Tuesday, May 3, 2011

Azie dan Imas

Menerima kunjungan Azie dan Imas semalam.. Besar rasa hati bila ada kawan-kawan nak datang rumah kan.. Mokcik yang tak berapa mahir silat di dapur diterima seadanya oleh mereka.. terima rela atau terpaksa tak tau laaa hik3.. Alaaa.. melayari hari-hari separa bujang seperti mokcik nih biasa laaa kui3..

Perbualan pelbagai topik.. hilai ketawa makcik-makcik kalau dah jumpe ki3.. Jenggah sat ketika mereka menjamu mata dan selera..


Hidangan ringkas je mokcik jamu mereka.. Nasi goreng.. Makaroni Salad.. Drummet goreng.. Roti jala dengan kari ayam.. dan.. Old Town White Coffee..
Choooooppp!!.. Bukan semua mokcik masak tawww!! Dilain post mokcik ceta k..


Baby Nisa pon dibawa berkunjung oleh Mummy nyerr.. Comeyyy tolll.. 

Maaf dari Oeya ye sekiranya ada kesilapan tika melayani kalian.. Dilain masa jemput datang lagi.. Sesape sudi nak datang uma mokcik roger dulu ye :)

*pssssstttttt!!! Zie.. "Uma macam surau!".. wahahahahaha :D

Perkahwinan 1Malaysia

Mokcik menghadiri Majlis persandingan anak saudara 13 hb Mac 2011 lalu di Ledang, Johor. Meraikan Nur'asyikin Binti Ahmad dengan Muhammad Adam Chiew Bin Abdullah. Masa menghadirinya mokcik ade juge bergambar dengan pengantin.. Tak tahu pulak kegembiraan tersebut dikongsikan pada umum.. Sehinggalah di e-mail oleh pengantin sendiri kepada mokcik.. Wahhh meriahh gitu.. Beberapa keping foto mokcik kongsikan di sini ye..




Berita mengenai perkahwinan mereka dikongsikan di akhbar Sinar Harian keluaran Selasa bertarikh 22 hb Mac 2011..



Doa mokcik agar diberikan kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengunjung ke 888888 blog Kak Ina KL

Assalamualaikum
Mari tuan puan dengar ini cerita
heheh!!..
Singgah jenggah blog Kak Ina KL ye!!




Wa ho mau tulu seleta ini pengunjung ke 888888 wo!
Sume olang aaaaaaaa mali tulu seleta wokey!
Haliah ale.. tapi aaa itu Kak Ina ho bulum kasi tau!
Wa ho tak mau kesa itu ape haliah!
Wa lapat ho sula! Wa tatak kesa ma!
Mali! Mali!

Saturday, April 30, 2011

Celery And Apple Juice

Jus epal hijau bersama seleri.. buat lagi jus nih malam tadi.. sepokok / sebungkus seleri bersama lima biji epal hijau.. Pokcik juicer tolong mokcik eaaa.. ni tengah rajin heheh..


Hati dan perasaan mokcik ni masih tak seronok sungguh bila timbang berat sendiri huh!!.. Usaha tanpa jemu.. insya'ALLAH..
 
 

Kerabu?!.. Rojak?!.. ye!.. ye! O! je mokcik kui3.. takde laaa.. maner mokcik reti.. mokcik potong-potong epal hijau dengan nenas dan tambahkan kismis.. dan makan camtu je.. tak tambah ape-ape ponnn.. layannn..

Friday, April 29, 2011

Aibaks dan Sweet N Lovely

By aibaks blog

By Sweet N Lovely blog
  Apa khabar ye Aibaks dan Sweet n lovely..  
Sepi je blog mereka..
Atau Umi Sweet N Lovely sudah selamat melahirkan seorang baby comel?!..
Mokcik nantikan post terbaru dari kalian.. yang manisss.. yang comeyyy.. ye!..
Moga segalanya baik-baik aja kalian sekeluarga..
Amin

Imas

Dimajlis Maulidur Rasul semalam, mokcik jumpa semula dengan Imas.. Kira 'geng amik anak Sek Agama' gitew hi3.. Imas dah ade baby girl.. comeyyy.. montelll.. tembammm.. gerammm.. putih melepak.. iyelah kan baby kacuk ni hi3..
Baby girl diberi nama Nourannissa Hafidzah Ter.. Mokcik pernah post tentang Imas Bakso Imas  tahun lalu.. Inilah Imas dan baby..


