Wednesday, September 1, 2010

Seaweed Wheat Noodle


Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com


Foto ni last year punyer.. Sebelum Ramadhan ada buat juge tapi tak capture.. Ni kira noodle masak tumis air je ni he3..  Sup yang dari tangan aku biasanya 'jernih' jer.. Aku ni masak asal berkuah je 'sup' lerr namanya.. Pernah upload kat 'mukabuku' @ facebook.. Hidangan sorang makan.. Selamat mencuba..    

Facebook

Makluman untuk seluruh sahabat dan saudara mara di 'Facebook' Oeya..
Kali terakhir Oeya on9 pada Julai 2010 lalu.. Maaf pada kenalan lama dan baru yang 'add' Oeya.. Bukan dari hati ini tak mau confirm kalian.. Oeya minta maaf juge pada e-mail by facebook yang tak dapat dibalas..  Oeya harap sangattt Oeya tak mengecilkan hati sesiapa.. Oeya 'ada halangan' untuk on9 facebook sejak Februari 2010 lalu.. Memang ada sahabat2 yang sudah maklum akan hal ini.. Bagi yang belum maklum, terlebih dahulu Oeya mohon maaf..

Oeya saaaaaayangggggg semuaaaaaa..

Rempeyek Merdeka

Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

'Rempeyek Kacang Tanah Merdeka' diberi nama..
Ni hasil kerjatangan adik aku Mummy..
Seperti biasa aku pasti terlibat huhu..
Kecurrr je masa 'tolong' ki3..
Mesti ada tugasan beb.. Kalau idak tak kawan Mummy dengan aku hik3..
Dari kisar rempah ke bancuh hingga ke menebar Mummy yang buat heheh..
Pentingnya aku ketika ini.. "susun dalam tupperware" haaa.. kui3..
Kerjatangan aku dalam bab menyusun rempeyek diterimapakai selalunya he3..
Kalau Adik ada sama la tugasan dia dengan aku heheh..
Adik belom balik dari Taiwan lagi..
So pembantu Mummy aku sorang kali ni..
Success! Success! Success!

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka

 Salam Merdeka ke 53 untuk semua..

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta

Friday, August 27, 2010

Hari istimewa

Redup je ari ni.. Rasa tenang.. Jumaat ari ni istimewa rasa nyerr.. Jumaat di bulan Ramadhan terlalu istimewa.. Macam berkongsi perasaan aku dan Jumaat.. Ada lagi juzuk-juzuk akhir.. Sedaya ku habiskan sebelum Syawal..

Duit

Adik aku yang bongsu nak pegi Taiwan esok pagi..
Aku?!! Sampai la ni lom dapat jamah gi Taiwan huhu..
Mari berkenalan dengan encik Taiwan Dollar (TWD)


Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

Sotong Goreng Kari

Yeayyy!! Ni la resepi yang tertangguh.. Bahan-bahan dan cara-cara dari sifu CMG .. Best!! Tima kasih C'Mat.. Ampun C'Mat derhaka cikit.. tak ade daun kari kui3.. 

Sotong Goreng Kari
Foto hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com

Thursday, August 26, 2010

Yang mana dulu..

Tengah dok pikir yang maner satu nak didulukan..


Yang ni ker..

Atau yang ni ker..

Yang ni memang last..
Smua foto dr encik google

Memang Pantang!!

Ibu Mertua ku   :   "Hei Sabariah!! (Nama aku di sebut lantang oleh Mak Dara.. fuhh bangga seh hik3)
                           "Siapa itu Kasim Selamat?! Lawyer?! Magistrate?!"

Sabariah          :   "Ahli Muzik.."

Ibu Mertua ku  :   "MEMANG PANTANGGG!! keturunan aku ahli muzik.."

Heheh.. udah.. udah.. aku bukan nak ceta pasal filem menusuk ati ni.. ni nak kisah pasal pantang..

'Jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua'
menjadi gerunnn laaa anak-anak pompuan nak menyanyi..
pada aku.. nyanyi kat dapur ni selain belom tentu sedap didengar he3.. lagiii 'selawat' nyerr maner..

'Jangan duduk kat tangga, nanti takde orang pinang'
fuhh! lagi la tak keruan jiwa anak-anak pompuan..
pada aku.. dah memang tangga tu tempat orang lalu lalang, kalau duduk kat situ kan nyusahkan orang..

'Jangan makan pindah-pindah, nanti kahwin ramai'
kompom kena marah bila buat keje ni..
pada aku.. makan tu kan ada tempatnya, kalau dah bersepah 'akak jugak' yang kena uruskan.. tu yang maleh

'Jangan tatang pinggan nanti suami di ambil orang'
a'aah seramm gitu kan..
 pada aku.. kan susah, dibuatnya terlungkup terbalik tercelepuk kat lantai dahhh tak rezeki kan..

