Saturday, November 20, 2010

Lancarrr..

Alhamdulillah.. yang dirancang setengah hari ini berjalan lancar.. fuhhh! semangat!.. pelbagai idea menjelma.. pasti bertambah kesibukan akan datang.. rezeki dari-NYA.. Alhamdulillah.. waktu makan tengahari sudah berlalu.. waktu minum petang belum sampai.. ermmm.. tapi aku ini baru terasa lapar.. jap lagi aku mau menikmati hidangan.. apa menunya belum pasti lagi..

Semoga berjaya Oeya!

Segarrr..

Tido seawal 11 malam aku ini.. Alhamdulillah diberi peluang lagi aku ini menikmati siang.. pagi Sabtu ini aku rasa segar.. minda aku segar.. hati aku segar.. senyuman aku segar.. Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Dipermudahkan juga urusan aku sepanjang hari ini hendaknya.. Dilindungi aku juga dari sebarang perkara yang tidak diingini hendaknya.. Amin.

Friday, November 19, 2010

Resepi Brokoli Goreng Bawang Putih dari Hana di Jepun

Dari Hana di Jepon.. sedappp.. Resepinya rujuk di sini..





Ko tau 'Anak aku'!.. 'Anak aku'!..

Maka akan..
Berceritalah 'DIA' pada orang yang 'anak aku' begitu begini..
Menaiplah 'DIA' di 'facebook' wall supaya orang baca yang 'anak aku' begitu begini..
Sikit hari keluarlah gambar 'DIA' dengan 'anak' supaya orang tengok yang 'aku dengan anak aku' begitu begini..

Maka akan..
Percayalah orang-orang yang mendengar cerita.. membaca.. dan menengok gambar.. wahhh!!

Maka akan..
'UP' la nama 'DIA' dikalangan orang-orang tersebut ini.. wahhh!

"  Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI"

Bubur?!! lagi..

Malam tadi sebelum bersilat menyediakan hidangan makan malam.. aku capai barli.. aku capai juga kacang merah.. aku sukat.. dan aku rendam.. lepas siap masak baru aku mula merebus.. rebus 1 jam 45 minit.. kemudian masukan gula batu dalam 15 minit.. siap.. bubur lagiii.. Layan je le resepi bubur ringkas ni yep..

Barli

Kacang Merah

Gula Batu

Bubur Kacang Merah dengan Barli








'Nafkah Seorang Anak'


  • Perlu ke 'diminta'
  • Perlu ke 'diingatkan'
  • Perlu ke 'surat peringatan'
  • Perlu ke 'gaduh'
  • Perlu ke 'orang ketiga'

Kepada 'DIA' yang dipanggil 'Ayah'.. mulalah sekarang beri 'nafkah'.. jangan ditangguh lagi.. langsaikanlah 'nafkah yang tertunggak' juga.. jangan ditangguh lagi..

Tak dapat tido..

Jam 1.04 pagi.. aku terima 'SMS'.. huhhh!!.. buat aku tak dapat tido 'SMS' nyerrr.. adoiaiii.. ujian mengukur 'tahap kesabaran' ade lagiii.. tambahhh lagiii.. ALLAH.. tengok jam.. 4.41 pagi.. kerja ni hari ni.. ALLAH.. dapatkan oat panas.. ermmmmmm..

Thursday, November 18, 2010

Dapat.. tapi tak dapat!!

Azam memiliki 'barang-barang' keperluan ini tahun ini.. hanya satu berjaya dimiliki setakat ini.. ada 43 hari lagi sebelum 2011 menjelma.. takpe.. bukan urgent.. heheh pujuk hati sendiri lagiii..

Yang ini belum lagi..



Yang ni lagiii belum.. ini plan nak tukar saja.. tahun belum tau.. hehe..


Doakan Oeya ye..

Berkorban dengan pujuk hati sendiri..

Bukan mudah..
tapi aku harus..
'berkorban' dengan pujuk hati sendiri..
bila 'berkorban' mesti ikhlas..
Pahala 'berkorban' sangat lumayan..

