Saturday, March 26, 2011

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Heheh.. jangan terpedaya dengan tittle ni.. anda bakal kecewa.. waa.. waa.. waa.. bunyi nyerr cam 'kelasss' gitu.. ki3.. alaaa yang dari blog aku.. nan ado.. bukan seindah nama.. hi3.. Meh layan Ikan Tenggiri yang aku paksa berkubang dengan kicap.. laaa.. laaa.. laaa..


Bahan
Ikan Tenggiri
Bawang Hijau / Bawang India
Bawang putih
Halia
Lada sulah
Kicap
Minyak masak


Cara
Goreng ikan setelah dibersihkan kemudian tos dan asingkan. Tumis bawang hijau, bawang putih, lada sulah. Masukan ikan dan kacau. Tambahkan kicap. Sedia dihidang.. heheh..

Jemput makannn..

Inoki lagi..

Yang mudah..
Yang senang..
Yang aku suker..
Yang Adam suker..
Inoki goreng aje..
Jom layannn..

Bahan
Inoki
Carrot
Goji
Capsicum
Bawang putih
Garam
Minyak Masak

Cara
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masuk carrot, inoki, capsicum dan goji dan garam. Kacau kejap je dan sedia dihidang.

Emosi pagi..

Assalamualaikum.
Semoga kalian sihat dan bahagia..
Aku pon same..
Pepagi dapat ucapan "Good morning honey"..
Aduhhh!!.. bahagianya.. mmmmm.. kalaulah u lelaki.. heheh..
Aku reply "Morning my dear".. sebab u bukan lelaki.. heheh..
Dah!.. Dah!.. aku tak mau terus bermimpi di siang hari ki3..
Manyak lagi keje lain nak dibuat.. Wokey sambung nanti..
'Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Amin.'

Friday, March 25, 2011

Yang mana satukah anda..

e-mail dari sahabat juga..
tersenyum ni..
mari kita sama-sama renungkan..
yang mana satukah kita..

Puan!!

Bila tengah kerja kan kerjanya buat kerja kannn.. ehhh ape punyer bahasa pulak ni daaa.. aku kalau keje khusyuk heheh..
Tengah aku dok sebok gan kerja aku.. datang laaa dak wireman sorang ni..  wat aku terkezuttt je.. dah sebulan aku perati.. cam signal nak chaalipbottt.. tapi sebagai orang atasan.. aku bersikap tunggu dan lihat.. heheh atasan sangat laaa aku ni kannn.. ye laaa kerusi yang aku duduk lebih tinggi dari dia.. malas je nak ceta ki3..
"Puan! Saya keja sampai ujung bulan ni.. Saya nak berenti.. Keluarga pindah Selangor.. saya kena ikut.."bla.. bla.. bla.. dan manyakkk bla lahhh dak ni ceta.. agak dia tak tau yang ujung bulan tinggal lima ari.. tolak Sabtu Ahad?!!..
"Ok.. ari ni awak last keja.. 7 hb depan datang amik awak punye gaji.. " hah senanggg.. aku takan tahan kemahuan dak ni punyer laaa.. sorry..
Sebenarnya esok aku yang kalut.. nak cari pekerja laaa pulak.. tulunnn.. tulunnn.. Juruletrik / Wireman diperlukan.. adeiii..

Rahsia Jari Anda


 
PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari
Jari telunjuk :
usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking :
Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....
 
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)

~
MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..
IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA
....:-)~

Aku terima e-mail ini dari seorang sahabat.. teringatkan beliau aku pasti senyum sendiri.. Terima kasih awak..

Sotong Goreng Tepong Lemau & Sup Telor

Petang ni nak jamu selera dengan udanglah!.. aku cakap sendiri.. sampai je kat rumah.. punggah ape yang patot.. maka bersedialah aku mau bersilat di dapur.. silatlah sangattt aku nih kui3.. Adam jenguk aku.. soalan.. Nak masak ape Ma.. aku.. udang + sayur.. emmm.. 'sotong goreng tepong' bolehhh?.. then sup telur?!.. boleh Ma?.. hah!!.. 'sotong goreng tepong'.. how to do?!!.. alaaa.. u take sotong then campo tepung.. ok haaa.. ehh btol gak eikkk.. pastu di tinggal aku terpingga-pingga sorang.. amboiii cam tau je.. kalau cakap awal boleh le aku jengok blog Dapur Tanpa Sempadan print resepi sotong mentega rangup ker.. sotong goreng tepung berempah ker.. kalau nak resepi yang betol klik eaaa..
Oleh kerana takde masalah nak masak sup telur.. aku wat dulu heheh.. dlm mase yg same memerah otak camner nak jadikan 'sotong' adoiaiii.. pe lagi.. asal boleh je la aku hik3.. layannn..

Bahan
Sotong (cara potong sotong rujuk pada yang pakar ye)
Tepung
Telur
Bawang putih
Garam
Minyak masak

Cara
Potong sotong dan bersihkan. Perap sotong dengan bawang putih dan garam. Pecah telur dan kacau kejap. Kemudian masukan sotong dalam telur diikuti tepong dan goreng. Dah tak jadi ranggup dan garinggg.. Jadinya lemau kui3.. lain kali aku try lagi eaaa.. Adam kata taste ok.. but image hak3.. gelak dia.. iyolah nakkk..



Bahan
Telur
Kucai
Carrot
Goji
Bawang hijau / Bawang India
Bawang putih
Garam
Minyak masak
Air

Cara
Tumis bawang hujau dengan bawang putih hingga kekuningan. Tambahkan air hingga didih. Kemudian masukan kucai, carrot dan telur. Masukan garam secukup masin yang disukai dan last baru goji. Wokey siappp..

Bukan aku tak tau..

