Semalam petang.. sampai rumah dengan confident terus tuju fridge.. Keluarkan udang, kucai, bawang besar.. Ya.. ya.. tujuan utama nak buat cekodok.. saya panggil jemput-jemput sebenarnya.. Kemudian.. cariii punyer cariii.. punyerrr cariii.. Tepung gandum TAKDOK.. lorrr.. Nak bercekodok dengan apa.. Cekodok Tanpa Tepung gitu..?!! Dalam ingatan masih ade sebungkus yang belum dibuka.. tapi.. entahlah!.. Bagitau Adam.. Geleng kepala sambil senggih je dia.. Sedia masyukkk dengan penuh hemah bahan-bahan ku.. errmmm..
Wednesday, October 5, 2011
AKULAH WANITA API !!!
AKULAH WANITA API!!
Baca sini
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
* psssttt! Item 1 yang takleh blah hahaha.. Please.. please.. please lah jangan nyampah hik3
Follow dan Blog List
Saya telah praktikkan dalam blog sederhana saya ini.. Sesebuah blog yang saya follow akan berada dalam blog list saya.. Jujurnya, kecuali blog politik sepenuhnya..
Sebabnya, saya berusaha untuk singgah, jenggah dan komen mana-mana blog tersebut mengikut kemampuan, kelapangan masa dan bahagia di hati saya.. Saya cuba untuk tidak ketinggalan membaca post terbaru.. Saya tidak mahu kehilangan kalian.. Tapi, andai ada yang mengundurkan diri dari mengikuti blog saya ini, saya memang sedih tapi anda tiada dosa dengan saya dan saya tiada kuasa menahannya..
Tapi saya minta maaf sangat-sangat andai ada follower saya tidak berada dalam blog list saya.. Sebabnya samada saya terlepas pandang kalian telah follow saya atau apabila saya klik profile picture, tiada links kalian untuk membolehkan saya menjengah blog kalian..
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, jengah, komen dan view blog sederhana ini.
Salam kenal dan salam sayang dari saya.
Wasalam.
Monday, October 3, 2011
Children's Day @ Hari Kanak-Kanak
![]() |
*psssttt!! Mom yang kena beli hadiah untuk kawan-kawan anak tersayang.. Siap pilih tuuu Gundam.. Komik.. Ok lah setahun sekali.. jangan bebel heheh..
Saturday, October 1, 2011
Trifle Custard
Bahagianya saya.. Menerima 'trifle custard' ini.. Baru saja menerimanya dari tangan tuan buatnya sendiri.. Dekat benar rasa sayang ini.. Baru sebentar menikmatinya.. Sungguh nyaman.. Tergambar oleh saya keikhlasan pemberinya.. Bukan kerana 'trifle custard' ini diberikan kepada saya.. tapi 'pemberian' ini tidak diduga oleh saya.. apatah lagi, beliau memberi yang saya suka.. Pada saya, macamana sedap kita menikmati makanan pemberian seseorang, macam tu lah ikhlasnya dia memberi kita.. Mungkin tidak seberapa pada orang lain, tapi ia istimewa pada saya.. Sungguh saya terharu..
Saya pernah menikmati 'cheese tart' nya Ramadhan lalu.. Tapi waktu itu seperti tidak sabar-sabar nak rasa hingga saya terlupa nak ambil gambar.. Berikut hasil tangan kreatif beliau.. Layarilah blog beliau Alam Sari untuk sebarang resepi atau tempahan..
| By Alam Sari |
Terima kasih membahagiakan saya hari ini Sari Yusa
Friday, September 30, 2011
Segmen: Jom senyum sambil sedekahkan Al-fatihah
Thursday, September 29, 2011
Kakak Ipar nak sumpah saya..
Kak Long Malia.. Kakak ipar tunggal saya setakat ni.. Beliau SMS saya bertanyakan jarak jauh satu sekolah dari rumah Abah.. bakal di post ke sini mungkin.. Ada perkara dan kerja Kak Long belum settle kan sebelum 2 hb Oktober ini..
