Matahari ni pulak mengundang perhatian Mokcik..
Thursday, June 23, 2011
Bulan Dan Awan
Bulan dan awan yang mengundang perhatian anak ku Adam.. Capture image tersebut ketika dalam perjalanan ke sekolah waktu pagi.. Natural.. Mokcik suka..
Ketam Black Paper
![]() |
| Ketam Masak Lada Hitam |
M'Dik yang menikmatinya di Senibong dengan rakan.. Sebelum tu puas dia 'jack' Mokcik suruh try wat 'Ketam Masak Lemak Cili Padi' kui3.. Abihhh camner laa Mokcik nak tunaikan.. Bertaon dah tak masak lemak deiii.. Dah letih gaknya menge'jack' takde hasil.. Dia usahakan sendiri hik3.. Siannn M'Dik..
![]() |
| Ni dia M'Dik.. |
Salmon Sayur
Bahan-bahan: Salmon, Kucai, Lobak Merah, Goji, Tauhu Pok, Bawang Hijau/India, Bawang Putih, Garam, Minyak Masak.
Cara-cara: Stim salmon 4 minit dan ketepikan. Tumis bawang hijau/India dengan bawang putih hingga kekuningan. Masukan lobak merah dan kucai dan kacau sebentar. Kemudian masukan tauhu pok diikuti salmon dan goji. Masukan garam secukup rasa, kacau dan siap dihidang.
Wednesday, June 22, 2011
Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)
Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2011)
Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.
Program ini akan berlangsung di Persada Johor pada 23 Jun 2011 sehingga 26 Jun 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim)
Monday, June 20, 2011
Friday, June 3, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Global Penpower Jr.
Berkongsi gembira anak mokcik Muhammad Adam Lutfi bila dapat hadiah idamannya.. Lebih bahagia mokcik ini bila dapat melihat kegembiraan Adam.. Melihat insan kesayangan gembira, bahagia kannn.. Sengih memanjanggg Adam.. Sebenarnya ni barang idaman Adam yang menambah kegembiraan sambutan Hari Lahir ke-10 tahun ini..
Mokcik kongsikan disini juga sebagai rujukan kepada kalian yang menghantar anak-anak ke sekolah 'Jenis Kebangsaan'.. SJK (C)...
Global Penpower Jr. diberi nama.. Asian Handwriting Recognition System.. Super accurate Chinese/Japanese/English handwriting.. Convenient conversion between simplified and traditional Chinese.. Fourteen beautiful traditional and simplified Chinese fonts.. Bidirectional English and Chinese translation..
More details rerajin ler google eikkk.. mokcik share sikit.. Bertahun dah dia kecek kat mokcik heheh..
Monday, May 30, 2011
**! Keep the sea clean !**
Kalau kat Malaysia atau seluruh dunia ni..
benar-benar terjadi seperti ni.. huh!!..
Ibarat dapat 'bayaran cash' kannn..
Renunggg renunggg kannn..
dan
Selamat beramal..
COACH Collections
Don't miss it..
Special savings on special collections..
Madison, Puppy or Audrey collections..
Special savings on special collections..
Madison, Puppy or Audrey collections..
Madison for me.. uuuhhh!!..
Details visit COACH Malaysia
Sunday, May 29, 2011
Birthday Adam
Assalamualaikum. Sihat hendaknya semuanya ye.. Mokcik baik-baik ajaaa.. Hanya yang terbaik untuk kalian mokcik doakan, Amin.
29 Mei 2001 lalu.. jam 10.43 pagi.. mokcik selamat melahirkan seorang bayi sihat dan tembam seberat 3.18kg di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru..
Dan pagi ini 29 Mei 2011.. setelah sepuluh tahun berlalu.. Anak mokcik yang diberi nama Muhammad Adam Lutfi menyambut kelahirannya yang ke-10 tahun.. Anak tunggal yang 'segalanya' untuk mokcik..
Sebentar tadi dia menyambut kelahirannya bersama kawan-kawan yang menurut Ustazah lebih kurang 60 orang di Kelas Fardhu Ain.. Alhamdulillah..
Hidangan Mee goreng dan Mihun Goreng bersama sambal tumis.. Karipap.. Apam Sambal.. Kuih Lapis.. Nugget.. Tembikai dan minuman F&N Oren mengiringi Kek bertema Panda.. Asalnya Kek Transformers menjadi pilihan mokcik.. apakan daya.. masa kek itu boleh diambil tidak menepati masa mokcik.. "Bersyukur Mama" kata Adam.. Alhamdulillah..
Hidangan tersebut seluruhnya mokcik order dari Kak Yah.. Kak Yah yang sudah acap kali menyiapkan hidangan untuk sebarang majlis mokcik.. Tak sempat capture tadi.. Mokcik tengok bebudak ramai cenggitu udah fenin hik3.. Semua hidangan diuruskan oleh Ustazah-ustazah dengan bantuan murid-murid.. Mokcik dengan Mak Dek tengok ajaaa..
Disini mokcik kongsikan sedikit sambutan ringkas yang baru saja berlalu..
![]() | ||
| Kawan-kawan Adam iaitu sebahagian pelajar yang hadir |
![]() |
| Disebelah kanan Ustazah Fauziah dan Ustazah Masitah di sebelah kiri Adam |
Yang manisnya juga untuk Adam tahun ini.. Pada hari Khamis iaitu 26 Mei 2011 lalu.. 3 hari sebelum sambutan Hari Lahir nya.. mokcik menerima 'SMS'.. yang menjadi HAK ADAM sudah mulai diberi.. meski bukan seperti dijanji.. Minggu hadapan baru mokcik akan 'pastikan' benarnya kandungan SMS tersebut.. Mokcik mohon yang terbaik dunia dan akhirat untuk Adam..
Tanggungjawab dan kasih sayang.. hadiah yang setiap hari Mama beri pada Adam..
Saturday, May 14, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Roti jala dan Kari ayam
Sungguh!!.. Sungguh!!.. sungguh mokcik tak buat hidangan ni.. heheh.. mokcik order dari kawan untuk Azie dan Imas.. mokcik order dengan Kak Sal.. terima kasih ye kak.. len kali order lagi.. Kak Yah takde Kak Sal ade heheh..
![]() |
| Menarik!! Tertarikkk!! |

Kecurrr takk??!!.. Sedappp tawww!!.. Puas makannn!!..
Chicken Drummet
Selain tu untuk Azie dan Imas mokcik dengan baki lemahlembut yang ade telah menjodohkan Farm's Best Chicken Drummet dengan Nasi goreng.. hik3.. Menghasilkannya hanya perlu beli, baca arahan, ikut dan siap.. ngeee..
Uuiiihhh.. lama betol mokcik tak beli.. makan taon lama nyerrr.. criusss.. bukan ape.. dak Adam ade tonsil.. jadi tak boleh kerap hidangkan makanan yang bersekutu dengan nih.. siankan dia..
Subscribe to:
Posts (Atom)
