'Jangan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul'
dah abiss tempat pe nak duduk.. kecuali la memang bantal alas duduk..
pada aku.. dah bantal tu kan untuk letak kepala, andai 'tertuttt' haaa.. nak guna kan dah tak nyaman..

'Jangan intai orang mandi, nanti mata ketumbit'
mau kena cungkil biji mata kalau berhajat..
pada aku.. memang tak senonoh keje ni dan sebesar-besar salah kalau di buat, memang cari nahas..

Ni aje yang dapat diingat.. banyak lagi kan.. tafsiran sekadar dari logik akal aku sendiri je ni.. Yang pasti semua ni adalah untuk mendidik kita supaya jadi manusia yang beradab.. sopan tingkah laku.. haaa gitu..

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa tak cakap

Perasan tak ada perkataan atau ayat yang kluar dari mulut orang dewasa.. tak 'seswai' untuk jadi halwa telinga budak-budak khasnya anak-anak.. kalau 'benda' yang sama kluar dari mulut bebudak atau anak-anak.. kata diaorang ni 'kuang hajo' (mahap cakap)..

Macam ni hah..

"Aku susah-susah ngajo ko!!.."  kenapa tak cakap.. "Mak sungguh-sungguh ajar "(sebut nama anak)"

"Kain kat ampai tu tak reti-reti nak angkat!!" kenapa tak cakap.. "Tolong angkat kain kat ampai"

"Perangai ko ni sama ngan 'sipolan'" kenapa tak cakap.. "Mintak janganlah sama perangai dengan 'sipolan'"

"Nape lambat balik!!" kenapa tak cakap.. "Baru sampai, kenapa lambat"

"Ni kang! ade kena ni kang!!" kenapa tak cakap.. "Nanti kena marah nanti"

"Dah! tak payah!!" kenapa tak cakap.. "Janganlah"

"Dah! tak nak sudah!!" kenapa tak cakap.. "Tak nak takpe"

"Dari celik mata tengok tv je keje nyer!!" kenapa tak cakap.. "Sudah-sudahlah tengok tv tu"

"Ape keje yang dibuat nyer tuh!!" kenapa tak cakap.. "Tengah buat ape tu"

"Tak habis lagi ngadap mendealah tu!!" kenapa tak cakap.. "Tak siap lagi ke tu"

"Lembab! Cepatlah!!" kenapa tak cakap.. "Boleh cepat sikit"

Senangkan.. tak payah laa naik tegang urat leher.. naik  sakit anak tekak..
Takat ni dulu la.. renung-renungkan.. selamat beramal..

Aku taknak

Aku taknak jadi manusia yang tak bahagia..
Aku taknak jadi manusia yang berdendam siang dan malam..
Aku taknak jadi manusia yang gagal memberi maaf..
Aku taknak jadi manusia yang gagal melupakan salah orang pada aku..
Aku telah memilih untuk memaafkan.. Alhamdulillah.
Bahagia yang aku cari..
Ketenangan yang aku ingin..

Telling Story Contest

Adam masuk Telling Story Contest kat sekolah ari ni.. Semangat menghafal cerita ngalahkan nak masuk pertandingan syarahan he3.. Sambil tu tak puashati pulak dah 14 hari puasa baru dapat juzuk ke 3.. Hai Adam.. Adam.. Ok tajuknya "Big Little Hippo".. Menang atau kalah bukan perkara utama.. Yang penting Adam confident on stage dan enjoy.. Support punyer pasal, Mama pon dah balik budak semula training Adam kui3.. What ever lah kan..


Fetch dia nanti dah boleh dengar 'radio Adam'.. Lagu nyer 'rancak' kerr.. 'Meruntun jiwa' kerr.. Tungguuuuuu..

Sebak arr..





Sebak arr teringat hebatnya kasih sayang "Mak"..
Sebak arr teringat hebatnya kasih sayang "Abah"..
Saaaaaayang Mak..
Saaaaaayang Abah..

"Ya ALLAH! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidik ku di masa kecil"
Amin.

Tuesday, August 24, 2010

Juadah berbuka

Foto existing hall uma Abah aku

Lewat posting sebab asik sebok jelajah ngan ngomen blog favorite..
Sabtu 21hb Ogos lalu gini la rupe nyer aku balik kampong berbuka kat uma Abah..
Kitaorang kena bentang tikar..
Makan dok bersila reramai.. best wo!..
Dining table Abah kompom tak muat..
Berbaris koo lauk pauk..
Cam makan berdamai punyer barisss..
Satu pon bukan aku yang masakkk..he3 sabo je lerr..
Macam adik aku Nanang slalu cakap.. "dia ni bagian recycle ngan panaskan bagi je ler kat dia.." heheh..
Aku bukan tak nak masak kat uma Abah..
Kemahiran memasak aku tak sampai diaorang punyerr selera request he3..
Slamat menjamu mata..

Iman Mutiara - Raihan

 
 
Bila baca semula lirik lagu ni.. Sebak pulak tiba-tiba..