Cam tau jerk baby ni kita capture dia kannn..


Besauuu mata baby.. bulattt..

By Azie

Comelll kannn..

By Imas

Cayanggg Mama O soranggg lagiii..

Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul di Sek Agama Taman Johor Jaya telah berlangsung semalam.. Alhamdulillah.. Mokcik turut hadir.. Majlis dimulakan dengan perarakan..


Persediaan sebelum memulakan perarakan.. Guru-guru mengatur pelajar..


Ni anak mokcik Adam.. psssttt!! mokcik cuti atas arahan Adam..


Meriah! Sukerr Adam!..


Senggeh memanjanggg!.. Selawat! Selawat!..

Tahniah untuk semua Ustaz dan Ustazah serta seluruh warga di Sek Agama Taman Johor Jaya dengan pengajuran majlis ini..

Epal Hijau @ Green Apple

Memang sedap makan epal kan.. Disamping tu ada khasiat yang kita perolehi.. Mokcik sesebok menggoogle tentang epal pagi ni.. Kerana mokcik sedang menghadapai satu masalah.. Masalah 'mendapatkan berat badan ideal'..
Gerak tumpu menurunkan berat badan sejak Februari lalu.. GAGAL!.. huk3.. Camno?!.  BMI = Overweight.. Bodyfat = Normal.. dan.. Body Water = Above.. Jawapan yang pasti Fitness Program Recommended.. Mengaku tidak melakukan senaman.. sekadar regangan waktu bangun tidur.. ermmmmmm.. 
Mokcik tak bermaksud yang makan epal hijau ni dapat selesaikan masalah mokcik.. tapi sebab nak ingatkan kembali khasiat epal hijau + seleri yang mokcik amalkan.. sesuatu yang jadi amalan harian atau mingguan buat mokcik lupa khasiatnya dan kenapa mokcik amalkannya.. wokey..
Dalam Saji Online dapat info ni dan mokcik share juge untuk semua..

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

~ Untuk ayat ni "Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya." ..
Yang ni mokcik biasanya tak buat.. sebab mokcik bimbang sedikit.. sebab mokcik terbayangkan semburan racun serangga yang melekat kat kulit buah tu.. bukan mesti laa.. dah mokcik tak nampak.. mokcik bimbang aje ye.. pilihan ditangan kita kan.. terserah pada individu ye..

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Mangga FAMA Negeri Johor



Dimaklumkan Pihak FAMA Negeri Johor akan menganjurkan Pesta Mangga pada 27 hingga 30 April 2011 bertempat di Tapak Pasar Tani Datin Halimah bermula jam 4.00 ptg hingga 9.00 malam.

Antara komoditi buah-buahan yang akan dijual adalah seperti mangga sala, durian muosang king, durian D24, durian IOI , malay apple, king guava dan lain-lain.

Kualiti terjamin, harga istimewa dan segar dari ladang.

Marilah beramai-ramai mengunjungi Pesta Mangga diatas. Jumpa di sana......dan tolonglah hebah-hebahkan.

Makanlah Buah-buahan tempatan.Pilihan tepat dan berkhasiat.

Terima kasih. 

Mohd Sharizan B. Mansor

Pejabat FAMA Negeri Johor

Kedai OEYA di China

Sesebok menggoogle.. terpandang pulak images nih.. Details tentang kedai ni mokcik tak brape tau la yerk.. Amboiii.. doanya future dapatlah mokcik ade kedai camni, Amin. Bukan mesti kedai pakaian kan.. ape-ape kedai la eikk.. Ni kat Xingsha Quantang, China..

Google

Tapiii.. kalau pon mokcik bukak kedai.. letak signboard OEYA?!!.. mmm.. tak kottt.. heheh.. ;)

Malia Ghazale

Ni bakal kakak ipar mokcik.. Beliau bertunang dengan abang mokcik pada 27 hb Feb 2010.. Bulan Jun 2011 ni mereka akan melangsungkan perkahwinan, Amin. 
Hari ni 27 hb April adalah Hari Lahir beliau.. Happy birthday Kak Long :)

Kak Long di hari Pertunangan

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan Kak Long Malia..
ALLAH selamatkan kamu..

