Thursday, December 22, 2011

Akibat salah rawatan

Assalamualaikum.

Cantik. Semua mau cantik. Semua suka yang cantik. Kisah kaum hawa yang sanggup berhabisan untuk nampak cantik tak pernah berhenti. Lihat saja iklan sekarang ni. Macam-macam produk kecantikan diperkenalkan. Pelbagai jenama dapat kita dengar, lihat dan baca. Pendek kata iklan mengenai kecantikan akan ada dalam semua bentuk media. Maknanya dalam pasaran, permintaan berkenaan kecantikan sangat tinggi u.. Pilih sajalah ikut kemampuan dan kehendak peribadi. Cantik segera ade? hihi..

Dalam usaha dengan niat yang baik untuk cantik ni, saya sokong juga. Untuk pasangan halal sudah tentulahkan. Menambat atau menglock tu perlu. Hati, bukan kaki.. Untuk bahagia kita juga kan kekanda adinda..



Hati-hati ye kalau memilih rawatan kecantikan. Saya kongsikan video ini yang saya telah tonton tahun lalu. Ambillah iktibar daripadanya. Mengenai seorang selebriti yang terpaksa menanggung kesakitan akibat salah rawatan.

Semoga kita semua sihat sejahtera dan bahagia, Amin.

8 comments: