Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum

Oeya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Dikesempatan ini Oeya mohon ampun dan maaf, Zahir dan Batin andai ada ketelanjuran bahasa dan sikap samada disedari atau sebaliknya. Berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik ke destinasi yang dituju dengan selamat.Semoga sambutan Hari Raya kali ini akan menambah kebahagian kita semua.

Doktor Naik Heran

Tijah     :   "Tuan doktor adalah doktor yang terbaik dalam dunia."

Doktor  :   "Sudah semestinya. Terima ksih atas oujian anda."

Tijah     :   "Kerana doktor, saya telah mendapat satu manfaat yang terbesar sekali."

Doktor  :   "Tapi seingat saya, puan belum pernah menjadi pesakit saya pun lagi."

Tijah     :   "Memang pun belum pernah lagi."

Doktor  :   "Habis tu?"

Tijah     :   "Pesakit doktor yang sakit gigi semalam adalah ibu mertua saya. Dan kerana rawatan doktor
                juga ibu saya meninggal."

Monday, September 6, 2010

Hospital Mental

Seorang jururawat di Hospital Sakit Jiwa nampak seorang pesakit sedang menulis surat.

Jururawat          :          "Ko tulis surat kat sapa?"

Orang Gila        :          "Aku tulis surat untuk diri aku sendiri."

Jururawat          :          "Jadi.. apa yang ko tulis?"

Orang Gila        :          "Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, barulah aku boleh baca."

Tolong

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat selepas hantar Adam ke Kelas Fardhu Ain, aku terpandang di suatu selekoh yang bakal aku lalui.. Dan ketika ini seorang lelaki muda berbangsa India memotong kenderaan aku.. Macam terkejar masa juga pemuda India ni pada pandangan aku.. Atau dia memang biasa menunggang laju begitu.. Dan rasanya dia bukan nak masuk selekoh tersebut.. Aku pasti dari gaya tunggangannya..

Di situ sorang pemuda Cina terjatuh.. Aku tak pasti samada jatuh sendiri atau ada kenderaan lain terlibat.. Yang pasti aku cuma nampak dia sorang yang cuba bangun sendiri..

Pemuda India yang memotong aku tadi tiba-tiba dengan mengejut berhenti di selekoh.. Makkk!!.. Terkejut aku.. Mana taknya aku perlu brek mengejut elakan dia.. Nasib baik belakang kenderaan aku tak ada kenderaan lain.. Dia terus turun dari motor dan bantu pemuda Cina tadi dirikan motornya.. Aku yang agak terkedu.. perhatikan saja gelagat pemuda India ni.. Dari pintu kenderaan aku tanya mereka "Everything ok?" Pemuda Cina jawab "Ok.. Ok.. Thanks" Dia memang tolong pemuda Cina tu.. siap lapkan helmet lagi.. Kemudian mereka bersalaman.. Kad nama dihulur oleh pemuda Cina.. Tak banyak mereka berbual.. Terharu pulak aku tiba-tiba.. Pemuda India kemudian menuju jalan lurus dan pemuda Cina melalui selekoh tersebut..

Ye.. maknanya mereka bukan kenalan.. Mereka bukan sebangsa apatah lagi seagama.. Aku terharu.. Masih ada lagi pemuda berhati mulia begini..

Saturday, September 4, 2010

Rokok dan Takbir

Aku ke premis 7 Eleven mendapatkan majalah Millenia Muslim.. Masa beli Jelita, belum sampai.. Kena la cari inisiatif di tempat lain.. Masa aku masuk ada sorang pemuda 'Melayu'.. Sedang aku belek-belek majalah lain.. biasanya aku memang begini.. dapat yang dituju belek juga majalah yang lain.. kadang-kadang memang ada yang berkenan..

