Semalam terima e-mail dari anak saudara di Jordan.. Dari Izyan Saleha binti Ibrahim yang aku panggil Adek.. Bakal Doktor anak ini.. Mengirim dokumen untuk permohonannya menjalani posting elektif di sebuah hospital di Malaysia.. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu.. Adek sudah tahun ke lima di Jordan University of Science & Technology.. Aku tumpang gembira dan bahagia.. Kali terakhir kami jumpa pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan sempat mengabadikan kenangan bersama.. Tika bercuti dan balik ke Malaysia, Adek tak pernah lupa memberikan cenderahati untuk aku dan Adam anak ku.. Begitulah Adek.. Doa untuk Adek agar terus berjaya dalam pelajaran dan karier, Amin.
Friday, February 18, 2011
Semangat yang tidak pudar..
Salam. Di pagi Jumaat yang mulia.. Kekal sihat aku pagi ini.. Doaku kalian juga begitu.. Senyuman hadiah untuk diri sendiri terlebih dahulu.. Perlu bagi aku memotivasi diri.. Kesibukan yang membangunkan semangat.. Sungguh aku bersemangat pagi ini.. Semangat aku yang tidak pudar.. Aku mohon dipermudahkan urusan sepanjang hari.. Mudah-mudahan hari ini juga lebih baik dari semalam.. Mohon kebaikan sepanjang hari yang ku lalui..
Sunday, February 13, 2011
Oeya belajar buat Cup Cake?!!!
Hah?!!!.. Choooppp!!!.. boleh ker?!!!.. tangan keras kekonggg boleh jadi ker?!!.. soalan yang aku takde jawapan!!!.. tapi hati kuat mau lakukan.. mencari jalan untuk memulakan.. percubaan yang tidak boleh mengganggu urusan dan kewajipan harian.. bila aku tidak menguji kebolehan sendiri.. harinya hampir pasti.. moga dipermudahkan usaha ku, Amin.
Ape kaki-kaki nih?!
'Dua kaki' lebih baik dari 'Empat kaki'
'Satu kaki' lebih baik dari 'Dua kaki'
'Tiada kaki' lebih baik dari 'Satu kaki'
Ape saje laa dak Oeya ni kan.. dah lama tak menge'post'.. 'kaki' pulak disajikan heheh.. berkongsi pengetahuan saja niat aku ni.. disampaikan dari seorang rakan..
Katanya dalam amalan pengambilan makanan..
* sekiranya merancang untuk memilih haiwan berkaki empat.. lebih baik memilih haiwan berkaki dua..
* sekiranya merancang untuk memilih haiwan berkaki dua.. lebih baik memilih sayuran berkaki satu..
* sekiranya merancang untuk memilih sayuran berkaki satu.. lebih baik memilih yang tiada kaki..
Lebih jelas aku tafsirkan begini..
~ kalau aku nak makan daging kambing, lebih baik aku pilih daging ayam..
~ kalau aku nak makan daging ayam, lebih baik aku pilih cendawan..
~ kalau aku nak makan cendawan, lebih baik aku pilih ikan..
Salam..
Lama menyepi bukan bererti melupai.. rindu pada semua.. kesibukan menghalang.. moga masih diingati.. terima kasih pada yang masih sudi menjengah.. sayang semua..
Wednesday, December 15, 2010
Award! Award! Award!
Terima kasih aibaks.. Creative gak awak ye semenjak become 'dad' ni.. Kita memang perlu menggunakan otak di sebelah kiri jugakan.. Mokcik berbesar hati taw ni.. Maaf laaa.. kebelakangan ni mokcik sibuk sangat.. Nak 'post' pon tak berkesempatan.. jengah blog sahabat-sahabat pon kurang.. Maaf ye.. Bukan sengaja ye.. terima kasih sekali lagi aibaks :)
Mokcik nak share dengan..
Sunday, November 28, 2010
Jumpa Cikgu Norarzila Abdullah..
Tika baru sampai di Tesco Jalan Kota Tinggi.. aku terserempak Cikgu Norarzila Abdullah.. Sahabat ku semasa di Sek Dato' Jaafar Johor Bahru.. kini beliau mengajar di Sek Permas Jaya.. membawa anak-anak beliau berjalan-jalan di sini sempena cuti sekolah katanya.. wahhh! Cikgu cuti lama kannn.. ada sebulan lagi.. syok nyerrr jadi Cikgu.. aku biasa dengan panggilan Zila saja dengan beliau.. Zila bersama dua orang rakannya.. bertanya khabar tentu sekali.. ringkas perbualan kami kerana aku sedang punya urusan.. aku berterusterang dengan Zila yang aku punya urusan.. dia faham.. kami saling berharap akan bertemu lagi..
Ada kerja hari ni..
Selepas menyediakan sarapan.. aku bersiap.. ada kerja perlu dilakukan hari ini.. timbul pertanyaan dari Adam.. "Today Sunday maa.. going to work meh?!".. jawapan ringkas.. mudah dari aku.. "I got work to do".. "Ok.. carefull aaa.." Jam 9 pagi aku mulakan kerja.. sambungan semalam.. semangat bekerja datang tanpa diundang.. kerja yang aku telah mulakan setahun lalu.. beberapa perkara aku tumpukan hari ini.. jam 2 petang.. terasa letih.. tika ini aku ingatkan diri.. memulakan bukan mudah.. menghasilkan juga tidak mudah.. Jam 3.05 petang.. keluar mendapatkan roti sapuan margerin+kaya steam dan teh-C panas.. selesai.. ke Tesco Jalan Kota Tinggi.. Hari ini kali pertama aku jejakan kaki di Tesco ni.. bukan untuk bershopping.. aku ada urusan kerja juga di sini.. Moga dipermudahkan urusanku.. Amin Ya ALLAH..
