Wednesday, August 10, 2011

Macaroni @ Makaroni

Sejak mula berpuasa tiada hidangan berbuka saya post kan.. Tapi kali ni jamu mata dengan tambahan hidangan iftar 6 lalu di rumah Abah saya.. Simple saja makaroni saya.. Yang dari saya beginilah.. Lebih dari itu maaf saya tak tau :-)



Bahan-bahan:
300 gm Makaroni
1 ikat sawi
300 gm taugeh
1 batang lobak merah
10 biji tomato buah (kecil)
300 gm udang (kopek kulit)
300 gm sotong
8 tangkai cili kering (blend) *tambah untuk yang suka lebih pedas
2 ulas bawang merah (blend)
5 biji bawang putih (blend)
3 sudu sos tiram
garam
gula
minyak masak

Cara-cara: Rebus makaroni, tos dan ketepikan. Tumis bahan blend. Masukan sos tiram, garam dan gula. Kemudian masukan udang dan sotong dan kacau. Diikuti sawi, taugeh, lobak merah dan tomato . Kacau sebentar dan masukan makaroni, kacau lagi. Siap dihidang dan dinikmati.

*p/s: Saya memang suka lebihkan bawang putih dalam masakan. Maung?!! Entah! Capture dari kuali Abah ni heheh..

Pulut Inti

Pulut inti menggantikan bunga telur ketika Majlis Cukur Jambul anak saudara saya Muhammad Danish Harith Bin Junaidi yang berlangsung pada 23 Julai 2011. Majlis ringkas dan meriah. Jujurnya kali ini kali pertama saya nampak pulit inti begini heheh.. Jakun!. Begini rupanya..

Anyaman bakul kertas

Saya merakamkan aktiviti Anyaman Bakul Kertas ketika berlangsungnya Seeds Of Hope Exhibition Malaysia di Giant, Plentong.


M'Dik (berdiri) kagum melihat mereka tekun menganyam.







 













Wednesday, August 3, 2011

Senaman Regangan

Saya nak 'kejut'kan diri.. Saya type senaman regangan dan di sini saya dapat jawapan.. Jom senam jap!


Saya tak buat sampai No. 12 kot.. Nanti Boss tercengang pulak!.. heheh..

Tuesday, August 2, 2011

Salmon Butter Lemon.. Resepi siapa ni?!!

Siapa empunya sebenar foto-foto ini?!!.. Angkat tangan!!..







Foto yang ketiga pula saya dapati di http://www.myresipi.com/top/detail/323 dari yani@myresepi.com yang dalam pengetahuan limit saya pemiliknya ialah Deco Choco. blogspot.com (kalau saya silap tolong betulkan ye K'Yani)

Saya paling tak tahan gelak sambil menggeleng kepala apabila 'si pengambil gambar tanpa izin' meng'edit brightness'.. meng'edit contrast'.. meng'auto correct'.. gambar asal untuk kepentingan peribadi.. huh!!..

Boleh berkongsi dengan saya 'kejadian sebenar' resepi istimewa ini?!!..
Boleh beri saya jawapan "ANA lah Ampunya" sebenar?!!

Blogger MENCURI..

Ehhh!!.. Siapa?!.. Siapa?!.. Siapa blogger tu?!.. Ada ker blogger begini?!!.. Siapa eikkk?!!..
Saya bukanlah orang yang arif tentang 'hukum'.. Tidak juga saya mahu mendabik dada akan ilmu sekelumit pada diri..
Ringkasnya di sini.. Saya sukalah meningatkan diri saya sendiri dan rakan blogger sekalian.. 'Kredit'kanlah.. 'Link'kanlah.. 'Taip'kanlah dari mana sumber kalian perolehi sesuatu yang kalian jadikan post sendiri dengan tujuan di'kongsi'..
Senang cerita.. kalau 'ambil hak orang'.. minta izinlah kepada 'pemilik'nya.. bagitaulah 'tuan'nya.. Bukan susahkan?!..
Iye.. bila kita 'copy paste' senang kerjakan?!.. Tapi kalian bayangkanlah.. Betapa pemilik tersebut bersungguh-sungguh.. bertungkus-lumus.. sepenuh upayanya berusaha menghasilkan yang terbaik untuk tatapan kita semua.. modal mereka.. masa mereka.. penat lelah mereka.. tak kasihan ker?!.. Apatah lagi blogger tersebut seorang wanita bekerjaya yang perlu segera menyengseng lengan baju bersilat di dapur dalam waktu yang limit untuk tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada beberapa orang cahayamata.. Kemudian secepat mungkin perlu capture 'hasil tangannya'.. Sebelum post di blog.. Ingat senang ker?!!.. Cuba letakan diri kita di tempat mereka.. Apa perasaan kita bila diperlakukan sedemikian..
Ambil tanpa izin 'gambar' dari blogger asal.. kemudian 'crop'kan.. kemudian 'taip nama sendiri'.. kemudian 'post kat blog sendiri'.. Tanpa rasa bersalah.. Tanpa rasa segan.. Post ditokok-tambah sesedap rasanya.. Untuk membuktikan cerita tersebut 'Analah Ampunya'.. Kemudian follower comment memuji.. Sedangkan follower tak tahu 'taktik kotor'nya.. Bukankah 'mencuri' namanya.. Kenapa perlu begini.. Hentikanlah membohongi diri sendiri dan orang lain.. Usah 'gunakan' orang lain hanya untuk 'berada di atas'.. Follower tak nampak.. Tapi ingatlah.. ALLAH Maha Mengetahui..
Kepada yang tidak melakukannya.. Alhamdulillah.. Tahniah.. Kalian adalah dikalangan orang-orang yang hebat..
Mulalah di Ramadhan ke 2 hari ini.. Berusahalah kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.. Usah malu meminta maaf.. Bersihkan hati.. Pujuklah hati untuk tidak mengulanginya..