Pemuda tadi selesai memilih 'makanan ringan'.. menuju kaunter.. aku entah kenapa.. pandang pulak muka dia.. alamakkk.. dia sengih kat aku.. "sorry beb gua malas layan lu".. ayat nyampahhh ni pulak keluar di hati aku.. Dah gitu.. pilih 'rokok' pulakkk!!.. lagiii.. dia dengan bangganya ber'takbir raya'.. dia dengan tak peduli apa 'takbir raya' lagiii.. dia terus menerus 'takbir raya' sampai keluar pintu.. 

Dua orang petugas kaunter, sorang lelaki dan perempuan 'Melayu' merunggut.. keluar dari mulut yang perempuan "kuang hajo"!!..

Aku ke kaunter.. bayar dan keluar..

Di luar premis.. pemuda tadi dan kawan-kawannya seramai 3 orang.. 'merokok dan makan'!!..

Aku pandang diaorang dari dalam kenderaan.. "Anak sapa la ni".. 'Lelaki' lagi tu.. Bakal jadi imam.. Bakal jadi ketua keluarga.. Adoiai adik-adik.. Hancur luluh hati makbapak diaorang kalau nampak..

Moga mereka akan mendapat hidayah, Amin. Moga dijauhkan anak-anak kita juga dari bertingkahlaku sebegini, Amin.

Love

Love give me strength to live
Love give me air to breath
Love give me the joy to be happy
And
I give all of the love for those who really know how to appreciate my love

Baris-baris ayat ini diluahkan oleh seorang 'suami' yang amat kecewa dengan kecurangan 'isterinya'.. Setelah diceritakan oleh beliau bagaimana 'perpisahan' terjadi juga.. Yang harus beliau terima dengan redha..
Aku percaya.. bukan membuka pekong pasangan niat beliau.. Meluahkan kekecewaan dan pengalaman diri adakalanya dapat mengingatkan dan memberi pengajaran..
Diamati bait akhir luahannya betapa aku dapat merasakan kali ini beliau amat terguris.. Suatu perasaan kecewa yang amat dalam dan pedih..
Moga kebahagiaan yang melimpah bakal dinikmati beliau selepas ini dan kita semua juga, Amin.

C'Mat Gebu

Terbaru kreativiti CMG  membuat biskut raya menjadi tatapan pembaca Jelita September 2010.. Tahniah C'Mat..

Foto dari majalah Jelita keluaran September 2010

Setakat ni la kan.. aku lom dapat jamah di alam realiti masakan CMG ni.. Asyik saje menjamu mata di alam maya.. Kalau orang ngidam mau dia terjah CMG nih he3.. apa pun aku tumpang bangga dengan C'Mat.. Semoga beliau akan terus berkarya melalui masakan dengan jayanya, Amin.

Friday, September 3, 2010

Dari Taiwan 2


Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

Ni yang Adam dapat dari M'Dik.. Adam kalau berkenaan basketball memang kesukaan dia ler.. Key chain tu bukan utk Adam sorang.. Adam punye yang berbentuk 'robot'.. Memujuk betul dia pada M'Dik nak pegi juge Taiwan lain kali.. Dia ingat perjalanan pegi Taiwan tu macam dari rumah ke sekolah gaknye.. M'Dik dah fenin kui3.. Sib baik tak request dari Mama he3.. selamat.. 

Dari Taiwan 1

Antara souvenir utk family dan kawan-kawan M'Dik
Chopstick utk aku
Key chain utk aku
Key chain utk aku
Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

M'Dik selamat sampai dari Taiwan malam Rabu 1 hb September lalu.. Dengar cerita M'Dik memang best.. Shopping macam-macam juge dia.. Pakaian tentu sekali.. Aku upload cikit jer ni.. Sebelom tau souvenir utk aku tu ialah chopsticks.. Pada covernya aku ingatkan 'pen'.. Sebatang chopstick tu bersambung ditengah-tengah.. lorrr..  Key chain ni pon nice..Tima kasih M'Dik..

Pizza Hut


Juadah berbuka kami semalam.. Sampai di rumah juadah di arah masuk oven dulu.. Tak HOT kalau Pizza HUT sejuk.. Sesekali tak bersilat di dapur.. Pilihan kami Super Supreme Pan Pizza.. Sweet & Spicy Chicken Wings.. Hut's Platter.. Popia.. dan Air Soya.. Chooppp!! Car key tak masuk juadah yepp ahaks..

