Aku kalau nampak sesuatu yang montel-montel.. tembam-tembam.. bonot-bonot.. eiii gerammm.. heheh.. macam anggur ni.. heheh.. gerammm takkk??!!..
Walau ape pon warna nyerr.. jenis nyerr.. dari maner datang nyerr.. aku tetap panggil anggur aje.. atau bahasa tak Jawa nyerr grape.. tapi.. masa aku beli tertera di stickers Australia Red Globe.. ahhh kelasss pikir aku kui3.. ohhh ni nama jenis anggur nyerr.. baru tau aku nih.. huhuuu.. ketinggalan lagi hik3.. tak kesahlah.. yang penting sedap dimakan dan baik untuk kesihatan.. Meh share sikit khasiat anggur..
Menjaga Kesihatan Kulit |
Kebanyakan wanita berasa kulit mereka kendur dan berkedut selepas berjaya menurunkan berat badan. Menurut pakar kesihatan, menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tidak baik, kerana tindakan itu akan mengakibatkan masalah kulit. Namun, dengan makan buah anggur banyak-banyak, keadaan kulit dapat diperbaik.
Lemak di bawah kulit akan hilang dalam proses menurunkan berat badan. Hal ini mengakibatkan kulit kehilangan sokongan. Selain itu, masalah kulit juga berkait rapat dengan tahap kegemukan dan kecepatan proses menurunkan berat badan. Biasanya, seseorang itu, semakin gemuk semakin kendur dan berkedut kulitnya selepas berat badannya turun.
Menurut pakar bidang ini, kerana kulit secara semulajadi mempunyai keanjalan, masalah tersebut boleh diatasi dan kulit dapat dipulih. Tetapi, penuaan kulit akan memainkan peranan negatif kepada proses pemulihan tersebut. Oleh itu, untuk mengelakkan kedut berlaku selepas berat badan turun, langkah terbaik adalah tidak menurunkan berat badan terlalu banyak. Selain itu, kita juga perlu menjaga kulit dalam kehidupan seharian serta menahan diri daripada terkema matahari. Ini dapat melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, banyak makan buah anggur, epal, tamato dan lobak merah akan mengelakkan kulit daripada kendur dan berkedut
No comments:
Post a Comment