Pujuk hati sendiri..

Bukan mudah..
aku pujuk hati sendiri..
hati masih marah..
aku sudah memilih..
berdiam lebih baikkk..
tak mahu kemarahan menghasut fikiran..

BBQ Aidil Adha di rumah Embah Hasan

Mendapat panggilan dari Embah Hasan.. menjemput kami sekeluarga menghadiri BBQ di rumah beliau.. meski agak lewat.. aku tetap hadir.. meluangkan masa walau tidak lama.. dua tahun sebelum ini aku tidak dapat memenuhi undangan beliau.. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik kalau jumpa.. adoiai.. aku saja yang kena.. sporting.. diaorang memang sporting.. suasana seperti ini yang aku pasti rindu.. rindu untuk bersama.. pertanyaan tentang perkembangan terbaru sudah tentu.. begitu juga dengan perkembangan anak aku Adam yang sedang melalui proses tumbesaran dan persekolahan.. yang pasti takde yang sebok ambil kesempatan begini untuk 'berjualan'.. fuhhh lega sungguh..
Antara yang sempat aku capture.. ada yang tak dapat nak aku upload di sini.. kecuali yang aku fikir 'sesuai'..

Ni dua 'beras'... choooppp! biras.. hehe..
Hubby Cik Jah dengan Cik Man..
Ni menantu soleh ni.. ahaksss!
Eleh control 'macho' la pulakkk!..
Jualll kanggg!..
Cik Man ni standard arrr..
Cikkk! Lama dah wat keje nih!!.. kui33

Cik Pi'e and Wife.. fuhhh! sporting gilerrr!..
Sempat lagi tu Cik Pi'e.. Lepas sesebok BBQ ni.. gi main badminton..
heheh.. 'jaga badan' eik Cik..

Tadaaaaaaa.. 'Jejaka Idaman Malaya'..
Senyummm.. Senyummm.. ehhh! senggihhh daaa diaorang..

Aku sayanggg sangattt semuaaa..

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha bagi 'Abah'

Aku bersyukur juga dapat menyambut Aidil Adha kali ini dengan family.. Dalam pada itu.. inilah kali pertama menyambutnya tanpa 'Mak".. 'Ziarah' yang amat menyebakkan hati.. tawa ria dengan adik-adik dan adik-adik ipar tak melampaui sebak dihati.. itu bagi aku sendiri.. 'Abah'.. macamana dengan 'Abah'.. sepi 'Abah'.. rindu 'Abah'.. emosi 'Abah'.. hanya ALLAH yang tahu.. aku sekadar mampu melihat.. 'Abah' yang merasai.. maafkan Oeya 'Abah'.. tau bahawa aku tak akan mampu kecuali hanya berusaha memahami kesepian 'Abah'.. Semoga 'Abah' tabah.. Semoga aku dapat sedikit ruang menggembirakan 'Abah'..

Aidil Adha 1431 H

Sesungguhnya aku amat bersyukur pada-NYA kerana masih diberi kesempatan menyambut Aidil Adha kali ini.. Yang paling utama aku  menyambutnya bersama anak ku Muhammad Adam Lutfi..

Tuesday, November 16, 2010

Bila Adam kepenatan..

Mengadu macam sekumpulan langau bunyinya.. paten anak ku Adam bila kepenatan.. naik letih telinga ni menahan nak sampaikan petang.. lepas waktu kerja.. tak sabar jadinya dia nak menunggu aku.. anakkk.. anakkk.. Adam request bawa dia 'foot massage'.. aku faham.. sedang aku dah macam teksi driver menghantar dia sesi latihan hampir dua bulan ni hingga tamat 'Malam Aneka Ragam'.. ditambah lagi dengan jamuan pulak.. lagikan dia yang menjalaninya.. iyolah nak.. aku penuhi saja permintaan Adam lepas waktu pejabat semalam..

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya
Aidil Adha
Kepada seluruh umat Islam