Thursday, October 14, 2010

Dessert Biji Teratai dan Cendawan Putih

Sesekali buat juga dessert mudah ni.. Jom tengok bahan..

Foto Google
Bijii Teratai (Lotus Seed)
Foto Google
 Cendawan Putih Kering (Dried White Fungus)

Foto Google
Gula Batu Kuning (Yellow Lump Sugar)

Cara menyediakan
1) Rendam biji teratai dalam 15 minit selepas cuci
2) Rendam fungus hingga lembut selepas cuci
3) Masukan biji teratai dan fungus dalam air. Didihkan lebih kurang 30 minit atau hingga biji teratai lembut.
4) Masukan gula batu. Sukatan ikut manis kesukaan masing-masing.
5) Sudah pasti gula batu cair sepenuhnya, sejukan dan sedia dinikmati.
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Lavender lagi..

Petang lepas Adam tuition kelmarin aku bawa Adam ke Lavender cawangan Tmn Molek JB.. Haaaaa.. bukan sekadar makannnn... 'Ada maknaaa' tu heheh..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Aku dan Adam pilih Baked Chicken Rice.. Minuman Adam pilih Hot Chocolate.. Aku pilih Teh O Limau je.. bagusnya pilih teh O ni boleh refill ehe..

Wednesday, October 13, 2010

Fenomena 10-10-10

10-10-10 wahh!! Bagi aku.. ia sekadar tarikh yang nampak cantik.. mudah diingat.. itu saja.. Seperti tahun lalu sambutan Hari Lahir 'Mak' pada 9 September 2009.. 09-09-09.. Cantik kan!!.. Tapi tiap-tiap tahun pada 9 September adalah istimewa bagi kami sekeluarga kerana dapat meraikan Mak.. Tapi memang kan.. apa saja yang kita lakukan adalah dengan 'niat'.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui niat kita kan.. Ingin aku berkongsi mengenai tarikh 10 September 2010 yang aku baca di sini. Apa yang baik kita ikutlah ye.. 


Monday, October 11, 2010

Rose Tea


Aku suka gak layan Rose Tea ni.. Bau rose yang harum tu je dah memberi terapi pada aku.. Tenang je rasa.. Tapi sememangnya kalau menikmati apa-apa jenis teh panas pun memang nyaman kan.. Nak buat pun senang.. Mari cuba..



Foto Google
Lebih jelas dari yang aku capture..

Hakmilk mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni rose yang aku punya..

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni Rose Tea yang sedia diminum..
Boleh disejukan sebelum minum juga.. Aku suka minum pakai mangkuk ni heheh :).. Punye la nak menikmati hehe :).. Jemput minum..

Ba Zhen Tang

Mari layan ikan haruan lagiii.. Kali ni masak Ba Zhen Tang.. Nak tau klik sini. Aku akan makan waktu malam yakni sebelum tidur.. Chooop!! Tanpa nasi.. Meh tengok cara macamana aku hasilkan..
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ba Zhen sebelum dimasak
 
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini kaedah double boil.. Masukan Ba Zhen dengan 500ml air ke dalam 'ceramic pot' atau 'double boil jar' dan double boil selama 2 jam...

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Setelah double boil 2 jam.. Ba Zhen akan jadi seperti ini..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Keluarkan Ba Zhen dan asingkan ia dari sup..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini rupa sup yang diasingkan tadi.. Tapis waktu asingkan sebab sup aku akan hirup sampai habis..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Kemudian masukan semula sup ke dalam 'ceramic pot' dan ikan haruan.. Double boil lagi selama 30 minit saja..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini hasilnya selepas 30 minit..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia untuk dinikmati.. Habiskan ikan dan supnya sekali.. Kasi licin :)
Selamat mencuba..

Juice Apple

Kadang-kadang aku ni 'malas' melampaui batas penat.. Dan bila penyakit 'malas' ni datang menghantui diri, aku taklah nak capai buah-buah segar bersama juicer nyerr.. Jadi aku dengan pantas akan mendapatkannn.. yaaaaaa ini dia.. Bukan mesti dari keluaran yang sama selalunya jadi pilihan aku.. Ada beberapa yang aku yakin je aku beli.. Kerapnya aku ini akan pilih yang 'NO PRESERVATIVES' dan 'NO ADDED SUGAR'

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

Berpeluh-peluh cik botol nak mengayakan juice kui3.. Alaaa.. Ni sebenarnya pencapaian tahap malas dah memang 'over' le ni.. Sampai dah tak sempat nak lap-lap dulu sebelum capture :D

Friday, October 8, 2010

Mee Suah

Menikmati Mee Suah Sup.. Slurppp! Slurppp! Dap nyerrr!! Aku seperti biasa.. 'Sup' ala-ala masak tumis air atau bening ahaks!.. Kali ni tak letak 'miso'.. Kasi jernih je kaler sup nye.. Semangkuk abis nih!..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

Selesakan mulut

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Aku akan makan buah limau atau oren ni bila nak selesakan mulut lepas menikmati sesuatu hidangan.. Buah ni antioksidan yang baik.. Pun baik untuk kulit.. Badan sihat.. Bebas selsema.. Tapi aku tak makan la kalau  perut kosong.. Mau layan sakit perut jadi nyerr.. Nyummm! Nyummm! Tak segan lah nak bagitau.. Aku ni 2 biji sekali makan ahaks!..

