Wednesday, October 27, 2010

Mari minum teh bunga..

Selamat pagi.. Bahagia hendaknya jiwa hari ni.. Semangat hendaknya memulakan kerja hari ni.. Dah minum?.. Ok ok berenti menanya yang takde.. Mari berkenalan dengan Teh Bunga Matahari.. Pepagi nampak bunga-bungaan kan sejukkk ati ye tak..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Menikmatinya semasa masih hangat.. Sedap juga dinikmati sejuk.. Terpulang ye..

Jemput minum..

Wahhh!! C'Mat Gebu lagi! Mari! Mari tengok!

Hasil tangan CMG di Jelita lagiii.. Keluaran November 2010



Semua foto dari Majalah Jelita November 2010
Kali ketiga ni aku post tentang CMG di majalah Jelita .. Tumpang bangga hik3.. Tahniah C'Mat.. Mudah-mudahan bertambah mewah rezeki awak.. Aku kagum dengan kreativiti C'Mat.. Beliau ikhlas berkongsi ilmu.. Tidak lokek bila kawan-kawan bertanyakan sesuatu..

Tahniah C'Mat Gebu

Sunday, October 24, 2010

Abah Birthday

Sambutan Hari Lahir Abah.. Ismail Bin Suradi yang ke-63 tahun.. Kami sekeluarga berkumpul.. Aku sampai setelah Adam selesai menghadiri Kelas Fardhu Ain.. Jadi tengahari baru sampai.. Adik aku Mummy seperti biase menjadi 'perancang bandar'.. opppsss!! Perancang merangkap penyiapsedia masakan.. 'Soto Nasi Impit' menjadi pilihan Mummy.. Adik aku Boy pulak menjamu kitaorang dengan 'kupang' dan Mummy rebuskan saja kupang untuk kami ratah.. Sebiji Chocolate Fudge dari Season Cake House menjadi pilihan aku, Adam dan Mak Dik selain buah limau..

"Selamat Hari Lahir Abah" 

 



Semua foto hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Emosi 'Abah' hanya ALLAH yang tahu.. Kali pertama menyambutnya tanpa 'Mak'.. Semoga 'Abah' tabah.. Moga 'kami' dapat membahagiakan 'Abah'..

Seaweed Wheat Noodle lagi..

Pagi ni plan buat Seaweed Wheat Noodle ala vegetarian je.. Adam pulak request tambahkan udang.. Iyo lah nak.. Macam kena turut perintah Sultan dah Mama nih.. Apa pon Mama ok ok ajaaa.. Asalkan kita happy kannn.. Meh tengok macamana nak hasilkannya..


Semua Foto Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Bahan-bahan
Seaweed Wheat Noodle
Lobak Merah
Kucai
Telur
Udang
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Miso soyabean
Garam
Olive butter
Minyak untuk goreng udang
Air untuk celur noodle

Cara-cara
1) Celur noodle hingga lembut. Angkat dan toskan air.
2) Goreng udang (kaedah deep fried). Asing dan toskan minyak.
3) Tumis bawang putih dengan olive butter. Masukan bawang besar setelah bawang putih kekuningan. Masukan miso dan tambahkan sedikit air. Setelah miso cair, masukan telur. Kemudian masukan lobak merah dan kemudian kucai. Kacau dan masukan udang yang telah digoreng. Kemudian barulah masukan noodle dan tambahkan garam secukupnya. Gaul sebati semua bahan dengan noodle dan pastikan rasanya memuaskan hati. Sedia untuk dinikmati.
"Sesungguhnya senang dan selamat untuk dicuba"

Saturday, October 23, 2010

Apa ada di Gerai Along Tmn Johor Jaya

Mengenali Kak Long dan Abang Long melewati 15 tahun.. Gerai dan masakan Kak Long sudah lama dikenali.. Mereka juga memberi khidmat penghantaran.. Jarak jauh penghantaran makanannya kenalah tanya mereka sendiri hehe..
Mereka ni la yang diberi tanggungjawab oleh aku untuk menyediakan makanan tengahari  pada setiap hari persekolahan masuk tahun ketiga anak ku Adam..  Tak perasan masa cepat berlalu..
Sedikit sedutan untuk yang belum pernah kesini.. Aku tak dapat nak capture kesemua menu.. Maaf laaa banyakkk..
Untuk makluman.. Aku telah dapat keizinan Kak Long dan Abang Long untuk berbuat begini.. Sila ke Gerai Makanan Along andai jengah ke Johor ye.. Mari jengah apa ada di Gerai Along..





All foto belongs to ohoeya858.blogspot.com and Gerai Makanan Along

Berikut senarai makanan di gerai ini.. Andai ada yang tertinggal maaf ye Kak Long dan Abang Long hehehe..

