Sunday, May 29, 2011

Birthday Adam

Assalamualaikum. Sihat hendaknya semuanya ye.. Mokcik baik-baik ajaaa.. Hanya yang terbaik untuk kalian mokcik doakan, Amin.
29 Mei 2001 lalu.. jam 10.43 pagi.. mokcik selamat melahirkan seorang bayi sihat dan tembam seberat 3.18kg di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. 
Dan pagi ini 29 Mei 2011.. setelah sepuluh tahun berlalu.. Anak mokcik yang diberi nama Muhammad Adam Lutfi menyambut kelahirannya yang ke-10 tahun.. Anak tunggal yang 'segalanya' untuk mokcik..
Sebentar tadi dia menyambut kelahirannya bersama kawan-kawan yang menurut Ustazah lebih kurang 60 orang di Kelas Fardhu Ain.. Alhamdulillah..
Hidangan Mee goreng dan Mihun Goreng bersama sambal tumis.. Karipap.. Apam Sambal.. Kuih Lapis.. Nugget.. Tembikai dan minuman F&N Oren mengiringi Kek bertema Panda.. Asalnya Kek Transformers menjadi pilihan mokcik.. apakan daya.. masa kek itu boleh diambil tidak menepati masa mokcik.. "Bersyukur Mama" kata Adam.. Alhamdulillah..
Hidangan tersebut seluruhnya mokcik order dari Kak Yah.. Kak Yah yang sudah acap kali menyiapkan hidangan untuk sebarang majlis mokcik.. Tak sempat capture tadi..  Mokcik tengok bebudak ramai cenggitu udah fenin hik3.. Semua hidangan diuruskan oleh Ustazah-ustazah dengan bantuan murid-murid.. Mokcik dengan Mak Dek tengok ajaaa..
Disini mokcik kongsikan sedikit sambutan ringkas yang baru saja berlalu..




Kawan-kawan Adam iaitu sebahagian pelajar yang hadir

Disebelah kanan Ustazah Fauziah dan Ustazah Masitah di sebelah kiri Adam



Yang manisnya juga untuk Adam tahun ini.. Pada hari Khamis iaitu 26 Mei 2011 lalu.. 3 hari sebelum sambutan Hari Lahir nya.. mokcik menerima 'SMS'.. yang menjadi HAK ADAM sudah mulai diberi.. meski bukan seperti dijanji.. Minggu hadapan baru mokcik akan 'pastikan' benarnya kandungan SMS tersebut.. Mokcik mohon yang terbaik dunia dan akhirat untuk Adam.. 

Tanggungjawab dan kasih sayang.. hadiah yang setiap hari Mama beri pada Adam..

No comments:

Post a Comment