Wednesday, August 24, 2011

Puding roti gulung blueberry bersos kastard

Dek ketergodaan saya jengah rumah baru Sariyusa.. kerana dihidangkan mata saya dengan Puding roti gulung blueberry bersos kastard, berniatlah saya membuatnya selepas berbuka semalam. Saya dengan berbesar hari cananglah kat ruang comment beliau.
Siap masak untuk berbuka, anak tunggal ku Muhammad Adam Lutfi tanpa mengizinkan saya memberi jawapan boleh atau tidak, request jemput-jemput bawang. Makanya hasrat ku perlu dipendam dahulu. Oh! Hati.. Berlalulah keinginan itu hingga malam larut dan saya lena. Hanya alarm mengejutkan saya untuk bersahur..


Tergoda kan..!!

Jom Tambahkan Follower


Jom join

Sama-sama menambah kegembiraan beliau juga yang akan menyambut Hari Lahir ke-22 tahun

"Happy birthday Cik Reen"

Comeiii

Sejak bila suka join 'segmen'..??

Sejak kenal blog Ben Ashaari.. Pastu tumpu kat segmen blog ni je.. Orang lain buat segmen, tak amik tau heheh.. Tapi.. Sejak join segmen Cenderahati lucky raya anjuran blog AKO @ retna, saya bertambah minat menyertai mana-mana segmen yang tak kira dari blog siapa. Sebab saya pun suka singgah menjengah blog bila lapang. Selain join segmen, dapat kenalan baru juga. Dapat tambah pengetahuan dan info. Saya suka begini. Ramai kawan.

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya


Jom join
Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah


 :: Tart Nanas ::

Suka sangat.. tapi tak pandai buat pun.. Saya boleh beli dari beberapa orang yang berbeza hanya untuk menikmati rasanya..

Oh! Tart Nanas

Macamana nak mula bela kucing..??

Google
Macamana nak bela..??
Keperluan asas..??
Makanan..??

Google

Ini pun mau ke..??
Amboiii..!! Amboiii..!! Amboiii..!!

So, how..??

Wordless Wednesday : Kurma Kopek kulit

 
:: Hanya Adam ::

Jawapan segmen TEPAT dan PANTAS

By Ben Ashaari

By Oh Oeya


Jawapan Oh Oeya,

:: Tart Gulung Nenas ::

Dan pemenangnya Si dia

Tuesday, August 23, 2011

TEPAT dan PANTAS


Nak tau..??!! Klik Segmen tepat dan pantas

Baekkk punyerrr AYAM..!!













Sumber: Google

Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI‏ !!



Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:

1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.


2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.



3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.

5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.

Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.


Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com

Sumber: E-mail

Jeli kulit babi..!!

E-mail dari seorang sahabat saya. Pernah memeranjatkan kita suatu masa dulu dan e-mail ini mengingatkan saya semula tentang perkara ini dan saya kongsikan di sini..
Fwd:
Salam

Memang banyak jual...kat kedai runcit n pasar malam, juga mungkin bas2 sekolah yg ada jual sweets / candy jenis2 ni dalam bas dorang.... pesan2 le pd anak2 kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca. Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja. Mudah2an kita dapat mengambil perhatian.


Monday, August 22, 2011

Kek Walnut dan Bubur lambuk

Sedap dan saya suka..
Lembut dan enak menikmatinya..
Ini pun sedap..
Untuk tatapan saja.. Usah terfikir saya membuatnya.. Oh! Tidak!.. Kek saya beli di Season Cake dan bubur lambuk pula, adik saya Boy bawa balik. Kami berbuka di rumah Abah.

 

Dadih strawberry


Saya buat untuk iftar 20 Sabtu lalu..Saya dapatkan resepi dari Chef Hanieliza fotopages. Bahan dan caranya juga saya copy paste saja. Cubalah!


Bahan
1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady

Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.






Sunday, August 21, 2011

Terima kasih AKO @ retna

Alhamdulillah.. Terima sudah Retna.. Terima kasih atas kiriman ini ye..  Saya telah menyertai Cenderahati lucky raya di blog si comeiii AKO @ retna.. dan terpilih jadi salah seorang penerimanya..


Yaa ini dia.. berbesar hati sungguh saya apabila menerimanya dari Retna.. Berserta kad raya lagi..


Terima kasih daun keladi,
Klu ada, join lah lagi!!

Pantun 2 kerat Retna yang membuatkan saya tersenyum sendiri.. Tentulah saya tak mau ketinggalan Retna :)