NASI
NASI AYAM
NASI AYAM SAMBAL
NASI AYAM LADA HITAM
NASI AYAM PENYET
NASI AYAM MENANGIS
NASI DAGING MENANGIS
NASI SOTONG MENANGIS
NASI UDANG MENANGIS
NASI GORENG KAMPUNG
NASI GORENG CINA
NASI GORENG KICAP
NASI GORENG AYAM KUNYIT
NASI GORENG MADU TIGA
NASI GORENG PAPRIK
NASI GORENG PATAYA
NASI GORENG HONG KONG
NASI GORENG HAILAM
NASI GORENG CENDAWAN
NASI GORENG DAGING MERAH
NASI GORENG AYAM MERAH
NASI GORENG LADNA
NASI GORENG KERABU DAGING
NASI GORENG KERABU AYAM
NASI GORENG KERABU SOTONG
NASI GORENG AYAM SAMBAL
NASI GORENG KERANG
NASI GORENG PETAI
NASI GORENG IKAN MASIN
NASI GORENG NANAS
NASI GORENG PARU
NASI GORENG USA
NASI GORENG KETAM
SOTO NASI
BAKSO
SOTONG GORENG TEPUNG

LAIN-LAIN
SAYUR CENDAWAN
SAYUR CHAP CHAI
SAMBAL PETAI

BUBUR
BUBUR NASI
BUBUR AYAM
BUBUR DAGING
BUBUR TELUR
BUBUR SAYUR
 
MEE / MIHUN / KUEY TEOW
SOTO
GORENG
GORENG MAMAK
GORENG BASAH
GORENG KERANG
BANDUNG
HAILAM
HONG KONG
LADNA

TELUR
MATA
DADAR
BISTIK
BUNGKUS

TOMYAM
NASI PUTIH
CAMPUR / AYAM / DAGING / SOTONG / UDANG
MEE / MIHUN / KUEY TEOW

SUP
AYAM / CENDAWAN / AYAM /SAYUR
MEE / MIHUN / KUEY TEOW

ROJAK
BUAH
TAUHU
PETIS

AIS
ABC
KOKO
AIS BLENDED

Memperkenalkan gerai ini tidak memberi pulangan atau sebarang bentuk ganjaran kepada Oeya.. Sekadar berkongsi dengan semua..

"Jemput datang"

Udang

Makan malam yang bakal tidak mengizinkan aku untuk menurunkan berat badan hehe.. Layan udang.. Masak pun ikut gerak hati.. Tapiiiiii.. menggoda hasilnya he3.. Sesekali 'perasaan' kui3.. Jom layannnnnnn..

Bahan-bahan
Udang
Tomato
Capsicum Hijau / Lada Bengala
Capsicum Merah / Lada Bengala
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Sos cili
Garam
Olive butter
Minyak untuk goreng udang
Air

Cara-cara
Goreng udang (kaedah deep fried).. Asing dan toskan. Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter. Kemudian masukan sos cili. Tambah sikit air. Kemudian masukan bawang besar dan capsicum. Kacau dan masukan tomato. Kemudian masukan udang dan garam secukupnya. Sebati udang dengan bahan lain, hidang dan sedia dinikmati.

Enoki mushroom

Selamat tengahari.. Isteri-isteri solehah.. Anak-anak gadis.. Anak-anak bujang.. Barangkali juga suami-suami.. semua sedang bersilat didapur ye tak..
Aku masih di pejabat.. Sibuk tidak.. Macam bekerja pon tidak.. Boleh dikatakan sekadar menghadirkan diri di pejabat.. untuk tidak dikategori 'unpaid leave' hehe..
Ya enoki mushroom.. Ni antara cendawan kegemaran juga.. Adam lagi la suker.. Mari kenali cendawan ni dan cara masaknya.. 
Resepi yang mudah.. yang sempoi hanya dari blog Oeya kui3.. Mari kita...

Foto Google

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Cendawan enoki dengan udang masak bening / tumis air.. Senang kan hehehe.. Yang penting rasa enoki terpelihara.. Pilihan perkataan kekadang 'over' heheh.. Pilihannya selalu masak ni la sebab nak layan kenyal enoki tu.. Udang buat menambah rasa je tu.. Kalau tak letak takpe..

Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Udang
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis
Air

Cara-cara
Alaaaaaa.. macam tak biase jerk.. Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan air. Masukan udang. Masukan enoki. Kemudian garam secukup rasa. Aku masak dalam 5-7 minit jerk hehe.. Takmau terlalu lama masak kerana takmau udang keras dan enoki terlalu masak.. Ilang rasa kenyal.. jadi benyekkk he3.. Tak shukerrr..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini enoki juge.. Cara masak lain sikit heheh.. Iye laaa.. Kita buat dia kannn.. Meh layan..


