Tuesday, December 24, 2013

Bubur merah-putih


Namanya saja 'Bubur merah-putih'. Tidaklah imejnya ketara merah atau putih. Kita generasi yang meneruskan tradisi, taklah sesuka hati mengubah nama asal makanan tradisi begini. Mungkin ramai juga yang dah lama tak makan bubur ni kan..?! :-) 

Bahan
10 cawan beras
1 kg santan
1 kg gula Melaka
4 senduk gula pasir *Boleh ditambah atau dikurangkan
2 sudu kecil garam
60 cawan air
Daun pandan

*Anggaran 40 orang

Cara-cara
1. Rendam beras yang telah dicuci lebih kurang setengah jam.
2. Masukan beras kedalam 30 cawan air bersama daun pandan. Masak hingga kembang.
3. Masukan santan. Perlahankan api. Kacau hingga mendidih.
4. Masukan gula melaka, kemudian garam. Kacau hingga sebati.
5. Masukan gula pasir. *Oeya masukkan kemudian kerana bimbang tambahannya terlalu manis.

5 comments: