Tuesday, November 29, 2011

Semoga 'dia' selamat

Salam Maal Hijrah.. Semoga bertambah keimanan dan taqwa untuk kita semua.. Doa awal dan akhir tahun ditunai sudah.. Tiada cuti untuk saya semalam.. Hanya cuti makan siang.. Alhamdulillah.
Pagi semalam saya terperanjat!.. Terkejut!.. Ishhh!!.. Takut!.. Kemalangan berlaku 'live' depan mata.. Lampu isyarat merah di Taman Desa Tebrau, JB saya berhenti dan jadi peserta pertama digarisan.. Tiba-tiba terpandang objek melambunggg!!.. Dannnnnn.. Bukkkkkk! Seorang lelaki terhempas ke bumi.. Mengelitikkk!!!.. Erkkk!!!.. Berkerut dahi ni!.. Erkkk!!!.. Saya nampak seorang lelaki lain menunjukan isyarat 'telefon' kepada seorang pemandu.. Lampu isyarat bertukar hijau, saya dengan amat perlahan teruskan memandu.. Dengan kerut wajah, pandang juga lelaki terhempas yang sudah tidak bergerak.. Saya tinggalkan kemalangan tersebut kerana keadaan di tempat kemalangan sudah mulai tegang.. Masing-masing mula turun dari kereta.. Untuk tinjau.. Untuk bantu.. Untuk record dan up load.. Untuk catat nombor plat.. Saya tak pasti.. Saya betul-betul tak tahu bagaimana kemalangan tu terjadi.. Semoga 'dia' selamat..

6 comments: