Tuesday, June 28, 2011

Black Garlic juga

Yang ni Black Garlic atau Bawang Putih Hitam milik mokcik.. Sebelum post yang pertama tentang ini, belum di capture, jadinya pinjam laa gambar untuk post Black Garlic sebelum ini..


Psssttt!!.. Ada orang memang tak suka bau bawang putih ni kan heheh.. tapikan.. Mokcik lebih rela bau bawang putih dari bau durian.. berdesuppp menusuk idung erkkk!!.. Asal yang kita suka kita kata lebih sedap laa kannn hik3..

Monday, June 27, 2011

Black Garlic

Bawang putih hitam atau black garlic.. Pertama kali mendengar dan mengetahuinya dari Abah dan Wak Leman.. Wak Leman adalah bapa saudara mokcik yang merupakan Abang kepada Abah mokcik.. Mendengarnya biasa saja seperti mokcik berhadapan dengan pengamal 'direct selling' atau 'MLM' atau agen produk tertentu yang biasanya akan 'membaguskan' khasiat sesuatu produk by air lioq pastinya ermmm.. Mokcik tak fokus pada 'perniagaan' yang dijalankan..
Yang mengundang perhatian mokcik ialah khasiat bawang putih hitam tersebut.. Mokcik ni kategori penggemar bawang putih.. Jadi bila dimaklumkan ada 'bawang putih yang hitam'.. mokcik google untuk mencari kepastian setiap persoalan yang menerjah fikiran sendiri..
Andai kalian berhajat mengetahuinya lebih lanjut layari  Black Garlic ni.. atau Wikipedia.. Untuk makluman.. mokcik bukan pengedar tegar bawang tersebut.. pemunya blog ini pun tak suruh mokcik promote bawang dia.. dan lagi mokcik tak dapat apa-apa bayaran pun untuk melakukan post mengenai bawang ni.. Tiada tuduhan atau salah faham hendaknya ye..


Black Garlic blog




Google

Mokcik sudah mulai suka.. Mokcik makan terus pun tekak ini boleh terima heheh.. Mokcik ni 'antoo bawang putih' jadi senang nak layannn hik3.. Semalam untuk sarapan mokcik buat Nasi Goreng dan guna bawang putih hitam ni tanpa bawang lain.. Macam takde beza rasanya.. Rasanya macam bawang putih biasa juga.. bezanya cuma warna dan harga.. tapi.. tak murah laaa.. sehingga bila poket mokcik boleh bertahan dengan harganya tak tau laa kui3..

Abah


 Jumaat lalu balik kampung untuk Abah dan 'Bawang Putih Hitam'.. Bawang mokcik cerita kemudian yerk..
Mokcik rasa lapang hati, gembira dan bersyukur tengok Abah.. Abah sudah kembali 'seperti dulu' dari perubahan setelah kembalinya Mak ke rahmatullah.. Abah sudah kurang menyendiri.. Abah sudah kembali berbual sambil 'loyar buruk' hi3.. Abah juga sudah kembali sibuk dengan 'program' bersama kawan-kawannya.. Rancangan meraikan Abah untuk sambutan Hari Bapa juga perlu ditangguhkan kerana program Abah full.. 
Bila Abah maklumkan "Abah nak pergi ngeteh..".. menambah kelegaan mokcik berkenaan emosi Abah.. Sukar mokcik nak terangkan bagaimana.. yang pasti mokcik lega sangat.. Alhamdulillah.

*psssttt! 'Ngeteh' perkataan sinonim bagi minum teh heheh..

Sunday, June 26, 2011

Sanli Urfa

Izyan Saleha Ibrahim yang mokcik dan keluarga panggil Adek juga hadiahkan mokcik magnet Sanli Urfa.. Cantekkk.. Balik terus lekapkan di pintu fridge.. Ni dia..




Sanliurfa, the Turkish city of prophets, lies about 180 Km west of Kiziltepe, in the southern Anatolian region. The city has a great religious importance. According to both the Bible and the Quran, the city is the birthplace of Abraham, before he migrated to perhaps a rare city that had been honoured prophets like – Jethro, Job, Elijah and Abraham. Sanliurfa was known as Edessa in ancient times. The city also was the home of Moses, who lived in this region for seven years before returning to Egypt. The place also showcases fusion architectural marvels.

Bianca Fine Chocolate and L'etoile

Dari anak saudara yang pulang sebentar ke Malaysia seperti cerita mokcik di sini.. Izyan Saleha Ibrahim ni akan mula praktikal dalam bidang kedoktoran di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru bermula esok 27 June 2011.. Anak ini hadiahkan kepada mokcik yang berikut ini.. Sayanggg Adek.. Jom jenggah..


Honey Madu


Ini madu pilihan mokcik.. Sesudu setiap pagi selepas bangun tidur dan jujurnya sebelum gosok gigi.. Segar bugar mata heheh.. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Benalla Hills Organic Raw Honey sila klik Country Farm Organics  dan Sweet Meadow Manuka Honey klik NZ Honey Kekadang mokcik pilih juga Fern Hills Organic Honey..

Google

Selain minum madu ni.. Mokcik akan dapatkan jus buah sebelum keluar rumah.. Kemudian kismis diikuti potongan epal sambil memandu.. Ni aktiviti isi perut sebelum sarapan jam 8 pagi.. Baru pekena Teh C + Roti bakar/steam margerin+kaya + Yam cake..

Thursday, June 23, 2011

Matahari

Matahari ni pulak mengundang perhatian Mokcik..





Bulan Dan Awan

Bulan dan awan yang mengundang perhatian anak ku Adam.. Capture image tersebut ketika dalam perjalanan ke sekolah waktu pagi.. Natural.. Mokcik suka..









Ketam Black Paper

Ketam Masak Lada Hitam

M'Dik yang menikmatinya di Senibong dengan rakan.. Sebelum tu puas dia 'jack' Mokcik suruh try wat 'Ketam Masak Lemak Cili Padi' kui3.. Abihhh camner laa Mokcik nak tunaikan.. Bertaon dah tak masak lemak deiii.. Dah letih gaknya menge'jack' takde hasil.. Dia usahakan sendiri hik3.. Siannn M'Dik..

Ni dia M'Dik..

Salmon Sayur


Bahan-bahan: Salmon, Kucai, Lobak Merah, Goji, Tauhu Pok, Bawang Hijau/India, Bawang Putih, Garam, Minyak Masak.

Cara-cara: Stim salmon 4 minit dan ketepikan. Tumis bawang hijau/India dengan bawang putih hingga kekuningan. Masukan lobak merah dan kucai dan kacau sebentar. Kemudian masukan tauhu pok diikuti salmon dan goji. Masukan garam secukup rasa, kacau dan siap dihidang.

Wednesday, June 22, 2011

Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)


Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)

Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Program ini akan berlangsung di Persada Johor pada 23 Jun 2011 sehingga 26 Jun 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK  (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim)

Tuesday, May 31, 2011

Global Penpower Jr.

Berkongsi gembira anak mokcik Muhammad Adam Lutfi bila dapat hadiah idamannya.. Lebih bahagia mokcik ini bila dapat melihat kegembiraan Adam.. Melihat insan kesayangan gembira, bahagia kannn.. Sengih memanjanggg Adam.. Sebenarnya ni barang idaman Adam yang menambah kegembiraan sambutan Hari Lahir ke-10 tahun ini..
Mokcik kongsikan disini juga sebagai rujukan kepada kalian yang menghantar anak-anak ke sekolah 'Jenis Kebangsaan'.. SJK (C)... 



Global Penpower Jr. diberi nama.. Asian Handwriting Recognition System.. Super accurate Chinese/Japanese/English handwriting.. Convenient conversion between simplified and traditional Chinese.. Fourteen beautiful traditional and simplified Chinese fonts.. Bidirectional English and Chinese translation..
More details rerajin ler google eikkk.. mokcik share sikit.. Bertahun dah dia kecek kat mokcik heheh..

Monday, May 30, 2011

Nike Dance Shoes for Zumba Fitness

Google

Google

Nike Musique IV
or
Nike Musique VII SL

Zumba Fitness
 
New hobbies yeahhh!!