Thursday, October 13, 2011

Kuey Teow Goreng Pantang


Assalamualaikum. Selamat pagi.. Salam ceria.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Amin. Lagi nak share resepi mudah dari saya. Bukan mesti untuk dicuba. Jamu mata saja pun ok juga heheh.. Kenapa pantang? Sebab kuey teow kosong je ni.. Yakni saya tak letakan sebarang makanan laut atau ayam atau daging.

Bahan-bahannya : Kuey teow, kucai, fish cake, bawang hijau/kuning, kicap pekat, garam, gula dan minyak untuk menumis. (Sukatan mengikut keperluan).

Cara-caranya: Goreng fish cake, tos dan asingkan. Tumis bawang diikuti kucai. Masukan kuey teow dan kacau. Kemudian masukan fish cake, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga masak. Sedia dihidang.


*pssttt! Agak-agak tak tertelan dengan makanan 'tawar' macam ni, jodohkanlah dengan sambal tumis atau cili jeruk atau sotong sambal atau kerang sambal atau apa saja yang pedas, yang pastinya membantu heheh..

Wednesday, October 12, 2011

Peria Idaman


Peria ini ya.. Bukan Jejaka idaman heheh.. Menu ringkas makan malam yang di heboh-hebohkan (eh! heboh kerrr..?!) semalam. Segala keperluan menghasilkannya ada di sini


Saya tak letak cili dan tidak rendam peria dalam air garam.. Derhaka sikit.. Pahit yang sedap.. Yang dari saya hanya yang ringkas saja heheh..

Tuesday, October 11, 2011

Video HOT!! Peria Katak!!


Video HOT?!! Ahhh! Hot lah sangattt.. Terima kasih Alam Sari untuk video mu ini. Kadang-kadang diulang-ulang menu yang sama selagi belum jemu. Pahit peria ini saya sangat suka.


Dalam video ini perianya direndam dengan air garam untuk mengurangkan rasa pahit, tapi saya sukakan pahit peria yang asli. Jadi aksi tersebut tidak saya tiru di rumah heheh. Menu malam ini wink! wink! ;-)

*pssttt! Nape pulak time kat gambar cenggitu.. Tak betul tu.. Jam 13:++ patutnya.. Oh! Camera ku di godam!!!

Saturday, October 8, 2011

Swimming @ Berenang

Aktiviti terbaru anak saya, Adam. Berenang.. Mak layan aje.. Sibuk ker Mak.. Penat ker Mak.. tolak tepi. Anak nak beraktiviti.. Ye aktiviti yang sihat. Senang kawal sebab tanpa kenderaan menghantar, anak tak boleh sampai. Jadi, Mak kena hantar.. Senang kerja Mak nak monitor.. Tau anak buat apa.. Nampak karektor anak di luar.. Tau dengan sapa anak berkawan..
Bila Mak dah setuju, maka Mak kena modal.. Modal pakaian renang. Swimsuit omputih kata.. Mak rasa tak murah.. Tapi Mak tau, modal sekali saja.. Belikan juga.. Sokong aktiviti anak macam ni lah.. Mak kena buat juga.. Tanggungjawab Mak..


Anak pilih yang anak suka.. Under estimate, Mak ikut aje.. Suruh anak pilih, sengaja mau tau fikiran anak macam mana.. Ye, yang dipilih inilah, Mak pun suka. Pandai anak Mak.


Bersahaja anak melayan jiwa.. Anak gembira.. Mak bahagia.. Segala rasa, segala perkara.. kongsi berdua.. 


Haikal dan Yew Hong apit Adam..


Adam bersama Harith, Yew Hong dan Danish.. Haikal di mana kamu..?

Sayang anak Mama.

*Jam 3 petang Kelas Fardhu Ain.. Mak perlu hantar dan tunggu hingga jam 5 petang..

Yonex Armotec 250 Badminton Racket dan Yonex Ergoshape Shoes

Saya pemain badminton. Percaya tak..?!. Pemainlah sangat..! Mau mencebik kawan-kawan saya sebut 'pemain' haha.. Ini cerita dah lama berlalu. Jaguh saya tak sampai mana pun hihi.. Aktiviti ini sudah tidak menjadi agenda penting. Memenuhi aktiviti anak, atau mudahnya, menjadi driver anak sudah cukup tidak mengizinkan saya beriadah mengikut kesukaan. Pengorbanan juga namanya kan. Pasti yang telah menjadi ibu faham benarlah keadaan ini.
Ini badminton racket dan kasut terakhir kesayangan saya, Yonex Armotec 250 Badminton Racket dan Yonex Ergoshape Shoes.. Sayang wo..! Kadang-kadang merayu anak meminjam hihi.. Saya perlu kedekut beri pinjam pada anak waktu itu sebab saya belum yakin Adam boleh 'menjaga' racket ini. Apatah lagi dibuat tongkat erkkk..! Lagipun saya tidak suka emosi bimbang membelenggu diri saya ketika racket ini tidak di depan mata. Pasal racket saja pun.. Aduh.. Apalah saya ini..


