Friday, November 26, 2010

Bubur juge..

Aku asal boleh je buat bubur ni.. bubur kali ni sama dengan sebelom ni.. tapi aku tukar kacang hijau dengan kacang merah.. Adam tak berapa gemar bubur ni.. hirup kuah saja dia.. iyolah nakkk.. layan bubur versi aku yang tak sepertinya ni eik.. buat jamu mata ok kottt..



Bahan-bahan
  • Kacang merah
  • Barli
  • Lotus seeds / biji teratai (kering)
  • Fox nuts / Gordon Euryale seeds
  • Yam (fresh)
  • Gula batu / Rock Sugar
  • Air

Cara-cara
Rendam dulu biji teratai hingga agak lembut. Kemudian rebus kacang merah, barli, biji teratai, fox nuts dan yam selama satu setengah jam atau hingga kembang yang dikehendaki atau lembut yang dikehendaki. Kemudian masukan gula batu kadar manis yang disukai.

* Selain biji teratai, bahan-bahan lain pun boleh direndam dulu kalau tidak mahu lama merebus.
* Boleh tambahkan santan / susu cair kalau suka dengan sedikit garam.

2 comments:

  1. yay! o ya wat resepi bubur.. awat adam taknak? kan mama da buat tu.. sedap tau!

    ReplyDelete
  2. utk kite sedap.. srh dia try dia tnye kita 'why become like this? all nuts se maaa".. mmm.. dia hirup pon sesudu-dua.. entrtain mak dia je aibaks..

    ReplyDelete