E5 yang saya sayangi sudah mulai tidak sihat. Seperti sudah jemu berkhidmat. Tolonglah bertahan E5. Tahukah kau E5 yang bonus ku untuk aku cukupkan 'deposit' selain yang lebih perlu..
Saturday, August 13, 2011
Thursday, August 11, 2011
Puding Kastad Berkuah bikin repotttI!!
Ada cerita nak saya kongsi. Semangat saya berkobar-kobar masa nak mula buat puding kastad berkuah ni.. Iyelah.. Skill di dapur saya sangat-sangat limit.. Jadinya sebelum Isya' dan mengaji, saya mulalah terkemut-kemut sorang-sorang rujuk resepi yang saya dapatkan dari Home Sweet Home. Iyo sapa lagi kalau bukan resepi K'Ummi cayang. Lama sungguh save file baru laaa ni buat waduhhh!.. Ketar-ketar gak tangan.. duk dak duk dak hati.. takot tak jadi.. hahaha.. Maka dengan berkat kesabaran tahap maksimum kui3.. siaplah juge.. senggih sorang-sorang.. puas sorang-sorang.. dan perasanlah saya sorang-sorang.. dengan senyum sendiri saya menunaikan kewajipan dan kemudian beransur layan diri zzzzzzzzzz...
Perkara pertama saya buat sebelum sahur ialah menuju fridge.. Arggghhh!! Tanjattt boboiii!!.. Tak keras!!.. Puding kastad tak keras!.. Hati kucewa.. huk! huk! Nak tanye sapa? Subuh pun belum kunjung datang.. huk!.. huk!..
Pepagi saya minta tolong kat K'Ummi huhu.. tak malu ko!.. Alah kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan' ye dakkk.. Dan berbesarnya hati saya dapat huraian K'Ummi.. tapi dek saya ni tak reti.. rasa tak tau nak start oter macamana.. Kebetulan berhubung dengan Cik Puan Alam Sari berkenaan cheese tart, saya tanya juga padanya kui3.. kemudian dengan tawakal saya oter lerrr hik3.. waduhhh! waduhhh!! bikin repottt!.. Alhamdulillah.. jadi seperti ini.. Untuk mendapatkan resepi sila klik sini.
Terima kasih K'Ummi dan Sari Yusa.
*p/s: Saya tiada stok ceri heheh
Ceciter Ben dan Azila
Tahniah dari saya untuk bakal Ayah dan Ibu, Ben Ashaari dan isteri Azila. Saya doakan kalian akan lebih bahagia dengan fasa hidup yang baru. Moga Azila dan kandungan akan sentiasa berada dalam keadaan sihat juga. Ben juga perlu lebih sihat untuk menjaga keduanya ye..
Makluman ini saya dapati dari blog Ben. Teruja kan Ben..
Tahniah sekali lagi dari saya..
Wednesday, August 10, 2011
Macaroni @ Makaroni
Sejak mula berpuasa tiada hidangan berbuka saya post kan.. Tapi kali ni jamu mata dengan tambahan hidangan iftar 6 lalu di rumah Abah saya.. Simple saja makaroni saya.. Yang dari saya beginilah.. Lebih dari itu maaf saya tak tau :-)
Bahan-bahan:
300 gm Makaroni
1 ikat sawi
300 gm taugeh
1 batang lobak merah
10 biji tomato buah (kecil)
300 gm udang (kopek kulit)
300 gm sotong
8 tangkai cili kering (blend) *tambah untuk yang suka lebih pedas
2 ulas bawang merah (blend)
5 biji bawang putih (blend)
3 sudu sos tiram
garam
gula
minyak masak
Cara-cara: Rebus makaroni, tos dan ketepikan. Tumis bahan blend. Masukan sos tiram, garam dan gula. Kemudian masukan udang dan sotong dan kacau. Diikuti sawi, taugeh, lobak merah dan tomato . Kacau sebentar dan masukan makaroni, kacau lagi. Siap dihidang dan dinikmati.
*p/s: Saya memang suka lebihkan bawang putih dalam masakan. Maung?!! Entah! Capture dari kuali Abah ni heheh..
Pulut Inti
Pulut inti menggantikan bunga telur ketika Majlis Cukur Jambul anak saudara saya Muhammad Danish Harith Bin Junaidi yang berlangsung pada 23 Julai 2011. Majlis ringkas dan meriah. Jujurnya kali ini kali pertama saya nampak pulit inti begini heheh.. Jakun!. Begini rupanya..
