Memang sedap makan epal kan.. Disamping tu ada khasiat yang kita perolehi.. Mokcik sesebok menggoogle tentang epal pagi ni.. Kerana mokcik sedang menghadapai satu masalah.. Masalah 'mendapatkan berat badan ideal'..
Gerak tumpu menurunkan berat badan sejak Februari lalu.. GAGAL!.. huk3.. Camno?!. BMI = Overweight.. Bodyfat = Normal.. dan.. Body Water = Above.. Jawapan yang pasti Fitness Program Recommended.. Mengaku tidak melakukan senaman.. sekadar regangan waktu bangun tidur.. ermmmmmm..
Mokcik tak bermaksud yang makan epal hijau ni dapat selesaikan masalah mokcik.. tapi sebab nak ingatkan kembali khasiat epal hijau + seleri yang mokcik amalkan.. sesuatu yang jadi amalan harian atau mingguan buat mokcik lupa khasiatnya dan kenapa mokcik amalkannya.. wokey..
Dalam Saji Online dapat info ni dan mokcik share juge untuk semua..
Istimewanya epal hijau
Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
~ Untuk ayat ni "Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya." ..
Yang ni mokcik biasanya tak buat.. sebab mokcik bimbang sedikit.. sebab mokcik terbayangkan semburan racun serangga yang melekat kat kulit buah tu.. bukan mesti laa.. dah mokcik tak nampak.. mokcik bimbang aje ye.. pilihan ditangan kita kan.. terserah pada individu ye..
No comments:
Post a Comment