Thursday, December 8, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Saturday, December 3, 2011
Segmen: Mencari Blogger Setiap Negeri
Bersegmen lagi saya ni..
Kali ni di tag oleh simanis Naz
Datangnya segmen ni dari sicomel pink
Saya dari Johor Bahru, Johor.. Dilahirkan, dibesarkan, tinggal dan bekerja juga di sini.. Berkunjunglah ke Johor yang indah permai.. Sangat-sangat maju.. Pembangunan pesat.. Roger-rogerlah bila berpeluang ke Johor ya.. Saya sangat bahagia bertemu kenalan :)
3 rakan yang saya pilih untuk di tag
Thursday, December 1, 2011
Wednesday, November 30, 2011
Oh Oeya Wordless Wednesday #07 : AYAH Susuan?!!
Tuesday, November 29, 2011
Oh! Hujan
Hujan lebat kat Taman Johor Jaya ni.. Kerja banyakkk.. Urusan luar pejabat jadi perlahan.. Mata ni pun bukan terang sangat memandu dalam hujan begini.. Bertambahlah perlahan.. Alon-alonnn..
Hujan-hujan gini sedapnya apa?.. Tidurrr.. krokkk!.. krokkk!.. Dengkurrr!.. hihi.. Hujan-hujan gini sedap pekena kopi pekat panasss.. Hujan-hujan gini sedap layan jemput-jemput ikan bilis cicah sambal tumisss.. Hujan-hujan gini enak-enak layan ubi rebus dengan ikan kering dan sambal tumis ikan bilisss..
Aaaaarrrgggghhh!! Semua takde sekarang nih!.. Takde yang menyedapkan tekak.. Takde yang mengenakan rasa.. huhuuuuu..
Semoga 'dia' selamat
Salam Maal Hijrah.. Semoga bertambah keimanan dan taqwa untuk kita semua.. Doa awal dan akhir tahun ditunai sudah.. Tiada cuti untuk saya semalam.. Hanya cuti makan siang.. Alhamdulillah.
Pagi semalam saya terperanjat!.. Terkejut!.. Ishhh!!.. Takut!.. Kemalangan berlaku 'live' depan mata.. Lampu isyarat merah di Taman Desa Tebrau, JB saya berhenti dan jadi peserta pertama digarisan.. Tiba-tiba terpandang objek melambunggg!!.. Dannnnnn.. Bukkkkkk! Seorang lelaki terhempas ke bumi.. Mengelitikkk!!!.. Erkkk!!!.. Berkerut dahi ni!.. Erkkk!!!.. Saya nampak seorang lelaki lain menunjukan isyarat 'telefon' kepada seorang pemandu.. Lampu isyarat bertukar hijau, saya dengan amat perlahan teruskan memandu.. Dengan kerut wajah, pandang juga lelaki terhempas yang sudah tidak bergerak.. Saya tinggalkan kemalangan tersebut kerana keadaan di tempat kemalangan sudah mulai tegang.. Masing-masing mula turun dari kereta.. Untuk tinjau.. Untuk bantu.. Untuk record dan up load.. Untuk catat nombor plat.. Saya tak pasti.. Saya betul-betul tak tahu bagaimana kemalangan tu terjadi.. Semoga 'dia' selamat..
Thursday, November 24, 2011
Spontaneous Thursday #04
"Malas betul lukis pelan pakai tangan.. grrr.. lambattt!"
Official site ------> Spontaneous Thursday
Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Allahyarham Haji Kassan Bin Amal
Assalamualaikum. Selamat pagi.. Sabtu lalu 19 hb November 2011 pagi, saya terima SMS mengatakan datuk saudara tenat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru ketika saya dalam perjalanan ke Pagoh memenuhi undangan perkahwinan sepupu, Cikgu Hasnah. Saya hubungi anak beliau Cik Nor untuk khabar yang lebih jelas mengenai bapanya. Hanya doa saya panjatkan agar segalanya baik-baik saja. Perjalanan diteruskan dan saya terpaksa tinggalkan Cik Nor dalam kesedihan.
Namun, baru saja brek tangan ditarik sampai di rumah Abah pulang dari Pagoh jam 7.28 malam, Cik Nor telefon saya.. Nada suara yang sangat sedih dan berat.. Cik Nor maklumkan Atok Hassan dah 'pergi'.. 'innalillahiwainnailaihirojiun'..