Ahad lalu saya dengan rela hati meminjamkan racket kesayangan ini buat anak tunggal tersayang, Muhammad Adam Lutfi. Saya sudah sedia. Adam telah meyakinkan saya haha.. Namun saya sudah sematkan dalam hati mahu menghadiahkan Adam racket yang baru, tapi bergantung kepada kesungguhannya. Kalau sekadar sebulan hangatnya mmm.. tak payah. Doanya agar saya mampu membelikan racket yang lebih baik dari kepunyaan saya ini. Saya perlu tukar grip yang sudah daif itu.. Tercalar imej limited edition dek grip yang sudah lusuh hik3..


*pssttt! Teringin pulak nak main semula masa dok menunggu hik3.. Aje mak cari team penuhkan dewan hahaha :D

Thursday, October 6, 2011

Sesedap mulut bercakap !!

Saya didatangi kawan lama di depan pejabat petang semalam.. Saya akui sudah lebih lima kali menolak pertemuan dengannya.. Saya gelarkan saja dengan Cik Single.. Seorang IBO sebuah syarikat al-kaafiruun terkemuka..
"Oeya, senang tak 16 haribulan ni?" "Eh! Sorrylah! Aku ada barang nak buat." Jawab saya.
"Kau ni bilalah senang. Manjang tak senang." Saya senggih saja.
"Kau ni takde impian ker?! Takan taknak 'hidup senang'?! Tak fikir masa depan ker?!" Perrgghh..!! Tegak saja dia sound saya.
Sungguh! Saya tak gemar paten Cik Single yang 'takde bahasa'.
"Sorrylah! Anak aku nak exam, start 12 haribulan." Terus terang saya.
"Alah! Habis! Kau sampai bila nak kerja ni?! Kalau kau tak masuk A*****, sampai bila-bilalah 'hidup macam ni'. Aku tak. Aku nak hidup senang lenang. Dengan A***** aku boleh hidup senang lenang."
Sungguh! Saya mulai panas hati. Saya marah! Melampau sungguh fikiran negatif Cik Single terhadap 'hidup' saya. Kalau tidak, takan macam tu sekali dia sebut 'hidup macam ni'..!! Hidup macam mana saya ni..?! Berkerjaya, berumah, berkereta, biaya anak, biaya seluruh keperluan di bahu sendiri.. mana salah saya hidup begini..?! Saya ulang sekali lagi, iye apa yang saya 'ada' sekarang mungkin tak seberapa bagi orang lain, tapi cukup untuk saya dan anak. Sesedap mulut Cik Single bercakap..!
Bercakap macam tak berTuhan! Tak sedar gaknya rezeki dari Allah. Lupa gaknya cari berkat dari rezeki. Ada ker kerana A***** baru boleh hidup senang lenang. Duit dah beraja di hati gaknya!
Saya pinggirkan soal menjaga hati. "Sorry..! Aku nak ambil anak aku." "Apalah! Macam ni je kau potong..?!" Saya biarkan saja Cik Single merungut, membebel entah apa. Geram betul saya! Saya marah! Sebab itu segera saya beredar supaya mulut pemidato saya ini tidak menambah dosa saya.
Saya usaha cari kesenangan dan kemewahan, bezanya cuma 'cara'. Takan seluruh 'luar-dalam' saya nak jaja..?! Takan saya 'mesti percaya' yang syarikat al-kaafiruun saja yang boleh beri rezeki pada saya seperti 'pegangan' Cik Single..?! Huh..!!!
Maaflah Cik Single, anda tidak akan berada didalam senarai jemputan teman-teman bersantai dan majlis saya.  Saya tidak rela emosi ini diganggu sewenang-wenangnya. Saya juga tidak rela keselesaan teman-teman yang saya undang diorak-arik oleh anda.
Sesedap mulut bercakap..! Saya ni bukan budak! Awak tu pun, bukan muda sangat Cik Single oiii..! Akai tarak..! Takde bahasa..!
Bagusnya saya ini, orangnya mampu kawal kemarahan. Tiada istilah orang sebelah kenan tempias. Meski emosi terganggu, terpukul, tersentap, saya adalah pengawal stereng kereta terbaik..! Iyelah! Saya kan nak ambil anak.. Fuh! Gilosss terbaik terapi diri hahahahaha..
Ok..! Sekarang saya mau hantar anak ke Sekolah Agama. Kemudian saya mau enak-enak menikmati Teh C Kosong.. Muahhh..!!