Anyaman bakul kertas
Saya merakamkan aktiviti Anyaman Bakul Kertas ketika berlangsungnya Seeds Of Hope Exhibition Malaysia di Giant, Plentong.
M'Dik (berdiri) kagum melihat mereka tekun menganyam.
Wednesday, August 3, 2011
Senaman Regangan
Saya nak 'kejut'kan diri.. Saya type senaman regangan dan di sini saya dapat jawapan.. Jom senam jap!
Saya tak buat sampai No. 12 kot.. Nanti Boss tercengang pulak!.. heheh..
Tuesday, August 2, 2011
Salmon Butter Lemon.. Resepi siapa ni?!!
Siapa empunya sebenar foto-foto ini?!!.. Angkat tangan!!..
Foto ini saya dapati di http://jompancingsokmo.blogspot.com/2007/02/resepi-salmon-goreng-dengan-sos-lemon.html
Foto yang kedua saya dapati di http://gerbangwanita.blogspot.com/2010/03/resepi-salmon-butter-lemon.html
Foto yang ketiga pula saya dapati di http://www.myresipi.com/top/detail/323 dari yani@myresepi.com yang dalam pengetahuan limit saya pemiliknya ialah Deco Choco. blogspot.com (kalau saya silap tolong betulkan ye K'Yani)
Saya paling tak tahan gelak sambil menggeleng kepala apabila 'si pengambil gambar tanpa izin' meng'edit brightness'.. meng'edit contrast'.. meng'auto correct'.. gambar asal untuk kepentingan peribadi.. huh!!..
Boleh berkongsi dengan saya 'kejadian sebenar' resepi istimewa ini?!!..
Boleh beri saya jawapan "ANA lah Ampunya" sebenar?!!
Blogger MENCURI..
Ehhh!!.. Siapa?!.. Siapa?!.. Siapa blogger tu?!.. Ada ker blogger begini?!!.. Siapa eikkk?!!..
Saya bukanlah orang yang arif tentang 'hukum'.. Tidak juga saya mahu mendabik dada akan ilmu sekelumit pada diri..
Ringkasnya di sini.. Saya sukalah meningatkan diri saya sendiri dan rakan blogger sekalian.. 'Kredit'kanlah.. 'Link'kanlah.. 'Taip'kanlah dari mana sumber kalian perolehi sesuatu yang kalian jadikan post sendiri dengan tujuan di'kongsi'..
Senang cerita.. kalau 'ambil hak orang'.. minta izinlah kepada 'pemilik'nya.. bagitaulah 'tuan'nya.. Bukan susahkan?!..
Iye.. bila kita 'copy paste' senang kerjakan?!.. Tapi kalian bayangkanlah.. Betapa pemilik tersebut bersungguh-sungguh.. bertungkus-lumus.. sepenuh upayanya berusaha menghasilkan yang terbaik untuk tatapan kita semua.. modal mereka.. masa mereka.. penat lelah mereka.. tak kasihan ker?!.. Apatah lagi blogger tersebut seorang wanita bekerjaya yang perlu segera menyengseng lengan baju bersilat di dapur dalam waktu yang limit untuk tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada beberapa orang cahayamata.. Kemudian secepat mungkin perlu capture 'hasil tangannya'.. Sebelum post di blog.. Ingat senang ker?!!.. Cuba letakan diri kita di tempat mereka.. Apa perasaan kita bila diperlakukan sedemikian..
Ambil tanpa izin 'gambar' dari blogger asal.. kemudian 'crop'kan.. kemudian 'taip nama sendiri'.. kemudian 'post kat blog sendiri'.. Tanpa rasa bersalah.. Tanpa rasa segan.. Post ditokok-tambah sesedap rasanya.. Untuk membuktikan cerita tersebut 'Analah Ampunya'.. Kemudian follower comment memuji.. Sedangkan follower tak tahu 'taktik kotor'nya.. Bukankah 'mencuri' namanya.. Kenapa perlu begini.. Hentikanlah membohongi diri sendiri dan orang lain.. Usah 'gunakan' orang lain hanya untuk 'berada di atas'.. Follower tak nampak.. Tapi ingatlah.. ALLAH Maha Mengetahui..
Kepada yang tidak melakukannya.. Alhamdulillah.. Tahniah.. Kalian adalah dikalangan orang-orang yang hebat..
