Monday, June 22, 2009

Curi

Pagi ini jam 7.40 pagi, seperti biasa saya bawa anak untuk menikmati sarapan di Restoran Tea Garden cawangan Tmn Johor Jaya. Menjadi amalan saya apabila keluar dari kereta untuk tujuan sarapan, makan tengahari atau makan malam di luar dan ke kedai, hanya membawa "cash" mengikut "estimate" diperlukan dan meninggalkan beg tangan di bawah tempat duduk penumpang hadapan iaitu di sebelah kiri pemandu.
Jam 8.10 minit pagi saya dikejutkan dengan panggilan oleh salah seorang pekerja di restoran tersebut yang memanggil saya dengan nada yang amat cemas dan memeranjatkan. Sangat-sangat mengejutkan! Cermin kereta dibahagian pemandu kereta saya telah dipecahkan. Saya kehilangan beg tangan yang didalamnya terdapat dompet bersama kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad Health Care dan kad SSPN anak lelaki saya Muhammad Adam Lutfi. Juga handphone Nokia 7610 yang teramat penting bagi saya kerana kandungannya. ALLAH hu-akbar! Berkali-kali saya lafazkan bagi memujuk hati sendiri.
Saya akui kesilapan ini dan sedia mengingatkan diri sendiri dan anda untuk tidak melalui pengalaman ini seperti saya. Menyusahkan!!
Kasihan anak saya yang terkejut dengan kejadian ini meskipun tidak melihat secara "live" situasi ini berlaku. Airmata anak emas ini membasahi pipinya kerana kasihankan Mama katanya. Dia kelihatan emosi sedikit sambil menggengam tangan saya. Itulah hebatnya kasih seorang anak.
Semoga perkara yang tidak diingini sebegini tidak berlaku lagi kepada saya, anak saya, adik beradik saya, saudara mara saya, kawan-kawan saya dan kita semua. Amin, Amin Ya ALLAH.

Wednesday, June 17, 2009

Fried Japanese U-don Noodle


















Hidangan untuk 2 orang

Bahan-bahan:
1 paket Japanese U-don Noodle
2 keping Fish cake (Hiris memanjang)
1 biji Bawang Besar (Hijau)
2 biji Bawang putih
Sawi Jepun
Taugeh
Kicap pekat
Garam
Air

Cara memasak:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih.
2) Masukkan fish cake.
3) Tambahkan sedikit air supaya bahan tumis tidak hangus dan masukkan U-don kemudian kacau.
4) Masukkan kicap pekat mengikut kesesuaian.
5) Masukkan sayur dan kacau.
6) Akhir sekali tambahkan garam. Tak perlu terlalu banyak kerana fish cake dan kicap pekat sudah masin. Sedia untuk dinikmati.

Monday, June 15, 2009

Kata Hati


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum.
Syukur pada ALLAH atas izin-Nya berjaya juga create blog ini. Kongsi rasa hati, kenangan, pengetahuan, penulisan, resepi dan apa saja.