Thursday, October 6, 2011

Sesedap mulut bercakap !!

Saya didatangi kawan lama di depan pejabat petang semalam.. Saya akui sudah lebih lima kali menolak pertemuan dengannya.. Saya gelarkan saja dengan Cik Single.. Seorang IBO sebuah syarikat al-kaafiruun terkemuka..
"Oeya, senang tak 16 haribulan ni?" "Eh! Sorrylah! Aku ada barang nak buat." Jawab saya.
"Kau ni bilalah senang. Manjang tak senang." Saya senggih saja.
"Kau ni takde impian ker?! Takan taknak 'hidup senang'?! Tak fikir masa depan ker?!" Perrgghh..!! Tegak saja dia sound saya.
Sungguh! Saya tak gemar paten Cik Single yang 'takde bahasa'.
"Sorrylah! Anak aku nak exam, start 12 haribulan." Terus terang saya.
"Alah! Habis! Kau sampai bila nak kerja ni?! Kalau kau tak masuk A*****, sampai bila-bilalah 'hidup macam ni'. Aku tak. Aku nak hidup senang lenang. Dengan A***** aku boleh hidup senang lenang."
Sungguh! Saya mulai panas hati. Saya marah! Melampau sungguh fikiran negatif Cik Single terhadap 'hidup' saya. Kalau tidak, takan macam tu sekali dia sebut 'hidup macam ni'..!! Hidup macam mana saya ni..?! Berkerjaya, berumah, berkereta, biaya anak, biaya seluruh keperluan di bahu sendiri.. mana salah saya hidup begini..?! Saya ulang sekali lagi, iye apa yang saya 'ada' sekarang mungkin tak seberapa bagi orang lain, tapi cukup untuk saya dan anak. Sesedap mulut Cik Single bercakap..!
Bercakap macam tak berTuhan! Tak sedar gaknya rezeki dari Allah. Lupa gaknya cari berkat dari rezeki. Ada ker kerana A***** baru boleh hidup senang lenang. Duit dah beraja di hati gaknya!
Saya pinggirkan soal menjaga hati. "Sorry..! Aku nak ambil anak aku." "Apalah! Macam ni je kau potong..?!" Saya biarkan saja Cik Single merungut, membebel entah apa. Geram betul saya! Saya marah! Sebab itu segera saya beredar supaya mulut pemidato saya ini tidak menambah dosa saya.
Saya usaha cari kesenangan dan kemewahan, bezanya cuma 'cara'. Takan seluruh 'luar-dalam' saya nak jaja..?! Takan saya 'mesti percaya' yang syarikat al-kaafiruun saja yang boleh beri rezeki pada saya seperti 'pegangan' Cik Single..?! Huh..!!!
Maaflah Cik Single, anda tidak akan berada didalam senarai jemputan teman-teman bersantai dan majlis saya.  Saya tidak rela emosi ini diganggu sewenang-wenangnya. Saya juga tidak rela keselesaan teman-teman yang saya undang diorak-arik oleh anda.
Sesedap mulut bercakap..! Saya ni bukan budak! Awak tu pun, bukan muda sangat Cik Single oiii..! Akai tarak..! Takde bahasa..!
Bagusnya saya ini, orangnya mampu kawal kemarahan. Tiada istilah orang sebelah kenan tempias. Meski emosi terganggu, terpukul, tersentap, saya adalah pengawal stereng kereta terbaik..! Iyelah! Saya kan nak ambil anak.. Fuh! Gilosss terbaik terapi diri hahahahaha..
Ok..! Sekarang saya mau hantar anak ke Sekolah Agama. Kemudian saya mau enak-enak menikmati Teh C Kosong.. Muahhh..!!

Wednesday, October 5, 2011

Cekodok Tanpa Tepung ?!!

Semalam petang.. sampai rumah dengan confident terus tuju fridge.. Keluarkan udang, kucai, bawang besar.. Ya.. ya.. tujuan utama nak buat cekodok.. saya panggil jemput-jemput sebenarnya.. Kemudian.. cariii punyer cariii.. punyerrr cariii.. Tepung gandum TAKDOK.. lorrr.. Nak bercekodok dengan apa.. Cekodok Tanpa Tepung gitu..?!! Dalam ingatan masih ade sebungkus yang belum dibuka.. tapi.. entahlah!.. Bagitau Adam.. Geleng kepala sambil senggih je dia.. Sedia masyukkk dengan penuh hemah bahan-bahan ku.. errmmm..

AKULAH WANITA API !!!

AKULAH WANITA API!!

Google

Baca sini
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
* psssttt! Item 1 yang takleh blah hahaha.. Please.. please.. please lah jangan nyampah hik3

Follow dan Blog List

Saya telah praktikkan dalam blog sederhana saya ini.. Sesebuah blog yang saya follow akan berada dalam blog list saya.. Jujurnya, kecuali blog politik sepenuhnya..
Sebabnya, saya berusaha untuk singgah, jenggah dan komen mana-mana blog tersebut mengikut kemampuan, kelapangan masa dan bahagia di hati saya.. Saya cuba untuk tidak ketinggalan membaca post terbaru.. Saya tidak mahu kehilangan kalian.. Tapi, andai ada yang mengundurkan diri dari mengikuti blog saya ini, saya memang sedih tapi anda tiada dosa dengan saya dan saya tiada kuasa menahannya..
Tapi saya minta maaf sangat-sangat andai ada follower saya tidak berada dalam blog list saya.. Sebabnya samada saya terlepas pandang kalian telah follow saya atau apabila saya klik profile picture, tiada links kalian untuk membolehkan saya menjengah blog kalian..
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, jengah, komen dan view blog sederhana ini.