Mulalah di Ramadhan ke 2 hari ini.. Berusahalah kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.. Usah malu meminta maaf.. Bersihkan hati.. Pujuklah hati untuk tidak mengulanginya..
Saturday, July 30, 2011
Friday, July 29, 2011
Panduan khatam al-Quran di bulan Ramadan
Saya pasti ramai mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan al-Quran. RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran. Kita digalakkan khatam al-Quran sebanyak mungkin sepanjang Ramadan ini. Di sini saya selitkan sedikit panduan bagaimana cara supaya kita mampu khatam al-Quran pada Ramadan yang saya rujuk di sini.
Saya mengetahuinya juga melalui bacaan di tulisan Ustazah Dr Masitah beberapa tahun lalu yang saya tidak dapat ingat bacaan melalui saluran apa. Kemudian saya berusaha dengan panduan tersebut. Saya hanya dapat mengikut panduan tersebut pada hari cuti saja kerana pada hari bekerja saya hanya berpeluang melakukannya selepas Isya'. Kiraan bilangan muka dibaca juga berbeza kerana saya perlu mengira 'cuti' bulanan saya. Dengan izin ALLAH dan kesungguhan kita, insya'ALLAH.
Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.
Saya mengetahuinya juga melalui bacaan di tulisan Ustazah Dr Masitah beberapa tahun lalu yang saya tidak dapat ingat bacaan melalui saluran apa. Kemudian saya berusaha dengan panduan tersebut. Saya hanya dapat mengikut panduan tersebut pada hari cuti saja kerana pada hari bekerja saya hanya berpeluang melakukannya selepas Isya'. Kiraan bilangan muka dibaca juga berbeza kerana saya perlu mengira 'cuti' bulanan saya. Dengan izin ALLAH dan kesungguhan kita, insya'ALLAH.
Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.
SMS
SMS Oh Oeya dengan Cik Azna sejurus selesai perlawanan malam tadi..
Oh Oeya: "Meski kecewa dengan keputusan Harimau Malaya sebentar tadi.. Kebanggaan
tertinggi atas kesungguhan skuad Harimau Malaya.. huk! huk!
tertinggi atas kesungguhan skuad Harimau Malaya.. huk! huk!
Cik Azna: "Tulah drama minggu ini terlalu banyak hehe, wever player 22 tetap dihati... :)
Oh Oeya: "Degupan jantung tak keruan seawal pagi hanya kerana game malam ni dengan\
harapan menepati ramalan.. huh! gilosss!!
harapan menepati ramalan.. huh! gilosss!!
![]() |
Di hati Cik Azna..
Kebanggaan kami dan negara seluruhnya..
Thursday, July 28, 2011
Jersi
![]() |
Jersi skuad 'Harimau Malaya' yang menjadi idaman saya dan anak.. Kami hanya pendamkan saja idaman tersebut ketika ini kerana ia dijual pada harga RM199 sehelai.. Saya berpendapat belum patut bagi anak saya Adam menyarungkan baju berharga sedemikian pada usia 10 tahun.. Saya tidak mahu jadi serbasalah menyarungnya tika Adam hanya melihat.. Dia hanya akan membuat andaian Mama nya tak adil.. Mengalahlah saya meski hati memberontak ingin memilikinya..
Harimau Malaya
Saya pasti mendoakan kemenangan kepada pasukan bolasepak negara 'Harimau Malaya' yang bakal bertemu Singapura malam ini dalam perlawanan timbal balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014..
![]() |
Harapan tinggi kepada setiap pemain dalam skuad 'Harimau Malaya'..
![]() |
Saya mahu kegembiraan seperti foto di atas ini berulang
Amy Search
![]() |
| Google - Zonartis.com |
Selamat Hari Lahir kepada Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.. Beliau dilahirkan pada 28 hb. Julai 1958.. Semoga dipanjangkan usia.. Kekal sihat dan bahagia.. Mewah rezeki dan diberkati..
Satu-satunya kenangan bersama Amy 14 tahun lalu..
Tiga foto terakhir ini saya dapatkan dari sini, merupakan blog yang mengenengahkan kebanyakan aktiviti yang berlaku dan dijalankan di SDJ.. yang mana Amy dan Awang BPR pernah menjadi sebahagian pelajarnya.. Lawatan oleh Amy dan Awang setelah mereka turut menghadiri sambutan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.. Semoga kalian terus beroleh beroleh kejayaan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