Jenazah dikebumikan pada keesokan harinya Ahad, 20 hb November 2011 lebih kurang jam 9.20 pagi. Saya dapat menatap wajah Atok Hassan buat kali terakhir setelah selesai dikapankan. Saya ikuti juga rombongan pengebumian dan kembali semula ke rumah Arwah.
Sempat saya ziarah kubur bapa mertua Allahyarham Husin bin Ayan, mertua adik-adik saya, nenek saya dan tentunya Allahyarham Mak, Norrani binti Koming. Semoga dicucuri rahmat keatas roh mereka semua, Amin.
Takziah dari saya sekeluarga buat keluarga Allahyarham Haji Kassan Bin Amal. Al-Fatihah.

Sunday, November 20, 2011
Syair: Puteri Bongsu
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Puteri Bongsu cantik jelita,
Sangat dikenali rakyat jelata,
Nasibnya malang berdukacita.
Puteri Bongsu hendak dijodohkan,
Dengan Putera Indera Kayangan,
Pinangan ditolak apa gerangan,
Putera Raja bukannya pilihan.
Bersama Inang melarikan diri,
Akhirnya sampai di sebuah negeri,
Bertemu pemuda bijak bistari,
Kacak dan tampan wajah berseri,
Puteri Bongsu berasa gembira,
Rupanya pemuda seorang Putera,
Mereka pun berkahwin hidup sejahtera,
Tinggal di Istana Tiga Menara.
Puteri Bongsu cantik jelita,
Sangat dikenali rakyat jelata,
Nasibnya malang berdukacita.
Puteri Bongsu hendak dijodohkan,
Dengan Putera Indera Kayangan,
Pinangan ditolak apa gerangan,
Putera Raja bukannya pilihan.
Bersama Inang melarikan diri,
Akhirnya sampai di sebuah negeri,
Bertemu pemuda bijak bistari,
Kacak dan tampan wajah berseri,
Puteri Bongsu berasa gembira,
Rupanya pemuda seorang Putera,
Mereka pun berkahwin hidup sejahtera,
Tinggal di Istana Tiga Menara.
Bagi Allahyarham Guru Bahasa Malaysia saya Cikgu Ismail Yunus, syair Puteri Bongsu ni, killer syair bagi saya ketika menyertai pertandingan pentas sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah daerah Johor Baharu.. hihi.. Lamanya tidak berlagu-lagu.. tidak bersyair.. hihi.. Sekarang? Boleh lagi ker? Takut si katak lebih mendayu-dayu alunan kwanggg kwanggg nyer dari saya.. ekekekeke :D
Saturday, November 19, 2011
Happy Birthday Sis-Lin
Happy Birthday Sis-Lin
Empunya blog Bisikan Hati - Sis Lin
![]() |
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu Sis-Lin..
Allah selamatkan kamu..
Friday, November 18, 2011
Takde Kad Takyah gi!
Assalamualaikum.. Dihari Jumaat yang mulia semoga semua sihat sejahtera.. Saya sedikit terkejut dengan kenyataan "Takde kad, takyah gi".. Ni mengenai kad jemputan atau undangan..
Oh! Gitu pulak?!.. Mesti jemput pakai kad.. Baru kira dijemput eikkk.. Pulakkk!.. ermmm.. Janganlah macam tu.. Ada kelapangan.. Kesihatan mengizinkan.. Pergilah.. Penuhilah undangan tu.. Apalah nak berkira sangat.. Orang ada hati dan ingat nak jemput kita.. Jemput mulut, telefon atau wakil tak kesahlah kannn.. Besar hati dia kalau kita tunaikan undangan mereka.. Penting sangat ker kad tu..
Dua minggu lalu.. Kawan beritahu saya dia lupa sampaikan kad jemputan perkahwinan seorang lagi rakan, sedangkan dia menelefon saya jam 11.30 pagi pada hari majlis berlangsung, alhamdulillah.. jam 3 petang saya sampai ke majlis tersebut.. Mujurlah dekat.. Saya tak cerewetlah dalam hal ni.. Sekarang lagi senang dapat undangan melalui Facebook saja, InsyaAllah saya penuhi..
Pada saya.. yang mana boleh kita lebih kurang.. lebih kuranglah ye.. Macamana kalau orang tau perangai kita macam ni dan langsung tak jemput kita.. uuuiiihhh macam hidup tak berkawan..
Rasa diingati bila diundang.. Dikelilingi ramai kenalan dan kawan buat saya bahagia :)
*pssttt! Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam..
Thursday, November 17, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)





