Wednesday, May 4, 2011

Roti jala dan Kari ayam

Sungguh!!.. Sungguh!!.. sungguh mokcik tak buat hidangan ni.. heheh.. mokcik order dari kawan untuk Azie dan Imas.. mokcik order dengan Kak Sal.. terima kasih ye kak.. len kali order lagi.. Kak Yah takde Kak Sal ade heheh..


Menarik!! Tertarikkk!!



 

 

Kecurrr takk??!!.. Sedappp tawww!!.. Puas makannn!!..

Chicken Drummet

Selain tu untuk Azie dan Imas mokcik dengan baki lemahlembut yang ade telah menjodohkan Farm's Best Chicken Drummet dengan Nasi goreng.. hik3.. Menghasilkannya hanya perlu beli, baca arahan, ikut dan siap.. ngeee..


Uuiiihhh.. lama betol mokcik tak beli.. makan taon lama nyerrr.. criusss.. bukan ape.. dak Adam ade tonsil.. jadi tak boleh kerap hidangkan makanan yang bersekutu dengan nih.. siankan dia..

Macaroni Salad

Lagi persembahan mokcik iaitu macaroni salad.. bahan dan caranya klik sini untuk Azie dan Imas.. Apa yang ade lah kannn..

 

Cepat rase kenyang makan ni.. tapi.. jap lagiii.. nafsu lapar kembali.. kui3

Nasi Goreng

Nasi goreng simple yang amat mokcik hidangkan untuk Azie dan Imas tempohari.. Biasalah mokcik ni kannn.. heheh..


Bahan: Nasi (ecobrown), isi ketam, sosej, kacang buncis, kobis, lobak merah, bawang hijau, bawang putih, garam dan minyak masak

Cara: Tumis bawang hijau dan bawang putih hingga kekuningan. Sambil tu celur isi ketam dan sosej 5 minit. Kemudian masukan sayur dan kacau. Diikuti nasi dan garam secukupnya. Senang kannn..

Tuesday, May 3, 2011

Azie dan Imas

Menerima kunjungan Azie dan Imas semalam.. Besar rasa hati bila ada kawan-kawan nak datang rumah kan.. Mokcik yang tak berapa mahir silat di dapur diterima seadanya oleh mereka.. terima rela atau terpaksa tak tau laaa hik3.. Alaaa.. melayari hari-hari separa bujang seperti mokcik nih biasa laaa kui3..

Perbualan pelbagai topik.. hilai ketawa makcik-makcik kalau dah jumpe ki3.. Jenggah sat ketika mereka menjamu mata dan selera..


Hidangan ringkas je mokcik jamu mereka.. Nasi goreng.. Makaroni Salad.. Drummet goreng.. Roti jala dengan kari ayam.. dan.. Old Town White Coffee..
Choooooppp!!.. Bukan semua mokcik masak tawww!! Dilain post mokcik ceta k..


Baby Nisa pon dibawa berkunjung oleh Mummy nyerr.. Comeyyy tolll.. 

Maaf dari Oeya ye sekiranya ada kesilapan tika melayani kalian.. Dilain masa jemput datang lagi.. Sesape sudi nak datang uma mokcik roger dulu ye :)

*pssssstttttt!!! Zie.. "Uma macam surau!".. wahahahahaha :D

Perkahwinan 1Malaysia

Mokcik menghadiri Majlis persandingan anak saudara 13 hb Mac 2011 lalu di Ledang, Johor. Meraikan Nur'asyikin Binti Ahmad dengan Muhammad Adam Chiew Bin Abdullah. Masa menghadirinya mokcik ade juge bergambar dengan pengantin.. Tak tahu pulak kegembiraan tersebut dikongsikan pada umum.. Sehinggalah di e-mail oleh pengantin sendiri kepada mokcik.. Wahhh meriahh gitu.. Beberapa keping foto mokcik kongsikan di sini ye..




Berita mengenai perkahwinan mereka dikongsikan di akhbar Sinar Harian keluaran Selasa bertarikh 22 hb Mac 2011..



Doa mokcik agar diberikan kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengunjung ke 888888 blog Kak Ina KL

Assalamualaikum
Mari tuan puan dengar ini cerita
heheh!!..
Singgah jenggah blog Kak Ina KL ye!!




Wa ho mau tulu seleta ini pengunjung ke 888888 wo!
Sume olang aaaaaaaa mali tulu seleta wokey!
Haliah ale.. tapi aaa itu Kak Ina ho bulum kasi tau!
Wa ho tak mau kesa itu ape haliah!
Wa lapat ho sula! Wa tatak kesa ma!
Mali! Mali!

Saturday, April 30, 2011

Celery And Apple Juice

Jus epal hijau bersama seleri.. buat lagi jus nih malam tadi.. sepokok / sebungkus seleri bersama lima biji epal hijau.. Pokcik juicer tolong mokcik eaaa.. ni tengah rajin heheh..


Hati dan perasaan mokcik ni masih tak seronok sungguh bila timbang berat sendiri huh!!.. Usaha tanpa jemu.. insya'ALLAH..
 
 

Kerabu?!.. Rojak?!.. ye!.. ye! O! je mokcik kui3.. takde laaa.. maner mokcik reti.. mokcik potong-potong epal hijau dengan nenas dan tambahkan kismis.. dan makan camtu je.. tak tambah ape-ape ponnn.. layannn..