Bahan-bahan
Enoki Mushroom
Lobak merah
Capsicum Hijau / Lada Bengala
Capsicum Merah / Lada Bengala
Bawang besar (Hijau) / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak untuk tumis

Cara-cara
Tumis bawang dengan bawang putih. Masukan lobak merah. Kemudian semua capsicum. Enoki masuk last sekali. Tak perlu terlalu lama tumis. Sebabnya sama seperti yang tersebut di atas..

"Sangat mudah untuk dicuba"

Apa nak buat.. Eh!! Sekarang Tidak Lagi..

Perasaan aku sedikit kecewa ketika membaca kenyataan demi kenyataan yang dibuat Rooney ni dalam minggu ni.. Apa pon hanya Rooney yang tau dia fikir dan nak buat untuk masa depan dia ermmmmmm..



Ehhh!! Sekarang tidak lagiii.. Rooney dah beri kenyataan pasti lagi rasmi heheh..

All foto by Harian Metro

Macam tu laaaaaa..

Teh Sabah

Selamat pagi.. Moga sihat semua.. Moga hati diuliti bahagia.. Dah minum?!.. Mudahnya entri pagi ni aku mulakan dengan antara teh kegemaran aku.. Bukan maknanya aku tak boleh memilih jenama lain atau tak mahu minum minuman teh dari jenama lain.. Aku ada sebab tersendiri kenapa memilih Teh Sabah ini.. Aku seorang pengguna.. Maka aku suka menggunakan hak aku hehe..
Memilih Teh Sabah ni setelah membaca disini. Menghasilkan minuman ini juga aku memilih untuk diberi kemanisan dari gula ini juga setelah membaca disini. Tahniah kepada beliau atas penulisannya..



Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Sekarang takyah susah-susah nak gi Sabah untuk menikmati Teh Sabah ni hehe.. Dah terbang sampai sini dan dimana jua anda berada..

"Jemput minum"

Friday, October 22, 2010

Telur Aje..

Ringkas yang amat masak telur ni.. Anak-anak yang masih menuntut di sekolah rendah pun boleh buat hehe.. Layan jugak la kalau 'cik selera' tak kunjung datang.. Mokcik tak cerewet bab makan lauk camni.. Asal ade kuah yang boleh dihirup sedappp dahhh.. Jom layannn..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Bahan-bahan
Telur
Kucai
Lobak merah
Bawang besar (hijau) / bawang India
Bawang putih
Lada sulah serbuk
Garam
Air

Cara-cara
Psssssstttttt.. Masak macam tumis air je heheh..

Aku gini le.. Yang singkat.. Yang sonang.. Aku le heheh.. Lain-lain aku tak reti :)

Thursday, October 21, 2010

Nak jugak wajah begini ketika meniti usia 40 tahun..




All foto by Harian Metro 20-10-2010
'NASHA AZIZ' Chantekkk!! Usia meniti 40 tahun tuuu.. Macam baru 30 tahun je.. Lain-lain sudut atau kriteria tentang diri Nasha ni aku tak nak sentuh.. 'Lain-lain' jangan tengok hehe.. Hanya fokus pada 'kecantikan zahir' si pemunya nama Nasha Aziz ni..
Kagum aku bila dikalangan wanita mampu kekalkan kejelitaan pada usia sebegini.. Aku positif.. Bukan sebab dia ni artis.. Bukan sebab aku minat dia.. Siapa pun dia.. Aku sekadar ingin kita sama-sama kembali tengok diri sendiri.. Bukanlah aku suruh semua wanita jadi Nasha.. Beliau salah sorang yang dikenali ramai yang aku jadikan contoh kali ini..
Memang akan ada suara-suara seperti "alah dia kan artis".. "alah dia anak dara".. "alah dia boleh la duit banyak".. Macam-macam alah laaaaa nak cari sebab yang sebenarnya 'bukan jawapan'.. Perlu ker segala 'alah' ni?!.. Jangan lagi laaa..
Aku suker dan tumpang bahagia bila wanita berusaha kekalkan anugerahNYA.. Disamping menunaikan kewajipan harian.. Kesibukan berurusan.. Bukan untuk orang lain.. Untuk diri sendiri.. Untuk Cik Suami..
Kan best bila kita nampak lebih muda dari usia.. Tanpa disedari ada doa dari orang yang memerhati.. Pujian tentu sekali.. Tapi bukan untuk meninggi diri.. Tak salah kan..
Aku faham.. Kadang-kadang bukan tak nak jaga.. tapi tak sempat.. tu yang bila dah selalu sibuk terlupa 'belai diri'.. Terleka menitikberatkan soal kecantikan diri kan..
Aku pasti ramai dikalangan wanita amat menitikberatkan kecantikan kan.. Yang jadikan aktiviti facial, massage atau memanjakan diri di spa suatu kemestian bulanan kan.. Ada yang lebih hebat bila lakukan sendiri di rumah.. Tahniah.. Tahniah..
Semoga kita juga kekal jelita dan beroleh kesihatan yang baik..