Untuk tidak menambah kelam kabut dan tekanan pada Kak Long, saya berselorohlah dan ketawa.. Iyelah.. Tak boleh tolong settle, tolong ketawa lorrr.. hik3
Kak Long yang tengah menanggung situasi tu balas "Sabo je la.. Sumpah jadi duit kang" Saya balas semula "Jadi USD taw, takmo RM hahahaha" Kesian Kak Long menahan geram pada saya kui3
Foto terbaru
Tiap-tiap pagi sebelum sarapan pagi saya timbang berat badan..
Hari ini pun sama..
Tak sukanya..
Angka tetap tidak juga berubah..
Ambil foto sendiri tadi..
Capture 2 sisi..
Sisi depan dan tepi..
Pelan-pelan tatap foto sendiri..
Arrggghhh!..
Tak suka..!
Tak suka..!!
Tak puas hati..
Marah sendiri..
ermmmmmm..
*hanya dengan exercise dapat membantu saya.. buat tak..??!!! aarrrggghhh!!
Monday, September 19, 2011
Agar-agar roti
Mau yang ori semestinya yang terbaik dari Kak Ummi Zaihadi ku..
Check bahan-bahan dan cara-cara jom, yang saya copy paste dari post beliau :)
Bahan:-
- 4 keping roti putih
- 2 biji telor
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair (170 ml) - *akak guna fresh milk
- 8 gm serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula - boleh kurangkan kalu x suka manis sgt
- 2 sudu besar butter (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
Cara Membuat:-
- Dalam periuk, didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
- Sementara itu, blend roti, telor, susu pekat manis dan susu cair.
- Masukkan adunan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
- Masukkan butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
- Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Letakkan pewarna dan lorekkan. (*akak letak Hershey's Syrup).
- Sejukkan dalam fridge.
Tuesday, September 13, 2011
Agar-agar oren
Bahan-bahan: Sebungkus agar-agar tali, secawan gula pasir, 5 cawan air dan isi oren secukupnya.
Cara-cara: Didihkan air dan masukan agar-agar tali hingga larut. Kemudian masukan gula dan kacau hingga gula larut dan tapis. Didalam loyang/bekas agar-agar, masukan sebahagian isi oren sebagai lapisan pertama yang akan menjadi permukaan agar-agar. Kemudian tuangkan rebusan agar-agar tali dan gula tadi dan baki oren lapiskan dibahagian atas sekali. Sejukan kemudian masukan dalam peti sejuk. Sedia dihidang.
*pssttt!! Hasil rasanya tidak memuaskan hati saya.. Meski aksinya menyamankan hati saya.. Kalian google lah resepi agar-agar oren yang lebih baik dari ini ya :)
Spaghetti @ Spageti Ramadhan
Layannn.. sampai kenyang..
Tambah lagi.. Tambah lagi..
Bahan-bahan:
Spaghetti
Isi ayam (saya guna daging ayam untuk burger)
Bebola daging lembu/Meatball
Brokoli
Cendawan butang/button mushroom
Prego Traditional pasta sauce
Tomato buah (saya pilih yang saiz kecil-kecil)
Bawang putih
Garam
Butter (saya guna minyak sayur)
Cara-cara: Sediakan air rebusan untuk celur spageti, meatball dan brokoli. Celur berasingan dengan air rebusan yang juga berasingan. Selesai celur, tos dan asingkan.
Panaskan minyak (atau cairkan butter) dan masukan bawang putih dan tumis hingga kekuningan. Kemudian masukan isi ayam dan kacau. Diikuti tomato buah dan button mushroom. Kemudian masukan Prego sos, kacau, rasa dan tambahkan garam ikut keperluan.
Cara Hidang: Ambil spageti dan selaku main power harus ditengah-tengah pinggan. Kemudian ambil meatball dan brokoli dampingkan dibahagian tepi spageti. Barulah dituangkan sos dan sedia dinikmati.
Subscribe to:
Posts (Atom)