Monday, April 25, 2011

Name tag

Dah lama tak sekolah.. Dah jadik Mak Orang pon.. Bila dapat pakai name tag camni.. STUDENT eaaa..  jangan mare.. bangga weiii.. hik3.. Cam balik budak.. huhu.. Kalau dengan kengkawan seangkatan yang sekepala sejiwa seraga.. kerek weiii!!!.. "Ko ade?!!".. hik3.. Saje je.. Layannn..


Yang bintang besau tu idak ler derrr.. nak mention gitew.. ahaks!.. Ni mokcik mase ALUMNI SDJ gak.. Best wo!.. Ex-SDJ bila mau bergader-gader?!!.. Roger mokcik eikkk!..

Psssstttt!!! Indera Putera.. I'm Oeya CINWA.. and.. I'm SWEET POTATO.. wahahahahahahahahahahaha :D 

SDJ Jubli Emas 50th Anniversary Gala Dinner

Google

Ni pon satu lagi cerita yang mokcik lewat kongsikan di sini.. Pon gara-gara skodeng blog Indera Putera..
19 hb Feb 2011 lalu mokcik menghadirkan diri ke majlis SDJ Jubli Emas 50th Anniversary Gala Dinner yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA JOHOR..
D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis ini..
Antara bekas-bekas pelajar SDJ yang kini bergelar artis dan hadir pada majlis tersebut ialah Amy Search, Ijam Medicine dan Awang BPR.. Mokcik pulak semeja bersama rakan-rakan gadis Melayu.. cewahhh!..
Memang taw!.. bila dah berbelas-belas taon tak jumpe.. macam tak cukup ari nak borak.. perubahan fizikal kompom laaa ketara.. lagi.. yang dulu bak 'lagenda budak setan'.. ade yang jadi Mejar.. pramugara.. memacam laaa owg 'ada-ada' diaorg jadik.. Alhamdulillah.. Sempat collect contact number laa kannn.. Moga akan terus berhubungan..
Indera Putera ceritakan di blog beliau di Satu lagi kenangan terindah.. Kami pernah belajar di sekolah yang sama.. tahun saja yang berbeza..


By Indera Putera

By Indera Putera

Kalau tengok di Facebook.. lebih lagi meriah.. iye la.. memasing nak mengabadikan kenangan.. mase tu la.. "eh! ni si anu kan..".. "laaa kita satu sekolah ghuper nyerr..".. dan memacam lagi lah.. 
Moga bertemu lagi.. Sayang semua.. Jafarian & Jafarina..

Percutian ke Bandung


Tak cerita pulak sebelom ni tentang mokcik mengikuti rombongan Cek Kiah ke Bandung, Indonesia heheh.. Kira cerita basi kot nih.. alahh tak kesah lah.. Ni pon teringat sebab skodeng blog Indera Putera heheh.. 
Kalau i buat tittle "Oh Oeya dan Indera Putera bercuti di Bandung" Wah!!! Luar biasa!! Bisa aktif kembali Tangkuban Parahu!! Gempakkk segenap SDJ weiii!!! wahahahaha!!..
Tengok ni!.. Sama kan?!!..





Tak sangka sama pulak dengan Indera Putera yang diceritakan dalam blog beliau mengenai percutian tersebut di sini.. Memang biasa berlaku perkara yang tak diduga kan.. Masa mengikutinya dan rombongan saja yang berbeza.. Rombongan sekolah ade tak eikk wat sampai ke Bandung heheh..

Sunday, April 24, 2011

Meminta dan memberi maaf



Kata-kata dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Google
 Meminta dan memberi maaf.. jangan tunggu raya..
Meminta dan memberi maaf.. buat tiap-tiap hari..
Meminta dan memberi maaf.. sebelum tidur..

Google

Dengan ibubapa.. 
Dengan pasangan..
Dengan anak-anak..
Dengan adik beradik..
Dengan sahabat handai..
Dengan jiran-jiran..
dan
Dengan saudara seagama..

~Mudah-mudahan kita semua berusaha dan berjaya melakukan, Amin.~