Friday, April 29, 2011

Aibaks dan Sweet N Lovely

By aibaks blog

By Sweet N Lovely blog
  Apa khabar ye Aibaks dan Sweet n lovely..  
Sepi je blog mereka..
Atau Umi Sweet N Lovely sudah selamat melahirkan seorang baby comel?!..
Mokcik nantikan post terbaru dari kalian.. yang manisss.. yang comeyyy.. ye!..
Moga segalanya baik-baik aja kalian sekeluarga..
Amin

Imas

Dimajlis Maulidur Rasul semalam, mokcik jumpa semula dengan Imas.. Kira 'geng amik anak Sek Agama' gitew hi3.. Imas dah ade baby girl.. comeyyy.. montelll.. tembammm.. gerammm.. putih melepak.. iyelah kan baby kacuk ni hi3..
Baby girl diberi nama Nourannissa Hafidzah Ter.. Mokcik pernah post tentang Imas Bakso Imas  tahun lalu.. Inilah Imas dan baby..


Cam tau jerk baby ni kita capture dia kannn..


Besauuu mata baby.. bulattt..

By Azie

Comelll kannn..

By Imas

Cayanggg Mama O soranggg lagiii..

Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul di Sek Agama Taman Johor Jaya telah berlangsung semalam.. Alhamdulillah.. Mokcik turut hadir.. Majlis dimulakan dengan perarakan..


Persediaan sebelum memulakan perarakan.. Guru-guru mengatur pelajar..


Ni anak mokcik Adam.. psssttt!! mokcik cuti atas arahan Adam..


Meriah! Sukerr Adam!..


Senggeh memanjanggg!.. Selawat! Selawat!..

Tahniah untuk semua Ustaz dan Ustazah serta seluruh warga di Sek Agama Taman Johor Jaya dengan pengajuran majlis ini..

Epal Hijau @ Green Apple

Memang sedap makan epal kan.. Disamping tu ada khasiat yang kita perolehi.. Mokcik sesebok menggoogle tentang epal pagi ni.. Kerana mokcik sedang menghadapai satu masalah.. Masalah 'mendapatkan berat badan ideal'..
Gerak tumpu menurunkan berat badan sejak Februari lalu.. GAGAL!.. huk3.. Camno?!.  BMI = Overweight.. Bodyfat = Normal.. dan.. Body Water = Above.. Jawapan yang pasti Fitness Program Recommended.. Mengaku tidak melakukan senaman.. sekadar regangan waktu bangun tidur.. ermmmmmm.. 
Mokcik tak bermaksud yang makan epal hijau ni dapat selesaikan masalah mokcik.. tapi sebab nak ingatkan kembali khasiat epal hijau + seleri yang mokcik amalkan.. sesuatu yang jadi amalan harian atau mingguan buat mokcik lupa khasiatnya dan kenapa mokcik amalkannya.. wokey..
Dalam Saji Online dapat info ni dan mokcik share juge untuk semua..

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

~ Untuk ayat ni "Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya." ..
Yang ni mokcik biasanya tak buat.. sebab mokcik bimbang sedikit.. sebab mokcik terbayangkan semburan racun serangga yang melekat kat kulit buah tu.. bukan mesti laa.. dah mokcik tak nampak.. mokcik bimbang aje ye.. pilihan ditangan kita kan.. terserah pada individu ye..

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Mangga FAMA Negeri Johor



Dimaklumkan Pihak FAMA Negeri Johor akan menganjurkan Pesta Mangga pada 27 hingga 30 April 2011 bertempat di Tapak Pasar Tani Datin Halimah bermula jam 4.00 ptg hingga 9.00 malam.

Antara komoditi buah-buahan yang akan dijual adalah seperti mangga sala, durian muosang king, durian D24, durian IOI , malay apple, king guava dan lain-lain.

Kualiti terjamin, harga istimewa dan segar dari ladang.

Marilah beramai-ramai mengunjungi Pesta Mangga diatas. Jumpa di sana......dan tolonglah hebah-hebahkan.

Makanlah Buah-buahan tempatan.Pilihan tepat dan berkhasiat.

Terima kasih. 

Mohd Sharizan B. Mansor

Pejabat FAMA Negeri Johor

Kedai OEYA di China

Sesebok menggoogle.. terpandang pulak images nih.. Details tentang kedai ni mokcik tak brape tau la yerk.. Amboiii.. doanya future dapatlah mokcik ade kedai camni, Amin. Bukan mesti kedai pakaian kan.. ape-ape kedai la eikk.. Ni kat Xingsha Quantang, China..

Google

Tapiii.. kalau pon mokcik bukak kedai.. letak signboard OEYA?!!.. mmm.. tak kottt.. heheh.. ;)

Malia Ghazale

Ni bakal kakak ipar mokcik.. Beliau bertunang dengan abang mokcik pada 27 hb Feb 2010.. Bulan Jun 2011 ni mereka akan melangsungkan perkahwinan, Amin. 
Hari ni 27 hb April adalah Hari Lahir beliau.. Happy birthday Kak Long :)

Kak Long di hari Pertunangan

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan Kak Long Malia..
ALLAH selamatkan kamu..