Saturday, April 23, 2011

Seaweed Noodle


Mokcik gemar gak dengan seaweed noodle.. Yang mokcik biase beli camni..


Dan mokcik ade post Seaweed Wheat Noodle dan  Seaweed Wheat Noodle lagi.  Hari ni dalam Kosmo ade juge cerita berkenaan dan mokcik share kan disini ye..

Mi sayur rumpai laut Sabah


PATRICIA menunjukkan produk mi sayur rumpai laut hasil penyelidikan saintis UMS.


MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.
Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.
“Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja,” kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.
Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.
“Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi,” katanya.


GREEN CAULERPA LENTILLIFERA salah satu jenis rumpai laut yang digunakan dalam menghasilkan mi sayur.


Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega-3 sebagai asid lemak yang penting boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah.
Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
Pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.
“Antioksida seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas,” demikian menurut Matanjun. – Bernama

Thursday, April 21, 2011

Macaroni Salad

Amboiii.. omputeh lagik!!.. ye! ye! O!!.. Meh la layan mata dengan hidangan tak agak-agak mokcik nih huhu.. takdelah.. layan menu orang simple cam mokcik eik.. ringkas, mudah dan sedap..
Untuk menghasilkannya mokcik sediakan semangkuk makaroni, semangkuk isi jagung, 3 biji telur, mayonis, garam dan lada sulah.

Semangkuk makaroni sebelum direbus

Semangkuk makaroni setelah 11 minit direbus
Semangkuk isi jagung perlu direbus 10 minit

Telur yang telah direbus potong begini

Caranya: Satukan semua bahan yang telah direbus dengan tambahkan mayonis, garam dan lada sulah secukupnya. Kemudian gaulkan. Maka hasilnya beginilah..

Celery And Apple Juice

Amboiii.. omputeh sungguhhh!!.. hik3.. mokcik kalau minum waktu pagi ketika perut kosong yakni sebelom sarap.. dan sekali lagi petang sebelom makan malam.. tapi kalau tengah memandu balik nyambil menyuap roti bun tembam.. mokcik tak minum ler heheh..
Dalam pengetahuan limit mokcik ni.. kalau orang yang tekanan darahnya rendah.. tak digalakan minum banyak.. ukuran sikit atau banyak nyer tak dapatlah mokcik nak pastikan.. mahap ye..
Kali ni mokcik blend sebungkus seleri dengan 5 biji epal hijau atas bantuan pokcik Juicer.. dapatlah lebihkurang 1.5 liter atau 5 mug gitu..


Ni bukan mug eikk.. ni pembantu pokcik juicer.. sebab tu besau.. hik3.. mokcik sejukan dulu sblom minum.. baru beshh.. mokcik tak minat letak ais ketul minum ni sebab pure fresh nyerr tergugat hi3.. alahhh memasing laa kann.. jom minummm..

Bubur Jagung Dan Sagu.. huru-hara!!

Mokcik ni memandai ler nak wat Bubur Jagung dengan Sagu.. waaaaaa cam selera je kannn.. ahak! ahak!.. tapi mahap laaa.. tak jadikkk!!.. huh! hampehh.. dia punyer 'rasa'..kelaut!!.. erkkk!!.. jagung nyer pulak kerasss lagikk!.. terlampau pekat pon iye.. wahahaha.. oleh kerana tak mampu dek tekak mokcik ni nak melayan 'rasa' bubur yang huru-hara.. sedekah lah ia oleh mokcik ke bumi.. ermmm..
 

Len kali mokcik akan usahakan ia menjadi eikkk.. ari nak buat dah tau.. taon nyer lom tau.. bebila lahh nanti mase emosi balance heheh..

Undian telah ditutup..


 
Sebelum ni mokcik mengajak kalian
dan sekarang undian telah ditutup..
Moga kemenangan menyebelahi Sukur
Amin

Sunday, April 17, 2011

Muhammad Danish Harith

Muhammad Danish Harith Bin Junaidi.. Dilahirkan pada 13 hb April 2011.. Anak saudara  mokcik yang baru .. Anak adik Mokcik Nanang dan Ila.. Bertambah ahli keluarga.. Alhamdulillah.. Tarikh kelahiran Danish sehari aje beza dengan anak saudara mokcik Muhammad Amirul Zafran.. iaitu 14 hb April 2010..


Uuuiiihhh!! nyenyakkk nyerrr dek..


Tido juge lagiii.. Kalau baru beberapa hari camni ni emang tak dapat laa nak capture pelbagai aksi kecuali tidur dan nangis.. Adam pulak teruja sungguh.. dok menggira dah ada dua adik lelaki.. Danish lom dilahirkan pon sebok nak beri nama.. hik3.. Cayanggg Mama bertambah lagi.. Alhamdulillah.

Thursday, April 14, 2011

Muhammad Amirul Zafran

Muhammad Amirul Zafran Bin Mohd Johari.. Anak saudara mokcik.. Anak adik Mokcik Boy dan Yana.. Jap je dah setahun.. Hari ni 14 hb April 2011 adalah Hari Lahir Amirul..




