Thursday, March 8, 2012

Kacang Buncis Tumis Udang

Cerita makan sajalah kita.. Ada beberapa menu harian saya yang belum diketengahkan di sini.. Saya bukan arif memasak ya.. Yang saya post sekadar memadai selera saya dan anak.. Saya tidak sama sekali pernah memaksa sesiapa menyukainya.. Tapi tidak juga menghalang sesiapa mencuba masakan ringkas dan sedap begini hihi..

Tiba-tiba je interframe..

Bahan-bahannya: Kacang buncis, lobak merah, tomato, udang, bawang putih, garam dan minyak masak. 

Cara-caranya: Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukan tomato dan tumis hingga tomato hancur menjadi sos/cair. Kemudian masukan udang dan kacau sebentar. Diikuti kacang buncis dan lobak merah. Masukan garam dan kacau hingga masak yang diingini dan sedia dihidang.

Masakan yang nampak berwarna warni begini mengundang selera anak saya.. Bahagia rasa hati bila masakan kita anak suka kan.. :)

9 comments:

  1. Sari Yusa Ibrahim ~ Awak memang penggemar udang eikkk hihi.. sila.. sila ;)

    ReplyDelete
  2. Suka kacang buncis yang emak I buat, tapi tanpa carrot, tomato dan udang. Itu pun sedapnya dah tak terkira! Balik kampung esok, I nak mintak emak try masak kacang buncis yang ditambah dengan udang! Mesti heaven nyer lah! Hehe...

    ReplyDelete
  3. logorithm ~ Iyolah anak omak hihi.. Kalau tak begini, i n Adam suka kacang buncis goreng dgn bawang putih dan minyak bijan saja :)
    Hati2 memandu esok ya ;)

    ReplyDelete
  4. oh oeya - wajib interframe, kalau tidak tak kenal rupa chef in da house kan kan kan

    ReplyDelete
  5. zuwaidah ~ 'Perasan' sebenarnya Oeya ni Kak Zu hihi.. Tak layak lagi laaa Kak Zu digelar chef Oeya ni.. :)

    ReplyDelete
  6. lama rasanya tak makan kacang buncis sebab terus terbalik 360 darjah seleraku..

    ReplyDelete