Wednesday, October 5, 2011

Cekodok Tanpa Tepung ?!!

Semalam petang.. sampai rumah dengan confident terus tuju fridge.. Keluarkan udang, kucai, bawang besar.. Ya.. ya.. tujuan utama nak buat cekodok.. saya panggil jemput-jemput sebenarnya.. Kemudian.. cariii punyer cariii.. punyerrr cariii.. Tepung gandum TAKDOK.. lorrr.. Nak bercekodok dengan apa.. Cekodok Tanpa Tepung gitu..?!! Dalam ingatan masih ade sebungkus yang belum dibuka.. tapi.. entahlah!.. Bagitau Adam.. Geleng kepala sambil senggih je dia.. Sedia masyukkk dengan penuh hemah bahan-bahan ku.. errmmm..

AKULAH WANITA API !!!

AKULAH WANITA API!!

Google

Baca sini
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
* psssttt! Item 1 yang takleh blah hahaha.. Please.. please.. please lah jangan nyampah hik3

Follow dan Blog List

Saya telah praktikkan dalam blog sederhana saya ini.. Sesebuah blog yang saya follow akan berada dalam blog list saya.. Jujurnya, kecuali blog politik sepenuhnya..
Sebabnya, saya berusaha untuk singgah, jenggah dan komen mana-mana blog tersebut mengikut kemampuan, kelapangan masa dan bahagia di hati saya.. Saya cuba untuk tidak ketinggalan membaca post terbaru.. Saya tidak mahu kehilangan kalian.. Tapi, andai ada yang mengundurkan diri dari mengikuti blog saya ini, saya memang sedih tapi anda tiada dosa dengan saya dan saya tiada kuasa menahannya..
Tapi saya minta maaf sangat-sangat andai ada follower saya tidak berada dalam blog list saya.. Sebabnya samada saya terlepas pandang kalian telah follow saya atau apabila saya klik profile picture, tiada links kalian untuk membolehkan saya menjengah blog kalian..
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, jengah, komen dan view blog sederhana ini.

Salam kenal dan salam sayang dari saya.

Wasalam.

Monday, October 3, 2011

Children's Day @ Hari Kanak-Kanak

Google

Google


*psssttt!! Mom yang kena beli hadiah untuk kawan-kawan anak tersayang.. Siap pilih tuuu Gundam.. Komik.. Ok lah setahun sekali.. jangan bebel heheh..

Saturday, October 1, 2011

Trifle Custard


Bahagianya saya.. Menerima 'trifle custard' ini.. Baru saja menerimanya dari tangan tuan buatnya sendiri.. Dekat benar rasa sayang ini.. Baru sebentar menikmatinya.. Sungguh nyaman.. Tergambar oleh saya keikhlasan pemberinya.. Bukan kerana 'trifle custard' ini diberikan kepada saya.. tapi 'pemberian' ini tidak diduga oleh saya.. apatah lagi, beliau memberi yang saya suka.. Pada saya, macamana sedap kita menikmati makanan pemberian seseorang, macam tu lah ikhlasnya dia memberi kita.. Mungkin tidak seberapa pada orang lain, tapi ia istimewa pada saya.. Sungguh saya terharu..


Saya pernah menikmati 'cheese tart' nya Ramadhan lalu.. Tapi waktu itu seperti tidak sabar-sabar nak rasa hingga saya terlupa nak ambil gambar.. Berikut hasil tangan kreatif beliau.. Layarilah blog beliau Alam Sari untuk sebarang resepi atau tempahan..

By Alam Sari

Terima kasih membahagiakan saya hari ini Sari Yusa

Segmen: Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita

Segmen lagi..
Meh join sini

Friday, September 30, 2011

Thursday, September 29, 2011

Kakak Ipar nak sumpah saya..

Kak Long Malia.. Kakak ipar tunggal saya setakat ni.. Beliau SMS saya bertanyakan jarak jauh satu sekolah dari rumah Abah.. bakal di post ke sini mungkin.. Ada perkara dan kerja Kak Long belum settle kan sebelum 2 hb Oktober ini..
Untuk tidak menambah kelam kabut dan tekanan pada Kak Long, saya berselorohlah dan ketawa.. Iyelah.. Tak boleh tolong settle, tolong ketawa lorrr.. hik3
Kak Long yang tengah menanggung situasi tu balas "Sabo je la.. Sumpah jadi duit kang" Saya balas semula "Jadi USD taw, takmo RM hahahaha" Kesian Kak Long menahan geram pada saya kui3