Monday, June 27, 2011

Abah


 Jumaat lalu balik kampung untuk Abah dan 'Bawang Putih Hitam'.. Bawang mokcik cerita kemudian yerk..
Mokcik rasa lapang hati, gembira dan bersyukur tengok Abah.. Abah sudah kembali 'seperti dulu' dari perubahan setelah kembalinya Mak ke rahmatullah.. Abah sudah kurang menyendiri.. Abah sudah kembali berbual sambil 'loyar buruk' hi3.. Abah juga sudah kembali sibuk dengan 'program' bersama kawan-kawannya.. Rancangan meraikan Abah untuk sambutan Hari Bapa juga perlu ditangguhkan kerana program Abah full.. 
Bila Abah maklumkan "Abah nak pergi ngeteh..".. menambah kelegaan mokcik berkenaan emosi Abah.. Sukar mokcik nak terangkan bagaimana.. yang pasti mokcik lega sangat.. Alhamdulillah.

*psssttt! 'Ngeteh' perkataan sinonim bagi minum teh heheh..

No comments:

Post a Comment