Tuesday, November 8, 2011

CONTEST 3 in 1 BERSAMA Aini



Bercontest pula saya kali setelah di tag oleh si comeiii kincHnaf :)

Kalian klik sini untuk join ya :)

Ini rujukan photo saya.. maluuuuuuuu je!!


Comel yang saya mau tag :-)




Selamat bercontest!

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday #01

"Siapkan bukti pekerja mencuri."

Blog rasmi Spontan Khamis : klik sini

Tuesday, November 1, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking



Blog cantik dari yang cantik

Meh join

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NOVEMBER 2011




Kenapa nak join??

Sebab saya suka blog ni..

Sebab saya suka blog ni..

Sebab saya suka blog ni..

Jom join :)

Mi Sanggul Tanpa Goreng


Kaedah memasak sepaling ringkas.. Saya selesa dan anak selera.. Ini yang penting.. Minggu ini awal sikit sampai di rumah sebab Sek Agama ada peperiksaan Akhir Tahun.. Jadi minggu ni lebih sedikit jaga emosinya.. Kebetulan kesibukan saya tidak seperti minggu lalu.. Kalau tidak saya bimbang tak larat menemankan anak.. Semalam  masak yang ringkas juga mengikut pilihan anak saya Adam..


Bahan-bahan: Mi sanggul, sawi, carrot, udang, bawang putih, minyak bijan, air, garam dan minyak masak.

Cara-cara: Celur mi hingga lembut, tos dan asingkan. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukan udang diikuti sawi dan carrot, kacau. Kemudian masukan mi dan kacau hingga rata. Tambahkan sedikit air agar mi tidak terlalu kering. Akhir sekali masukan garam secukupnya dan sedikit minyak bijan. Sedia dihidang.


Resepi ni sangat tidak sesuai dihidang ketika mertua datang hihihihihihihi ;-)

Al-kisah Tak Faham

"Lu pakai apa kereta?"

"Oh! Wa punya pasat"

"Wa tau apa kereta lu pakai memang lu punya pasat. Wa mau tau saja ma lu pakai apa kereta.."

"Aiyo! Wa punya pasat ma.."

Tak puas hati dengan geram di hati.

"Macamlah wa nak sangat kereta lu sampai wa tak boleh tau huh!"

"Lu apa hal? Wa punya pasat! Pasat la! Aiyo!"

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Oh! Passat!!

Bubur Jagung dengan Sago/Sagu

'Gembira rasa di hati.. Bila kau datang kepada ku..' Eh! Eh! menyanyi bagai.. hik.. hik.. hik.. Ni lah kannn.. Buat julung-julung kalinya saya berjaya menghasilkan Bubur Jagung dengan Sago/Sagu ni.. lalalalalalalalalalalalalalalalalala..
Pernah terjadi kejadian tak diingini u, bila buat tapi tak jadi macam ni.. Lama juga ya saya memendam rasa  untuk mencuba kali kedua hihihi.. Saya buat Ahad lalu.. Kalian boleh rujuk resepi dari blogger masakan tersohor Kak Ummi Zaihadi Home Sweet Home untuk resepi asli..


Bahan-bahan: Frozen jagung manis, sagu, susu cair, gula, garam dan air.

Cara-cara: Rebuskan jagung hingga lembut. Tambahkan gula. Kemudian masukan susu cair diikuti sagu yang telah dicuci dan ditos. Tambahkan sedikit garam dan masak hingga sagu berubah jernih.



Manisssssssssssssssssss!!!

Monday, October 31, 2011

Bunga Kucai dengan Kupang

Juga menu makan tengahari hari minggu semalam. Kupang pemberian adik saya Mummy.. Sangat-sangat segar.. Mummy beri yang segar dan Abah tolong rebus untuk saya hik3.. Maaflah.. Saya tak pernah mengendalikan kupang.. Lepas ni bolehlah saya cuba heheh..
Saya gandingkan kupang dengan bunga kucai.. Biasanya saya masak bunga kucai ni dengan udang.. Kali ni ubah selera.. Saya masak awal kerana anak saya Adam mau bermain badminton lepas Zohor. Kalau kekenyangan macam mana nak main kan..
Gambar bunga kucai sebelum dimasak seperti di bawah ini dari blog Sis-Lin..



Bahan-bahan: Kupang (yang telah direbus), bunga kucai, bawang kuning/Holland, bawang putih*, halia*, cili padi*, air panas, garam dan minyak masak.

:: Bahan bertanda * ditumbuk.
:: Bunga kucai dibahagikan kepada 2 iaitu dari pangkal hingga ke tengah (separuh) dan sebahagian lagi dari tengah hingga ke hujung.

Uuuiii berasap-asap..!! Tirrrgudaaaa takkk..!! :D 

Cara-cara:  Rendamkan bahagian yang dari pangkal hingga ke tengah dengan air panas dan tepikan. Bahagian ini saya rendam dahulu kerana ia lebih keras dan lama sedikit dimasak untuk melembutkannya. Jadi ia juga cara saya mengelakan bahan-bahan lain dimasak terlebih lama. Tumis bahan yang ditumbuk, diikuti bawang kuning/Holland. Kemudian masukan bahagian bunga kucai yang direndam dan kacau. Masukan pula baki setengah bahagian bunga kucai tadi bersama kupang. Ketika ini kupang akan mengeluarkan airnya sendiri dan tambahkan garam. Kacau dan sedia dihidang.