Ginseng Flower Tea

Mari cuba teh yang satu ni.. Boring gak kan kalau sama je.. Kali ni aku pilih 'Ginseng Flower Tea'.. Aku tak pilih yang uncang.. Suker gigit sikit-sikit sambil minum hehe.. Mari berkenalan dengannya..

Foto Google
 Ginseng Flower yang sudah dikeringkan

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia diminum..

Aku nikmati ketika ia masih suam.. Biase le aku ni.. Minum pakai mangkuk untuk menikmati hehe.. Tanpa gula ye.. Nak pekat masukan lebih ginseng flower.. Ikut selera.. Aku akan minum waktu malam sebelum tidur atau 2-3 jam selepas makan.. Senang je kan nak sediakan.. Try la eik..

Salmon Steam

Selamat tengahari.. Segar.. Sihat.. Bahagia.. Wahhh!! Hebat perasaan begini.. Menu ringkas makan malam.. Senang je nak menyediakannya.. Maaf laa.. Aku ni memang begini.. Simple bangett heheh.. Berikut cara menyediakannya..



All foto belongs to ohoeya858.blogspot.com


Foto Google

Bahan-bahan
Ikan Salmon
Halia
Bawang putih
Garam
Kicap Kikkoman

Cara-cara
Sapu garam pada ikan. Hiris halia dan bawang putih kemudian bahagi 2 bahagian. Tabur 1 bahagian hirisan halia dan bawang putih atas bekas steam, kemudian letakan ikan dan bakinya tabur atas ikan kemudian steam. Ikan salmon ni sangatlah mudah masak dan aku steam hanya selama 8 minit. Sedap juga cicah kicap kikkoman..

"Selamat untuk dicuba"

Ular ANACONDA

Foto Google
Geliii??!!!.. Takottt??!!!.. Hehehe.. Aku takat tengok gambar atau TV berkenaan ular ok lagi.. Tapi mengaku yang aku takottt!!.. Semestinya la akan terperanjat yang amat kalau terjumpa.. Mintak dijauhkan la jumpa ular nih ishhh.. Iye sebab keupayaan membelit.. berbisa.. Yang pasti 'saiz'nya..  
Dulu masa ada filem ni macam tak caya je memang wujud anaconda ni.. Bila dah tau erkkk serammm.. Harap tak jumpa la ular anaconda ni..
Dari info yang aku dapat, ular anaconda di Amerika Selatan boleh membesar sehingga 10 meter panjang dengan berat 136 kilogram.
Sesapa ada bela ular?.. Kena patuk ular?.. Mimpi ular? hehe.. Penah mimpi ular warna putih.. Dapat boypren  pon kulit putih heheh.. Alahhh cerita bebudak sekolah.. Ehhh!! Berkenaan ker??!! kui3..

Saturday, October 16, 2010

Dessert Barli dengan Biji Teratai

Dalam Harian Metro, Sabtu 16 Oktober 2010 lalu ada cerita khasiat tentang Barli.. Dalam tulisan tu ada tulis barli adalah sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.. Barli dipercayai dapat menyejukan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.. Ni sebahagian dari cerita dalam tulisan tersebut..

Nak tau detail tentang khasiat barli.. sila rujuk 'Encik Google' eik.. atau mana-mana pakar pemakanan eik.. aku?!!.. pakar makan hik3X

Aku ada satu dessert yang kalau rajin aku buat heheh.. Kalau tak rajin bayang pon tak nampak hehe.. Tapi ni tengah cuaca selalu panas maka ade rajin le sikit nak buat kerap..Wokey now tengok bahan-bahan.. Jommm..

Foto Google
Barli


Foto Google
Biji Teratai


Foto Google
Gula Batu Kuning

Cara-cara :)

1) Rebus barli dengan biji teratai dalam 30 minit atau hingga barli cukup kembang.
2) Masukan gula batu.
3) Masak hingga gula batu cair dan sejukan.


Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Begini hasilnya setelah siap dimasak dan disejukan.. Bahan-bahannya ringkas dan penyediaannya pun mudah..

Selamat mencuba ye..