Friday, July 29, 2011

Panduan khatam al-Quran di bulan Ramadan

Saya pasti ramai mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan al-Quran. RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran. Kita digalakkan khatam al-Quran sebanyak mungkin sepanjang Ramadan ini. Di sini saya selitkan sedikit panduan bagaimana cara supaya kita mampu khatam al-Quran pada Ramadan yang saya rujuk di sini.

Saya mengetahuinya juga melalui bacaan di tulisan Ustazah Dr Masitah beberapa tahun lalu yang saya tidak dapat ingat bacaan melalui saluran apa. Kemudian saya berusaha dengan panduan tersebut. Saya hanya dapat mengikut panduan tersebut pada hari cuti saja kerana pada hari bekerja saya hanya berpeluang melakukannya selepas Isya'. Kiraan bilangan muka dibaca juga berbeza kerana saya perlu mengira 'cuti' bulanan saya. Dengan izin ALLAH dan kesungguhan kita, insya'ALLAH.

Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.

SMS

SMS Oh Oeya dengan Cik Azna sejurus selesai perlawanan malam tadi..

Oh Oeya:   "Meski kecewa dengan keputusan Harimau Malaya sebentar tadi.. Kebanggaan
                    tertinggi atas kesungguhan skuad Harimau Malaya.. huk! huk!

Cik Azna:   "Tulah drama minggu ini terlalu banyak hehe, wever player 22 tetap dihati... :)

Oh Oeya:   "Degupan jantung tak keruan seawal pagi hanya kerana game malam ni dengan\
                    harapan menepati ramalan.. huh! gilosss!!

Cik Azna:   Tulah sama.. nak menang.. nak menang.. haha.. but at last.. huk! huk!"

Google

Di hati Cik Azna..



Kebanggaan kami dan negara seluruhnya..

Thursday, July 28, 2011

Jersi

Google

Jersi skuad 'Harimau Malaya' yang menjadi idaman saya dan anak.. Kami hanya pendamkan saja idaman tersebut ketika ini kerana ia dijual pada harga RM199 sehelai.. Saya berpendapat belum patut bagi anak saya Adam menyarungkan baju berharga sedemikian pada usia 10 tahun.. Saya tidak mahu jadi serbasalah menyarungnya tika Adam hanya melihat.. Dia hanya akan membuat andaian Mama nya tak adil.. Mengalahlah saya meski hati memberontak ingin memilikinya..

Harimau Malaya

Saya pasti mendoakan kemenangan kepada pasukan bolasepak negara 'Harimau Malaya' yang bakal bertemu Singapura malam ini dalam perlawanan timbal balik bagi Kelayakan Piala Dunia 2014..

Google

Harapan tinggi kepada setiap pemain dalam skuad 'Harimau Malaya'..

Google

Saya mahu kegembiraan seperti foto di atas ini berulang

Amy Search

Google - Zonartis.com

Selamat Hari Lahir kepada Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.. Beliau dilahirkan pada 28 hb. Julai 1958.. Semoga dipanjangkan usia.. Kekal sihat dan bahagia.. Mewah rezeki dan diberkati..


Satu-satunya kenangan bersama Amy 14 tahun lalu..







Tiga foto terakhir ini saya dapatkan dari sini, merupakan blog yang mengenengahkan kebanyakan aktiviti yang berlaku dan dijalankan di SDJ.. yang mana Amy dan Awang BPR pernah menjadi sebahagian pelajarnya.. Lawatan oleh Amy dan Awang setelah mereka turut menghadiri sambutan yang pernah saya ceritakan sebelum ini.. Semoga kalian terus beroleh beroleh kejayaan..

Anak bulan

Google

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

Sumber: Wikipedia


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)

Thursday, July 21, 2011

Fatwa Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

Terperanjatkan??!!! Saya yang terperanjat membaca tajuk tersebut.. Iyelahkan.. selalunya kalau ada 'fatwa terbaru'.. mesti sebelum tu akan dengar dan baca dibeberapa saluran atau siaran tentang sesuatu isu dengan disusuli pendapat tokoh-tokoh atau ilmuan.. pagi ini tiba-tiba blog ni mengundang perhatian saya.. Nak tau selanjutnya klik sini..

Model LELAKI gilosss encemmm..

Tutup mataaaaaaaaaaaaaa....

Tutup mataaaaaaaaaaaaaa..

nanti..



nanti..



nanti..



Okey sekarang bukak mataaaaaaaaaaaaaa..


 

Perrrggggghhhhhh!!!

Gilossssss encemmmmmm!!

Mari jengah sini apa perlunya model ini dipapar..

I tumpang kerek u kalau ada adik lelaki encem gini..

ngeeeeee :D