Aku bukan tak tau yang aku kurang kreatif.. dalam banyak perkara.. terutama berkaitan masak-memasak.. sebenarnya.. masakan-masakan teramatlah ala kadar dari aku yang aku post di blog ni.. bukan untuk dinilai.. bukan juga memaksa sesiapa suker padanya.. senang cerita.. suker-suker saje.. yang mencebik.. yang memandang rendah.. tak mengapa.. anda tiada dosa dengan saya ok..
Aku antara pengemar blog masakan.. sebab aku emang sukerrr makannn heheh.. Tak kesahlah.. blog masak ker.. peribadi ker.. ape-ape ajer.. aku kan orang nyerr 'terbuka'.. hi3.. prasannn pulakkk dahhh!!.. Ade juge yang pengsannn kanggg!!.. 
Lepas ni pon aku nak post berkenaan masakan 'ala-ala'.. 'so-so'.. juge kui3.. Nak juga post beberapa e-mail dari sahabat.. Lagii ade beberapa skrip perbualan aku dan seorang teman yang bila teringat.. aku akan tersenyum sendiri..
Kembali selepas ini :)

Tak dapekkk!!

Tak dapekkk nak menanggg.. huk.. huk.. untuk nie semalam.. lebihkurang jam 6.14 petang.. aku klik je dah aku jadi pengunjung 400045.. tapi takpe.. aku sekadar sukerrr.. sukerrr.. Tahniah kepada yang menang dari Oh Oeya.. salam kenal dari selatan tanahair :) Salam juga untuk K'Jun.. blog yang manisss..

Assalamualaikum..
Selamat pagiii..
Jumaat yang mulia..
Penghulu hari..
Semoga sihat semua..
Alhamdulillah.. aku kekal sihat.. bahagia juga..
Senyuman aku hadiahkan untuk diri sendiri sudah pasti..
Lazimnya memulakan aktiviti..
Capai dulu jus prune selagi ade stok..
Begitu juga sebiji fuji apple..
Nyaman..
Sebentar lagi mau menikmati sarapan..
Harapnya hari ini lancar segala urusan..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Thursday, March 24, 2011

Nak cari..

Hampir berlalu minggu ke dua.. aku masih dalam pencarian..
Yang pasti.. membuat pilihan memang bukan mudah..


 NAK CARI TAPAKKK!!..
NAK CARI TAPAKKK!!..

tak semudah..

NAK CARI KAYUUU!!..
NAK CARI KAYUUU!!..

iye kannn..

Oeya pengunjung ke 400,000

Sambungan ceta lepas sarapan..
Inilah blog tumpuan aku minggu ini..


Sebelum ni kalau ade kesempatan.. suker singgah menjengah blog cupcakekasih
Aku mengagumi tulisan K'Jun yang hanya aku kenali di maya..
Pengalaman yang diceritakan didalam blog beliau memberi aku sedikit pengenalan mengenai dirinya..
Dan kali ini aku nak try jugelah kan menyertai pengunjung ke 400,000 blog beliau..
Salam dari selatan ye K'Jun..

Pagi..

Salam.
Selamat pagiii..
Alhamdulillah.. Cerah lagi pagi ni..
Kekal sihat juga aku pagi ni..
Semoga kalian juga sama..
Seteguk dua prune jus.. yang 'segera' saje heheh..
Sebiji fuji epal aku nikmati sambil memandu..
Adam layan sama..
Segar saja memulakan semua ini..
Asyik click blog ni saja minggu ni hi3.. nak tau kenapa nanti eaa..
Sekarang mau dapatkan roti bakar + margerin + kaya dengan Teh C..
Yaaa aku mau menikmati sarapannn..
Post seterusnya menyusul ye..

Wednesday, March 23, 2011

Mihun senanggg..

Meh layan mata dengan resepi mihun senanggg.. aku ni beginilah.. yang senang ni pon kadangkala kandas kui3.. bila Adam request yang simple.. aku pasti tersenyummm heheh.. senanggg maaa.. kali ni betol-betol dia request yang simple.. itu ari dia punye simple.. 'nasi + siakap steam + kucai goreng'.. besau mata aku.. tapi aku buat gak laaa.. terkezuttt jerk dengar dia punyer 'simple' heheh..


Bahan-bahan
Mihun
Kucai
Carrot
Goji (rendam)
Telur
Bawang hijau / Bawang India
Bawang putih
Serbuk lada sulah
Minyak untuk tumis
Garam

Cara-cara
Tumis bawang hijau dengan bawang putih hingga kekuningan. Masuk telur diikuti kucai dan carrot. Kemudian mihun dan goji. Tambahkan serbuk lada sulah dan garam. Sedia dihidang.

Ayat untuk aku pagi ni..

Salam. Dipagi Rabu yang cerah.. Perasaan tidak gundah.. Semangat harus tidak lemah.. Senyuman mengiringi doa untuk diri sendiri.. Membahagiakan diri sendiri sudah pasti..
Seperti lazimnya aku ini kan.. Memotivasi diri.. Kerana gerak geri sentiasa diperhati.. Agar tidak timbul persoalan dari seorang anak bertuah yang sangat sensitif.. Aku elakan soalan darinya tidak berjawab..
Tidak mudah menjadi aku.. Tapi untuk aku.. bukan sesuatu yang sukar.. Mahu atau tidak mahu.. semuanya harus dilalui.. Pilihan sangat-sangat penting.. Plan B tidak lagi boleh dilewatkan.. masa tidak berhenti menunggu aku.. itu sangat-sangat pasti..
Moga urusan sepanjang hari ini dipermudahkan.. tanpa kesulitan yang menghalang kelancaran.. Moga hari ini juga lebih baik dari semalam, Amin.