:: Hanya Adam ::
Wednesday, August 24, 2011
Jawapan segmen TEPAT dan PANTAS
Tuesday, August 23, 2011
Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI !!
Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.
5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com
Sumber: E-mail
Jeli kulit babi..!!
E-mail dari seorang sahabat saya. Pernah memeranjatkan kita suatu masa dulu dan e-mail ini mengingatkan saya semula tentang perkara ini dan saya kongsikan di sini..
Fwd:
SalamMemang banyak jual...kat kedai runcit n pasar malam, juga mungkin bas2 sekolah yg ada jual sweets / candy jenis2 ni dalam bas dorang.... pesan2 le pd anak2 kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca. Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja. Mudah2an kita dapat mengambil perhatian.
Monday, August 22, 2011
Kek Walnut dan Bubur lambuk
Sedap dan saya suka..
Lembut dan enak menikmatinya..
Ini pun sedap..
Untuk tatapan saja.. Usah terfikir saya membuatnya.. Oh! Tidak!.. Kek saya beli di Season Cake dan bubur lambuk pula, adik saya Boy bawa balik. Kami berbuka di rumah Abah.
Dadih strawberry
Saya buat untuk iftar 20 Sabtu lalu..Saya dapatkan resepi dari Chef Hanieliza fotopages. Bahan dan caranya juga saya copy paste saja. Cubalah!
Bahan
1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady
Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.
1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady
Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk.
Sunday, August 21, 2011
Terima kasih AKO @ retna
Alhamdulillah.. Terima sudah Retna.. Terima kasih atas kiriman ini ye.. Saya telah menyertai Cenderahati lucky raya di blog si comeiii AKO @ retna.. dan terpilih jadi salah seorang penerimanya..
Yaa ini dia.. berbesar hati sungguh saya apabila menerimanya dari Retna.. Berserta kad raya lagi..
Terima kasih daun keladi,
Klu ada, join lah lagi!!
Pantun 2 kerat Retna yang membuatkan saya tersenyum sendiri.. Tentulah saya tak mau ketinggalan Retna :)
Saturday, August 20, 2011
Ben Ashaari nak blog dengan segera
Ringkasnya mari join Ben Ashaari nak blog dengan segera
Saya kongsikan di sini post dari Facebook wall seorang sahabat Nur Fadzilah Muhamad Akir.
Ringkas tapi cukup meninggalkan 'bekas'..
Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Ringkas tapi cukup meninggalkan 'bekas'..
Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK..
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG...
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH..
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR...
Spaghetti @ Spageti
Penangan godaan Pasta goreng C'Mat Gebu heheh.. saya dengan skill yang terbatas usahakan nakkk buattt jugakkk kui3.. cari punya cari, takde pulak pasta dalam simpanan.. nan ado ni hah.. spageti yo.. tu pun balance tak sampai separuh heheh..
Makanya gunakanlah saya apa yang ada dalam simpanan.. Oleh kerana tidak dalam rancangan awal menu spageti ni.. apa adanyalah saya manfaatkan hik3.. Ikut selera saya bolehlah.. Jengahlah hasil tak semengah saya ni ye..
Bahan-bahan dan cara-cara menghasilkannya kalian rujuk pada yang arif C'Mat Gebu, K'Ummi Home Sweet Home, Kak Ina KL dan ramai lagi ye.. Bukan apa.. saya selera saya simple saja.. takut tak sesuai selera kalian hihihi..
Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna
Oleh NASRI JAMALUDIN dan MUHAMMAD ZIKRI


berita@kosmo.com.my
KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.
JOHOR BAHRU - Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari.
Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor.
Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
"Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam.
Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.
KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.
Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.
Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya.
"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.
Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.
Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.
Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.
Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!
Friday, August 19, 2011
Moga dapat BONUS LEBIH
Seperti saya, semua yang bekerja mesti sedang bertungkus lumus menyiapkan urusan akhir sebelum bercuti raya kan.. Ada yang tak agak-agak kan bercuti hingga minggu ke-2 raya hi3..
Bercuti raya, saya tak pasti lagi berapa lama.. Saya akan putuskan kemudian.. Perlunya sekarang menyiapkan tugasan..
Yup! Lakukanlah tanggungjawab sepantas dan seikhlasnya ye.. Badan kat tempat kerja, hati dah sampai kampung kui3..
Saya menanti bonus dalam 'tidak debar' kui3.. sebab sudah dapat clue berapa amount nya lalalalala.. Tambah jual kuih lagi.. lalalalala.. Alhamdulillah.. Syukur rezeki dari-Nya.. Kalian juga kan..???
Suri rumah apatah lagi.. Bonus berganda-ganda.. Bukan setakat baju-kasut raya.. Langsir raya.. Kabinet raya.. Dinding raya.. Mesin basuh raya.. Mesin pukul telur raya.. Oven raya.. Miss 'Dalam' pun raya raya.. Alhamdulillah.. Syukur rezeki dari-Nya..
Saya doakan untuk diri sendiri dan semua, moga dapat bonus lebih, Amin. Ingatkan diri untuk tidak berlebih-lebih juga..
KAMI BLOGGER PRIHATIN
Mungkin tidak sebesar mana bagi orang lain.. Tapi saya juga mahu berusaha membantu sekadar yang saya mampu.. Moga berkat dan diizinkan Allah melakukannya.
Mari kita sama-sama join :: Ben Ashaari: Segmen Kami Blogger Prihatin ::
Subscribe to:
Posts (Atom)




