Wednesday, October 6, 2010

Steam Ikan Haruan

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Aku suka steam saja ikan haruan ni.. Suka enjoy rasa ikan tersebut.. Masak sebahagian dari yang dibeli je ni.. Sebenarnya kebanyakan ikan yang dimasak, aku selalu pilih steam je heheh.. Senang maaa.. Kira masak cam untuk orang tengah 'pantang'.. Nampak ada sikit sup kan kat sini.. Sebenarnya sup tu dari ikan, yang keluar masa kita steam.. Aku bukan selalu dapat beli ikan ni.. Sebab bukan senang nak dapat.. Lagi pun taklah selalu nak masak yang sama je kan.. Berkhasiat juga kan ikan ni.. Nak try?!!

Bahan-bahan
Ikan haruan        beberapa potong/ekor ikut suka
Halia                  ikut suka
Bawang putih     ikut suka
Garam               ikut suka

* boleh ker gitu sukatan nyer?!!.. heheh :)

Cara-cara
Sapu garam pada ikan. Hiris halia dan bawang putih. Tabur hirisan halia dan bawang putih atas bekas steam, kemudian letakan ikan dan bakinya tabur atas ikan kemudian steam.

Tuesday, October 5, 2010

Blog aku sepi..

Blog aku sepi kan..
Tapi aku orangnya cepat 'wake-up'..
Aku tak melatih diri 'meratap nasib'..
Apa yang datang harus facing dan settle..

Pernah aku diuji pada 3 Julai 2006..
Sehari sebelum aku menyambut Hari Lahir..
Waktu itu aku rasa itulah ujian terhebat..
Aku bangkit demi 'diri' dan 'anak'..
Dengan inilah, apa yang aku 'ada' sekarang..
Mungkin tak seberapa pada orang lain..
Tapi cukup untuk aku dan anak..

Kini..
Ujian datang lagi..
19 Syawal tak akan mungkin aku lupa..
Aku harus kuat..
Kembali menunaikan kewajipan..
Disamping menunaikan 'kiriman'..
Dari seorang 'anak perempuan'..

Friday, October 1, 2010

Allahyarhamah 'Ibu' Oeya

Salam.

Pada 28 September 2010 bersamaan 19 Syawal 1431H jam 9.30 malam, ibu Oeya iaitu 'Norrani binti Koming' telah kembali ke rahmatullah.

Terima kasih kepada Azna Rizan binti Mohamad atas inisiatif beliau memaklumkan kepada sahabat melalui Facebook wall.

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara yang menelefon, SMS dan hadir.

Terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Terima kasih kepada Guru-guru dan pelajar di Sek. Agama Taman Johor Jaya atas kiriman Al-Fatihah beramai-ramai.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger atas ucapan dan doa.

Terima kasih semua yang mengirimkan ucapan takziah dan Al-Fatihah melalui Facebook, SMS dan menelefon Oeya.. Oeya mohon keikhlasan dari semua.

Oeya mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat melayani setiap puluhan panggilan.Tak dapat juga Oeya membalas setiap ratusan SMS. Juga bagi ucapan, kiriman dan doa sahabat-sahabat di comment Facebook. Bukan niat dari hati Oeya tetapi situasi Oeya tidak mengizinkan Oeya memenuhi keperluan kalian. Maaf sangat-sangat.

Semoga 'ganjaran terbaik' mengiringi kalian dari ALLAH swt di dunia dan akhirat.

Semoga roh ibu Allahyarhamah 'Norrani binti Koming' dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin.

Al-Fatihah.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum

Oeya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Dikesempatan ini Oeya mohon ampun dan maaf, Zahir dan Batin andai ada ketelanjuran bahasa dan sikap samada disedari atau sebaliknya. Berhati-hati dalam perjalanan pergi dan balik ke destinasi yang dituju dengan selamat.Semoga sambutan Hari Raya kali ini akan menambah kebahagian kita semua.

Doktor Naik Heran

Tijah     :   "Tuan doktor adalah doktor yang terbaik dalam dunia."

Doktor  :   "Sudah semestinya. Terima ksih atas oujian anda."

Tijah     :   "Kerana doktor, saya telah mendapat satu manfaat yang terbesar sekali."

Doktor  :   "Tapi seingat saya, puan belum pernah menjadi pesakit saya pun lagi."

Tijah     :   "Memang pun belum pernah lagi."

Doktor  :   "Habis tu?"

Tijah     :   "Pesakit doktor yang sakit gigi semalam adalah ibu mertua saya. Dan kerana rawatan doktor
                juga ibu saya meninggal."