Aku bersyukur juga dapat menyambut Aidil Adha kali ini dengan family.. Dalam pada itu.. inilah kali pertama menyambutnya tanpa 'Mak".. 'Ziarah' yang amat menyebakkan hati.. tawa ria dengan adik-adik dan adik-adik ipar tak melampaui sebak dihati.. itu bagi aku sendiri.. 'Abah'.. macamana dengan 'Abah'.. sepi 'Abah'.. rindu 'Abah'.. emosi 'Abah'.. hanya ALLAH yang tahu.. aku sekadar mampu melihat.. 'Abah' yang merasai.. maafkan Oeya 'Abah'.. tau bahawa aku tak akan mampu kecuali hanya berusaha memahami kesepian 'Abah'.. Semoga 'Abah' tabah.. Semoga aku dapat sedikit ruang menggembirakan 'Abah'..
Wednesday, November 17, 2010
Aidil Adha 1431 H
Sesungguhnya aku amat bersyukur pada-NYA kerana masih diberi kesempatan menyambut Aidil Adha kali ini.. Yang paling utama aku menyambutnya bersama anak ku Muhammad Adam Lutfi..
Tuesday, November 16, 2010
Bila Adam kepenatan..
Mengadu macam sekumpulan langau bunyinya.. paten anak ku Adam bila kepenatan.. naik letih telinga ni menahan nak sampaikan petang.. lepas waktu kerja.. tak sabar jadinya dia nak menunggu aku.. anakkk.. anakkk.. Adam request bawa dia 'foot massage'.. aku faham.. sedang aku dah macam teksi driver menghantar dia sesi latihan hampir dua bulan ni hingga tamat 'Malam Aneka Ragam'.. ditambah lagi dengan jamuan pulak.. lagikan dia yang menjalaninya.. iyolah nak.. aku penuhi saja permintaan Adam lepas waktu pejabat semalam..
Salam Aidil Adha
Selamat Hari Raya
Aidil Adha
Kepada seluruh umat Islam

Monday, November 15, 2010
aaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!
"******* nak tau.."DIA" dah ade 'facebook' tau!!!"
aaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!
"bende-bende ni "DIA" tau!!!"
ye itu bukan hak aku!
bukan urusan aku!
ye! ye!
hal lain sebok!
hal anak aku!!!
Ya ALLAH! Berilah 'petunjuk' kepada "DIA" ni.
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Siapa penyanyi lagu ni bukan keutamaan aku.. Alaaa mokcik bukan tau sangat pon.. mintak mahap la yerk.. Aku sekadar suka je lagu ni.. Jamu mata dah selalu.. Petang ni jamu telinga..
Bubur?!!
Aku memang suka sikit buat perangai.. ahakkksss.. Choooppp!! dalam mengubahsuai makanan ikut selera sendiri.. Boring sendiri aku ni kalau layan sama je.. aku kan hamba yang bernafsu makan.. jadinya terserah kat aku nak masak apa.. kui3.. asal boleh je aku ni.. aku panggil 'bubur' je masakan ni.. pada korang 'bubur' ker?.. terserah.. layan mata je la ye..
Bahan-bahan
- Kacang hijau
- Barli
- Lotus seeds / biji teratai (basah)
- Fox nuts / Gordon Euryale seeds
- Yam (fresh)
- Gula batu / Rock Sugar
- Air
Cara-cara
Rebus kacang hijau, barli, biji teratai, fox nuts dan yam selama satu setengah jam atau hingga kembang yang dikehendaki atau lembut yang dikehendaki. Boleh direndam dulu kalau tidak mahu terlalu ambil masa ketika merebus. Kemudian masukan gula batu kadar manis yang disukai. Aku layan panas-panas.. makan dengan roti pon mokcik sukerrr..
Mihun pantang
Layan mihun pagi minggu.. ni mihun pantang.. ahaksss.. bukan ape.. takde bahan istimewa pon.. sekadar sarapan biase kerana Adam bakal menghadiri jamuan yang mungkin nanti makanannya lebih hebat dari biasa.. gaknye le.. tapi biasanya macam tu la.. Mak Dik tak berapa gemar sarapan macam ni.. 'tawar'.. hahahaha.. tapi sambal kicap 'import' dari rumah Abah aku sajikan pada Mak Dik untuk menjemput selera dia.. Baru boleh makan dia.. hahahaha sian sungguh..
Bahan-bahan
- Mihun
- Kucai
- Lobak Merah
- Goji
- Telur
- Bawang putih
- Sesame oil
- Garam
- Minyak
- Air
Cara-cara
Rendam mihun. Tumis bawang putih. Masukan telur. Kemudian masukan lobak merah dan kemudian kucai. Diikuti goji. Tambahkan sesame oil. Kemudian barulah masukan mihun dengan sedikit air dan tambahkan garam secukupnya. Senangkan..