Salam kenal dan salam sayang dari saya.

Wasalam.

Monday, October 3, 2011

Children's Day @ Hari Kanak-Kanak

Google

Google


*psssttt!! Mom yang kena beli hadiah untuk kawan-kawan anak tersayang.. Siap pilih tuuu Gundam.. Komik.. Ok lah setahun sekali.. jangan bebel heheh..

Saturday, October 1, 2011

Trifle Custard


Bahagianya saya.. Menerima 'trifle custard' ini.. Baru saja menerimanya dari tangan tuan buatnya sendiri.. Dekat benar rasa sayang ini.. Baru sebentar menikmatinya.. Sungguh nyaman.. Tergambar oleh saya keikhlasan pemberinya.. Bukan kerana 'trifle custard' ini diberikan kepada saya.. tapi 'pemberian' ini tidak diduga oleh saya.. apatah lagi, beliau memberi yang saya suka.. Pada saya, macamana sedap kita menikmati makanan pemberian seseorang, macam tu lah ikhlasnya dia memberi kita.. Mungkin tidak seberapa pada orang lain, tapi ia istimewa pada saya.. Sungguh saya terharu..


Saya pernah menikmati 'cheese tart' nya Ramadhan lalu.. Tapi waktu itu seperti tidak sabar-sabar nak rasa hingga saya terlupa nak ambil gambar.. Berikut hasil tangan kreatif beliau.. Layarilah blog beliau Alam Sari untuk sebarang resepi atau tempahan..

By Alam Sari

Terima kasih membahagiakan saya hari ini Sari Yusa

Segmen: Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita

Segmen lagi..
Meh join sini

Friday, September 30, 2011

Thursday, September 29, 2011

Kakak Ipar nak sumpah saya..

Kak Long Malia.. Kakak ipar tunggal saya setakat ni.. Beliau SMS saya bertanyakan jarak jauh satu sekolah dari rumah Abah.. bakal di post ke sini mungkin.. Ada perkara dan kerja Kak Long belum settle kan sebelum 2 hb Oktober ini..
Untuk tidak menambah kelam kabut dan tekanan pada Kak Long, saya berselorohlah dan ketawa.. Iyelah.. Tak boleh tolong settle, tolong ketawa lorrr.. hik3
Kak Long yang tengah menanggung situasi tu balas "Sabo je la.. Sumpah jadi duit kang" Saya balas semula "Jadi USD taw, takmo RM hahahaha" Kesian Kak Long menahan geram pada saya kui3

Foto terbaru

Tiap-tiap pagi sebelum sarapan pagi saya timbang berat badan..
Hari ini pun sama..
Tak sukanya..
Angka tetap tidak juga berubah..
Ambil foto sendiri tadi..
Capture 2 sisi..
Sisi depan dan tepi..
Pelan-pelan tatap foto sendiri..
Arrggghhh!..
Tak suka..!
Tak suka..!!
Tak puas hati..
Marah sendiri..
ermmmmmm..

*hanya dengan exercise dapat membantu saya.. buat tak..??!!! aarrrggghhh!!

Segmen : Jom tambah follower


Meh join.. segmen gak..
;)  ;)  ;)

Segmen: Saya nak baca belog awak


Meh join segmen
Comeiii dak ni heheh..

Monday, September 19, 2011

Agar-agar roti


Mau yang ori semestinya yang terbaik dari Kak Ummi Zaihadi ku..

Check bahan-bahan dan cara-cara jom, yang saya copy paste dari post beliau :)

Bahan:-
  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (170 ml) - *akak guna fresh milk
  • 8 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan kalu x suka manis sgt
  • 2 sudu besar butter (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
 
Cara Membuat:-
  1. Dalam periuk, didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
  2. Sementara itu, blend roti, telor, susu pekat manis dan susu cair.
  3. Masukkan adunan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
  5. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Letakkan pewarna dan lorekkan. (*akak letak Hershey's Syrup).
  6. Sejukkan dalam fridge.
     
     

Tuesday, September 13, 2011

Agar-agar oren


Bahan-bahan: Sebungkus agar-agar tali, secawan gula pasir, 5 cawan air dan isi oren secukupnya.

Cara-cara: Didihkan air dan masukan agar-agar tali hingga larut. Kemudian masukan gula dan kacau hingga gula larut dan tapis. Didalam loyang/bekas agar-agar, masukan sebahagian isi oren sebagai lapisan pertama yang akan menjadi permukaan agar-agar. Kemudian tuangkan rebusan agar-agar tali dan gula tadi dan baki oren lapiskan dibahagian atas sekali. Sejukan kemudian masukan dalam peti sejuk. Sedia dihidang.


*pssttt!! Hasil rasanya tidak memuaskan hati saya.. Meski aksinya menyamankan hati saya.. Kalian google lah resepi agar-agar oren yang lebih baik dari ini ya :)