Thursday, June 30, 2011

Double boil green apple

Sediakan sebiji epal hijau, belah dua dan buang biji/empulur epal.. Ambil seketul kecil yellow rock sugar dan letakan di bahagian empulur tadi..


Kemudian satukan semula kedua-dua bahagian epal yang telah dibelah dua tadi seperti ini..


Kaedah 'double boil' digunakan yang menggunakan 'ceramic pot' atau 'double boil jar'.. Masukan epal kedalamnya dan tambahkan air berukuran separuh dari epal tersebut..


'Double boil' epal hijau ini selama satu jam..

 

Epal akan terhasil seperti ini selepas satu jam..

  

Asingkan jus epal untuk diminum terus dan epal tersebut dihancurkan untuk dijadikan sos epal..

  

Sos epal ni sedap dimakan bersama oat dengan ditambahkan sedikit serbuk kayu manis..

No comments:

Post a Comment