Saturday, March 3, 2012

Insiden Bukkk!! Bukkk!!.. Dushhh!!!

Pagi ni seperti pagi-pagi biasa, saya memandu untuk ke tempat sarapan kegemaran.. Saya peminum Teh C tegar hihi.. Susuk juga sudah segebu roti haha.. Saya sihat dan sangat happy walaupun pasti BMI sudah tidak normal lagi huhuuu..
Nak cerita kesah dua orang lelaki.. Kenderaan perlahan kerana lampu trafik bertukar merah.. Depan saya sebuah kereta kelisa yang dipandu seorang lelaki.. Kami di laluan kedua (tengah-tengah).. Dalam keadaaan majoriti kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba kereta Kelisa tersebut mahu menukar arah ke laluan kiri kami.. Eh?!!.. Sabo je la?!!.. Bayangkan.. Cari pasal kan!.. Dalam masa yang sama, sebuah motorsikal juga ditunggang seorang lelaki, lalu disebelahnya.. Dan.. Hah!!.. Tangan si penunggang terhimpit.. Dikibas-kibas tangannya.. Sakit! Tangannya sakit!.. Hampir saja penunggang tersebut terjatuh.. Ape lagi.. Kereta Kelisa kembali ke laluan asal dan konon takde masalah la kan.. Oh! Tidak.. Sangat salah pemikiranmu itu hai pemandu.. Penunggang yang nampak cool berhenti,  ditongkat motosikalnya betul-betul sebelah pemandu.. Cermin kereta Kelisa yang comel diketuk.. Si pemandu akur, cermin kereta diturunkan.. Sangat bekerjasama pemandu ini kata hati ku hihi.. Dan.. Bukkk!! Sekali.. Bukkk!! Kali kedua..  Dushhh!!! Tumbukan padu terakhir si pemandu terima.. Dan.. Penunggang tersebut dengan coolnya juga.. beredar.. Pemandu?!!.. 
Errrrkkkkkk!!! Fuhhh!! Gilerrr sungguh sarapan mata saya pagi ini.. Menikmati sarapan pagi dengan Teh C dan roti gandum penuh dengan margerin dan kaya, sambil imaginasi menerawang berulang-ulang insiden ini.. Berhati-hati memandu semua.. Fikirkan jugalah pengguna jalanraya yang lain ya :)))

6 comments:

  1. pernah saya buat camtu...tp sy btl2 x perasan motosikal dtg dr blkg...jln x jammed masa tu..tiba di traffic light, penunggang motosikal ketuk tingkap. saya tau dia mst nak marah..sy susun jari 10 smbil wat muka kesian(tp cermin x turun...takut) seb baik mamat tu pendam semula kemarahan dia..huhuuhu..after dat, mmg berhati2 sgt kalo nak motong...baik kiri atau kanan...peaceeee....

    ReplyDelete
  2. Anonymous ~ Saya sendiri pernah mengubah laluan, tetapi tidak begini.. Seperti anda juga.. memang kadang2 memang tak perasan akan penunggang motor ni kan..
    Sebenarnya pemandu tersebut telah dua kali masuk ke laluan kiri dan kembali semula ke laluan kanan, juga masih di depan kereta saya (betapa saya memberi ruang 2 kali kepadanya kan..), pelakuan kali ke tiga yg membawa padah kepadanya.. Kan ada jenis pemandu yg sesuka hati cilok ke kiri kanan tanpa peduli pemandu lain, inilah salah sorang daripadanya..peaceee.. :)

    ReplyDelete
  3. Berhati2 di jalanraya, malang tak berbau

    ReplyDelete
  4. Sari Yusa Ibrahim ~ Sama2lah kita ya :)

    ReplyDelete
  5. Huh! Baru jer semalam I driving balik dari kerja, sampai kat satu jalan naik bukit nih, ada sorang pemandu (I rasa wanita), menyelinap masuk dari sebelah kiri, padahal I dah berada di lorong paling kiri. Sikit lagi nak bergesel. I hon dia. Dia buat dek jer. I beri laluan. Pas tuh dia buat lagi kat pemandu di hadapannya semasa tiba di satu bulatan. Memang hampir-hampir bergesel lah! Tapi baik pulak pemandu depan tuh tak hon dia. Ker dia memang tak sedar langsung ada kereta yang cuba memotongnya di sebelah kiri tuh?

    ReplyDelete
  6. logorithm ~ Syukurlah tak jadi apa2 pada awak..
    Wah! Sama 'buat takde hal'.. ermmm... Macam2 ragam pengguna jalanraya ni kan.. Boleh sesak nafas jadinya..
    i rase dia sedar..mungkin dipandang pemandunya wanita.. dia malas nak ambil peduli hihi..

    ReplyDelete