Thursday, September 2, 2010

Kenderaan Merdeka


Aku capture pada 6 Julai lalu.. Sayang tak dapat tahu siapa pemilik 'Kenderaan Merdeka' ni.. Aku tak berkesempatan berkenalan dengan pemilik kenderaan ni memandangkan kami bersebelahan di traffic light Taman Molek, Johor Bahru ketika aku balik dari berurusan dengan TNB cawangan.. Yang dapat aku pastikan pemandunya seorang lelaki.. Pada aku, kereta ni diindahkan begini pada sambutan kemerdekaan tahun 2009 berdasarkan angka '52'.. Foto-foto pemimpin lagi.. Andai pemiliknya tau aku upload foto ni aku harap sangattt dia takde halangan.. Maaf 'Encik' saya sekadar berkongsi sesama rakyat Malaysia.. Aku dapat rasakan betapa pemilik kenderaan ni ingin meluahkan betapa beliau menyayangi Malaysia.. Tahniah kepada 'pemilik' kenderaan Merdeka yang istimewa ini.. Aku tumpang bangga..

Detik mendebarkan

Jam 12.23 tadi.. jeng.. jeng.. jeng..

Tiba-tiba satu suara memecah sunyiii...

jeng.. jeng.. jeng..

"Oeya.. itu sume wages and staff files tolong kasi saya"

jeng.. jeng.. jeng..

Bila berlakunya situasi begini..

jeng.. jeng.. jeng..

Detik mendebarkan bakal berulang..

jeng.. jeng.. jeng..

Maknanye..

jeng.. jeng.. jeng..

?!!
?!!
?!!
?!!
?!!
?!!

Akan ada 'increment'.. 

Mudah-mudahan.. Doakan Oeya ye..

Wednesday, September 1, 2010

Seaweed Wheat Noodle


Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com


Foto ni last year punyer.. Sebelum Ramadhan ada buat juge tapi tak capture.. Ni kira noodle masak tumis air je ni he3..  Sup yang dari tangan aku biasanya 'jernih' jer.. Aku ni masak asal berkuah je 'sup' lerr namanya.. Pernah upload kat 'mukabuku' @ facebook.. Hidangan sorang makan.. Selamat mencuba..    

Facebook

Makluman untuk seluruh sahabat dan saudara mara di 'Facebook' Oeya..
Kali terakhir Oeya on9 pada Julai 2010 lalu.. Maaf pada kenalan lama dan baru yang 'add' Oeya.. Bukan dari hati ini tak mau confirm kalian.. Oeya minta maaf juge pada e-mail by facebook yang tak dapat dibalas..  Oeya harap sangattt Oeya tak mengecilkan hati sesiapa.. Oeya 'ada halangan' untuk on9 facebook sejak Februari 2010 lalu.. Memang ada sahabat2 yang sudah maklum akan hal ini.. Bagi yang belum maklum, terlebih dahulu Oeya mohon maaf..

Oeya saaaaaayangggggg semuaaaaaa..

Rempeyek Merdeka

Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

'Rempeyek Kacang Tanah Merdeka' diberi nama..
Ni hasil kerjatangan adik aku Mummy..
Seperti biasa aku pasti terlibat huhu..
Kecurrr je masa 'tolong' ki3..
Mesti ada tugasan beb.. Kalau idak tak kawan Mummy dengan aku hik3..
Dari kisar rempah ke bancuh hingga ke menebar Mummy yang buat heheh..
Pentingnya aku ketika ini.. "susun dalam tupperware" haaa.. kui3..
Kerjatangan aku dalam bab menyusun rempeyek diterimapakai selalunya he3..
Kalau Adik ada sama la tugasan dia dengan aku heheh..
Adik belom balik dari Taiwan lagi..
So pembantu Mummy aku sorang kali ni..
Success! Success! Success!