan dan tepi..
Pelan-pelan tatap foto sendiri..
Arrggghhh!..
Tak suka..!
Tak suka..!!
Tak puas hati..
Marah sendiri..
ermmmmmm..

*hanya dengan exercise dapat membantu saya.. buat tak..??!!! aarrrggghhh!!

Segmen : Jom tambah follower


Meh join.. segmen gak..
;)  ;)  ;)

Segmen: Saya nak baca belog awak


Meh join segmen
Comeiii dak ni heheh..

Monday, September 19, 2011

Agar-agar roti


Mau yang ori semestinya yang terbaik dari Kak Ummi Zaihadi ku..

Check bahan-bahan dan cara-cara jom, yang saya copy paste dari post beliau :)

Bahan:-
  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (170 ml) - *akak guna fresh milk
  • 8 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan kalu x suka manis sgt
  • 2 sudu besar butter (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
 
Cara Membuat:-
  1. Dalam periuk, didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
  2. Sementara itu, blend roti, telor, susu pekat manis dan susu cair.
  3. Masukkan adunan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
  5. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Letakkan pewarna dan lorekkan. (*akak letak Hershey's Syrup).
  6. Sejukkan dalam fridge.
     
     

Tuesday, September 13, 2011

Agar-agar oren


Bahan-bahan: Sebungkus agar-agar tali, secawan gula pasir, 5 cawan air dan isi oren secukupnya.

Cara-cara: Didihkan air dan masukan agar-agar tali hingga larut. Kemudian masukan gula dan kacau hingga gula larut dan tapis. Didalam loyang/bekas agar-agar, masukan sebahagian isi oren sebagai lapisan pertama yang akan menjadi permukaan agar-agar. Kemudian tuangkan rebusan agar-agar tali dan gula tadi dan baki oren lapiskan dibahagian atas sekali. Sejukan kemudian masukan dalam peti sejuk. Sedia dihidang.


*pssttt!! Hasil rasanya tidak memuaskan hati saya.. Meski aksinya menyamankan hati saya.. Kalian google lah resepi agar-agar oren yang lebih baik dari ini ya :)

Spaghetti @ Spageti Ramadhan


Layannn.. sampai kenyang..


Tambah lagi.. Tambah lagi..


Bahan-bahan:
Spaghetti
Isi ayam (saya guna daging ayam untuk burger)
Bebola daging lembu/Meatball
Brokoli
Cendawan butang/button mushroom
Prego Traditional pasta sauce
Tomato buah (saya pilih yang saiz kecil-kecil)
Bawang putih
Garam
Butter (saya guna minyak sayur)

Cara-cara: Sediakan air rebusan untuk celur spageti, meatball dan brokoli. Celur berasingan dengan air rebusan yang juga berasingan. Selesai celur, tos dan asingkan.
Panaskan minyak (atau cairkan butter) dan masukan bawang putih dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam dan kacau. Diikuti tomato buah dan button mushroom. Kemudian masukan Prego sos, kacau, rasa dan tambahkan garam ikut keperluan.

Cara Hidang: Ambil spageti dan selaku main power harus ditengah-tengah pinggan. Kemudian ambil meatball dan brokoli dampingkan dibahagian tepi spageti. Barulah dituangkan sos dan sedia dinikmati.

Friday, September 9, 2011

Vegetarian Prawn (Vegetarian Chai Har)

Vegetarian Prawn (Vegetarian Chai Har) ni melengkapkan menu ketika berbuka di rumah Abah saya Ramadhan lalu..

Vegetarian Prawn saya goreng terlebih dahulu sebelum dituangkan sos ke atasnya.. Terlupa capture sebelum ia di masak..
Bahan-bahan sos : Tomato buah, bawang besar, bawang putih, sos cili, garam, gula, minyak untuk menumis.

Cara-caranya : Tumis bawang putih hingga kekuningan diikuti bawang besar. Kemudian masukan tomato dan semua bahan lain. Kacau hingga masak dan culup rasa. Tuangkan keatas vegetarian prawn yang telah digoreng dan sedia dihidang.


Kari Kambing

Memenuhi permintaan Abah saya Ramadhan lalu.. Sedap sungguh.. Disediakan oleh adik saya.. Mummy @ Sabarina..

Makan bersama nasi putih.. atau roti potong.. atau roti jala.. atau jemput-jemput kosong.. semuanya selera..

Ikan Tenggiri Masak Kicap dan Kobis Goreng

Layannn mata aje..


Yang mudah begini saja saya tau..

Ringkas..
Sedap..
Suka..

Puding roti gulung blackcurrent


Ramadhan ke-27 lalu.. saya usahakan juga buat resepi Puding roti gulung blueberry bersos kastad. Resepi dan cara menghasilkanya saya rujuk di blog Sariyusa dan Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home.


Berikut di bawah ini saya copy paste dari blog Sariyusa :)

Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* jem blueberry secukupnya (saya guna jem blackcurrent)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional) (saya tak letak)

* Bahan C-kuah (saya tak buat dan hanya jodohkan dengan Hershey's Syrup)

* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

* parutan keju (optional)

Cara-cara

1. Sapukan setiap kepingan roti dengan jem blueberry, gulungkan dan susun dalam loyang. Tuangkan susu dalam loyang dan rendam selama setengah jam. (Saya rendam sekejap jer sambil sediakan bahan B)
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam. Jirus-jirus sedikit supaya agak sebati.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.

Cubalah..!!