Mi Tanpa Goreng..
Hidangan yang mudah untuk disediakan.. masa penyediaannya pun singkat.. aku kala keletihan pon pilih masak ni aje.. bahan-bahan lain yang boleh membantu kesedapan menu ni terpulang nak ditambahkan appa saje ye..
Bahan-bahan
- Mi tanpa goreng
- Kucai
- Lobak Merah
- Udang
- Sesame oil
- Kicap soya pekat
- Bawang besar hijau / bawang India
- Bawang putih
- Garam
Cara-cara
- Celur mi. Sebelum tos celupkan dalam air sejuk biasa seketika dan asingkan.
- Goreng udang. Tos dan asingkan.
- Tumis bawang.
- Masukan kucai dan lobak merah.
- Masukan mi diikuti udang, sesame oil, kicap soya pekat dan garam.
* Memandangkan mi ni tak pedas, boleh dimakan dengan sambal tumis atau apa saya yang sedap yang boleh dijadikan 'lawan'
Friday, November 26, 2010
Motor! Motor!
Melalui jalan Kota Tinggi.. satu motor.. fuhhh!! klasik weiii!.. sukar aku nak capture memandangkan aku sedang memandu.. hujan pulak lagi.. adehhh!.. foto-foto ini saja kategori 'boleh ditengok'.. heheh.. syukur jugelah dari takde..
Aku tak kenal 'brader' nih.. harap beliau tak ade halangan kalau dapati foto beliau dan motor klasiknya dalam
blog aku ni.. bukan senang nak nampak kannn..
Cool!!!
Bubur juge..
Aku asal boleh je buat bubur ni.. bubur kali ni sama dengan sebelom ni.. tapi aku tukar kacang hijau dengan kacang merah.. Adam tak berapa gemar bubur ni.. hirup kuah saja dia.. iyolah nakkk.. layan bubur versi aku yang tak sepertinya ni eik.. buat jamu mata ok kottt..
Bahan-bahan
- Kacang merah
- Barli
- Lotus seeds / biji teratai (kering)
- Fox nuts / Gordon Euryale seeds
- Yam (fresh)
- Gula batu / Rock Sugar
- Air
Cara-cara
Rendam dulu biji teratai hingga agak lembut. Kemudian rebus kacang merah, barli, biji teratai, fox nuts dan yam selama satu setengah jam atau hingga kembang yang dikehendaki atau lembut yang dikehendaki. Kemudian masukan gula batu kadar manis yang disukai.
* Selain biji teratai, bahan-bahan lain pun boleh direndam dulu kalau tidak mahu lama merebus.
* Boleh tambahkan santan / susu cair kalau suka dengan sedikit garam.
* Selain biji teratai, bahan-bahan lain pun boleh direndam dulu kalau tidak mahu lama merebus.
* Boleh tambahkan santan / susu cair kalau suka dengan sedikit garam.
Cenderahati dari Indonesia ya! ya! ya!
Adik ipar aku Fendi melancong ke Danau Toba, Indonesia.. dah pergi dan sudah selamat kembali.. Alhamdulillah semuanya baik-baik ajaaa.. terima kasih Fendi atas cenderahati ni.. terharu aku ni bila Fendi hantar sendiri ke rumah.. tengah hujan lagi tu.. terima kasih sekali lagi dek.. aku belum sampai lagi tempat-tempat yang Fendi lawati nih.. belum juga dapat berbual panjang dengan Fendi tentang lawatan dia ke sana kali ni.. Meh layan cenderahati dari Fendi..
Brastagi, Danau Toba dan Medan.. Apa ada kat situ lagi eik.. Seronok kalau dapat peluang melancong camni..
Hah!!
Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Cerah pagi ini.. Longgarkan otot-otot semua sebelum bangkit.. tak lupa otot-otot wajah.. seminit-dua memek muka.. untuk bangunkan kesegaran wajah.. wahhh! ceria.. senyum sendiri sudah pasti..
Hah!.. nape dengan aku ni?!.. nape ni?!.. adeiii!!.. adeiii!!.. akuuuuuu.. akuuuuuu.. aku dah tak tahan buat sit-up!.. alamakkk!.. masalah ni!.. 'faktor usia'?!.. aku tak nak percaya!.. hahhh!!.. ini boleh mendatangkan emo!.. arrrggghhh!.. hingga pagi ini.. 'berat maintain'.. 'maintain tak turun!!.. arrrggghhh!..
Thursday, November 25, 2010
Cuaca dan kehidupan..
Pagi ini.. tengahari ini.. cuaca agak panas..
Sekarang ini.. hujan lebat.. angin pun kuat..
Aku jalani kehidupan.. begini jugalah..
Tak menentu..
Yang disangka.. tak disangka..
Yang dirancang.. tak dirancang..
Apa saja boleh berlaku.. tak gitu?!..
Berubahlah..
Senangkan.. mencari salah orang untuk menutup kesalahan.. kelemahan.. dan kekurangan sendiri..
Berhentilah.. usahlah diamalkan lagi tabiat ini.. usia bukan semakin muda.. masa tidak menunggu kita..
Berusahalah untuk menjadi lebih baik.. selagi ada peluang.. usah ditangguh lagi..
Jangan lagi orang lain dipersalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)