Mama doakan kalian sekeluarga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga, Amin.

Sunday, April 10, 2011

Jom vote Mohd Sukur Ibrahim


 Tumpang bangga dengan pencapaian Sukur..
Jom vote untuk Sukur..
Semoga berjaya Sukur..

Grrrrr!!!.. aummm!!.. aummm!!

Hahahaha.. mengaummm!.. ngaummm!.. uma mokcik.. ape aje laaa.. hik3.. coklattt.. masih cerita coklat.. biasa laaa.. kalau mokcik gentel coklat.. dak Adam kompom tutur serta.. dia maner boleh kuranggg.. iyolah nak.. Adam pilih mould singa ni haaa.. layankan ajer.. komplen lagi takde kaler oren.. huhu..

Haiiilah coklat..

Dalam kesentapan jiwa dek keta.. mokcik layan diri.. dalam ertikata lain.. memujuk hati.. cewahhh.. jiwanggg.. biasa laaa mokcik.. tapiii.. mokcik tak meratap nasib punyerrr.. heheh.. perasan!.. takde laaa.. mokcik sesukerr wat coklat ni.. tak berapa nak molek.. tapi boleh laaa.. Layan mata laa eik.. tadaaaaaa..



Settle suda..

Yaaa.. siap sudaaa.. kembali sudaaa.. itu keta.. charge nyerrr.. lumayannn!!.. Alhamdulillah.. settle sudaa.. choopp!!.. Keong! I punyer radio?!!.. aiyooo! soli aaaa moi!.. takpe..
Lepas test.. soalan yang mokcik kemukakan dijawab dengan baik.. good.. hati mokcik pon berpuashati dan kembali normal degupan nyer.. wokey.. jalan terusss..
Kereta mokcik tu.. ibarat kerbau di lumpur kotor nyerrr.. harusss ditemukan dengan car shampoo.. perlu juge dioles-oles body nyerr.. wakakaka.. ini celita.. kalau ade senanggg!.. wahahaha.. mokcik bukan rajin sangat pon nk bawak gi car wash.. wat sendiri?!.. lagi tak usah harap.. kui33.. Syukurlah ye..

Saturday, April 9, 2011

Hari bubur...

Tak masak lagi mokcik ni malam tadi.. huh!.. alaaa.. macam tak biasa je.. hahaha.. ape ade hal.. huhu.. yang ade hal keta kat bengkel.. huk.. huk.. huk.. adeiii.. ini bukan cobaan!.. ini betol-betol!!

Oleh kerana bubur ade lagi.. mokcik layan untuk makan malam.. heheh.. boleh gitu.. mokcik boleh ajaaa.. kata Adam.. jangan membazir, sahabat syaitan.. dan mokcik beli la roti bun tembam ni.. tembam kan!


Dah jadi hari bubur untuk mokcik ari ni.. ki3.. hai lah bubur..



Sodappp.. try la wat eikk..

Inilah yang jadi pada mokcik semalam.. huk.. huk.. huk..

Awalnya perjalanan mokcik melalui jalan utama.. lancarrr saje petang semalam.. taklah dok jenuh tersenggot-senggot dengan jammed.. tapi.. masok je kawasan perumahan mokcik.. mula dahhh.. dek kerana ade nyerrr majlis mingguan terhangat dipasaran.. alahhh.. majlis pasar malam!.. dah gitu.. abang-abang Polis pulak wat road-block..

Daaa.. daaa.. intro cerita je tuuu.. langkau.. langkau..

Yang nak ceta ni.. ni haaa.. inilah yang terjadi pada mokcik semalam.. huk.. huk.. huk.. kerana memberi laluan anjing melintas.. mokcik change gear.. "taakkkhhh!!!!!!".. hah!!!.. clutch!.. clutch keta loose!!.. berderau!.. jadi nyerr.. gini le..







Sekarang masih tunggu panggilan dari bengkel.. uuiiisshh!!!.. $$$... $$$...arrgghhh!!!

Friday, April 8, 2011

Mokcik nak bahagia je..

Ku Ingin Bahagia

Artist: Rina Rahman
Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya
 


Itulah yang mokcik nak.. mokcik dah tuo.. ade perkara yang lebih perlu untuk difokus.. yang lain-lain mokcik malehh dahh nak layan.. ok.. ok.. layan retro sesekali eikk

Bubur campo

Assalamualaikum. Salam tengahari Jumaat.. terik kat tempat mokcik nih panas nyerr.. Alhamdulillah. Malam tadi angin pusss.. pusss.. mari.. mokcik wat laa bubur ni haaa.. Mokcik bawak bekal datang keje pagi ni dan makan untuk lunch.. dan mokcik beli roti kosong steam 1 keping.. jimattt.. heheh.. Macamana nak wat klik sini.. dulu punyerr.. same je


'Selamat untuk dicuba'