*pssttt! Maknanya sehari ini saja sudah empat biji cili padi melengkapi menu kami heheh ;-)

Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun

Tu diaaa.. Serabut nampaknya gambar yang diambil terus dari kuali :D


Assalamualaikum. Semoga semua sihat sejahtera.. Sengaja mahu tayang hasil tangan tersangat sederhana.. Minggu lalu sangatlah sibuk dengan kerja.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan bertambah rezeki saya, Amin. Sarapan pagi minggu semalam bihun goreng.
Al-kisah nak berkongsi cerita.. Saya sebenarnya nak masak Nasi Goreng Kampung kerana malamnya masak nasi lebih sikit konon nak buatlah pagi minggu semalam. Tanpa tengok dulu periuk nasi, saya siapkanlah bahan, apakan daya baki nasi yang tinggal terlalu sedikit.. makanya berubahlah menu tapi kekallah bahan yang sedia ada..
Saya ni dah tak cukup memberi tumpuan ker..?, tanya sendiri.. Sampai perkara yang perlu di buat dulu diabai dan sibuk tumpu perkara kemudian..?
Saya ni beginilah.. Kalau sesuatu yang kecil begini saya tersedar, saya akan cepat bertanya sendiri dan mencari punca.. Kemudian sematkan dalam hati dan ingatan agar tak berulang.. Lecehkan saya ni heheh.. Ini perkara kecil, tapi besar pada diri saya..




Bahan-bahan:
Brown Rice Vermicelli @ Brown Rice Bihun
Sawi
Carrot
Taugeh
Cili padi*
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Ikan Bilis*
Garam
Minyak Masak
Air

:: Bahan bertanda * ditumbuk bersama

Cara-cara: Celurkan bihun hingga lembut, tos dan asingkan. Kemudian tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukan bihun diikuti sawi, carrot dan taugeh. Masukan garam dan kacau hingga sebati dan sedia dihidang.


Baru mau ngap..! Anak saya Adam mau saya sediakan dua biji telur goreng hancur.. Alasannya kerana bihun goreng saya tiada seafood.. Sebenarnya saya sengaja tak masukan bahan-bahan lain selain sayur kerana  untuk menu makan tengahari saya sudah rancang nak masak kupang :)



*pssttt! Jangan pertikai kenapa bihun saya tak menampakan adanya cili padi meski dalam senarai bahan-bahan tertera 'cili padi' ya.. Kerana saya hanya letak 2 biji hik3.. Jadi taulah kannn! Nasi Goreng Kampung saya kalau jadi pun tak semengah pedasnya kui3.. lalalalalalalala

Sunday, October 23, 2011

Kek Batik


Layan kek batik dari saya. Saya rujuk dari dapur Kak Ummi ~ Home Sweet Home.. Saya copy paste seluruhnya dari Kak Ummi untuk rujukan kalian yang ingin mencuba ya..

KEK MARIE BATIK 
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home 

Bahan-bahan:
 

  • 600 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm mentega 
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis (boleh juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna jenama Van Houten) 
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe 




Cara Membuat:- 
  1. Griskan loyang 9 x 9 x 3 inci dengan mentega rata-rata, ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali biskut ke dalam kuali. 
  3. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata. 
  4. Kemudian tuangkan/cedukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan rata dengan sudip atau penekan kek lapis. 
  5. Masukkan dalam fridge lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru lembut dipotong. SELAMAT MENCUBA... 

Usah banding ya hasil skill Kak Ummi dengan saya hihi.. Tentunya 'jauh panggang dari api'.. Tapi kan.. Manyak sedap wo! Mau jari yang biasa tak diendah, dijilat penuh nikmat lalalalalalala.. :-)

Friday, October 21, 2011

Jemput-jemput Ikan Bilis


Assalamualaikum. Selamat pagi.. Salam sejahtera.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Jamu mata dengan jemput-jemput saya ini.. Jemput-jemput macam ini pun nak tayang..?. Maaflah kalau post saya ini menimbulkan jelak.


Untuk jemput-jemput kali ini saya guna tepung gandum, ikan bilis, daun bawang, daun sup, bawang kuning/Holland, garam, air dan minyak untuk menggoreng.


Tuesday, October 18, 2011

Cinta Hati Terbaru... Encik Ahmad! Encik Ahmad!


Bila hati sudah suka.. Saya cari juga sampai jumpa.. Dulu masa mengidam, tidak pula begini mengada-ngada.. hihi.. Saya ini beginilahlah lakunya. Mengetahui teh ini kala sering mengunjungi blog indah Kak Jun empunya blog Cupcakekasih.. Kalau ada agreement, Kak Jun pasti sudah dapat percent.. Iklankan berbayar hihi..


Kemudian ingin benar mengenali teh yang menjadi teman pagi empunya blog tersebut. Bagusnya sekarang ini kita boleh mencari apa yang dihajati dengan mengoogle saja.. Saya temui Ahmad Teas


Terdapat banyak pilihan.. Antara yang saya boleh nampak tersusun di rak selain Lemon & Lime ialah Manggo, Strawberry dan Green Tea..
Saya cari yang sama dengan pilihan Kak Jun 'English Breakfast Tea', tapi tiada.. Tak mengapalah.. Saya cuba Lemon & Lime ini dahulu.. Kalian pun boleh cuba ya dan saya beli di Jusco Aeon Tebrau Johor Bahru..

Dari web Ahmad Teas 



*pssttt! Sari... Kak Zuwaidah.. Oh Oeya sudah ketemu Cinta Hati Terbaru.. huhuuuuu :)