Dessert Cendawan Putih, Biji Teratai, Kurma Kering, Goji, Longan Kering
Adeiii.. nak buat 'Cucur Nasi' C'Mat Gebu pon lom dapek.. aku jarang dapat memenuhi keinginan makan orang lain.. kesibukan menghalang.. ahakss.. ngalahkan Menteri Pembangunan Wanita aku ni busy nyerrr hehe.. lagi pon apa sangat la masakan / resepi yang aku tau.. mau takde orang sudi jamah kui3.. dalam ertikata lain.. kalau kat rumah Abah.. hasiltangan aku pasti gagal memenuhi selera family wakakaka.. ni Mak Dik request tika dia sedang sebok ber'facebook'.. emang tak padan Mak Dik nih.. perintah ko!!.. iyolah Mak Dik.. layannn resepi ulang tayang eikkk..
Bahan-bahan
- White fungus / cendawan putih (kering)
- Lotus seeds / biji teratai (basah)
- Red dates / kurma kering (tanpa biji)
- Goji
- Longan kering
- Yellow Lump sugar / gula batu (kuning)
- Air
Cara-cara
Rendam semua bahan hingga kembang dan lembut. Rebuskan white fungus, lotus seeds, red dates dan longan kering dalam 30 minit atau hingga lotus seeds lembut. Kemudian masukan goji. Selepas 10 minit dan pasti goji lembut, masukan gula batu mengikut manis yang disukai. Kali ni layan panas-panas almaklum la hari hujan..
Aku mulakan pagi Isnin ini dengan senyuman.. kesihatan aku kekal baik hari ini.. aku mulakan hari ini dengan kesungguhan memulakan tugasan.. aku mohon juga kebahagiaan tika ini kekal.. aku semakin bersemangat sekarang.. Alhamdulillah.. Moga hari ini lebih baik dari semalam, Amin.
Sabtu lalu dengan aktiviti yang penuh.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. tanpa kesulitan.. tanpa gangguan..
'Malam Aneka Ragam' di sekolah Adam tamat jam 10.40 malam.. yang pasti Adam sangat enjoy.. Syukurlah merasai kegembiraan yang diingini anak aku yang istimewa ini.. Mak Adik menemani aku.. Thanks Mak Dik..
Aku buat yang 'termampu' dan sebolehnya 'sehabis baik' untuk Adam.. Mudah-mudahan dipermudahkan untuk aku melaksanakanya.. Ujian dari-Nya pasti ada.. aku amat percaya "Tuhan tidak menguji lebih dari apa yang aku mampu tanggung"..
Pagi minggu ni sarapan 'mihun goreng' hasil tangan sendiri.. Tak la gi cari Teh C + Roti bakar.. Jam 11.00 pagi.. aku hantar Adam ke sekolah.. jamuan khas pelajar yang terlibat dengan persembahan.. program yang diatur oleh cikgu hingga jam 1.30 petang..
Sementara menanti masa fetch Adam.. aku layan diri.. massage 2 + 1.. foot + shoulder.. nak massage full body tak dapek.. tukang massage full.. Mak Dik sorang yang massage full body.. takpelah aku lain kali..
Sampai masa fetch Adam.. hujan pulak terlalu lebat.. takdelah program yang diatur.. bimbang kalau memandu tika hujan terlalu lebat..
Hujan renyai.. jam 6.00 petang aku ke balik kampung.. hehe balik lagi.. dengan pisang goreng panas.. keropok lekor.. cekodok.. yangggggg dibeli.. heheh..
Saturday, November 13, 2010
Resepi Istimewa Azna Rizan Part II
Satu lagi hasil tangan Cik Azna Rizan.. Nampak resepinya mudah.. tapi bukan semua orang dapat hasilkannya taw.. Pssssttt! aku ler tu ahaksss.. Lagi jamu mata dengan resepi beliau.. Tadaaaaaa..
![]() |
| Sambal Telur |
Makan dengan nasi panas.. wahhh!.. mau bertambah!.. Maaf juga ye.. Resepi dan cara menghasilkanya kena rujuk beliau.. Sodappp wokkk..
Resepi Istimewa Azna Rizan Part I
Ibu.. Ibu.. Bapak.. Bapak.. Yang empunya resepi ni bernama Cik Azna Rizan.. Kecil molek orangnya.. Manja.. Sangat komited dengan kerjayanya di salah sebuah firma guaman terkemuka di Johor Bahru.. Aku suka tengok aksi beliau ketika berposing hehe.. Sahabat aku yang sorang ni ada bakat memasak.. Tapi pemalu.. Mari jamu mata dengan resepi beliau..
![]() |
| Udang Goreng Mentega |
Maaflah tak dapat nak huraikan bahan-bahan dan cara-cara menghasilkannya.. Kita kena rujuk dengan beliau ye.. Aksinya mengundang selera gitu.. Kalau kawan-kawan lain nampak hasil masakan beliau ni.. pasti rumah beliau akan diterjah hehe.. Mari kita terjah.. jangan tidakkk..
Friday, November 12, 2010
Malam ni nak jumpa Abah..
Mokcik nak balik keje dah ni.. Dah plan dengan Mak Dik nak 'balik kampung' lepas keje ni jumpa Abah.. Macam jauh sungguh je yang dipanggil 'kampung' nih ahaksss.. Andai ade le ipar-duai.. sedara mara.. kawan-kawan yang maklum aku nak balik kampung.. terkekek-kekek diaorang ketawa.. wakakaka..
Dapat gak hari ni meriahkan blog sendiri.. Alhamdulillah.. Iye la manyak 'post tertunggak'.. Balik dulu.. Salam
Sotong nih!
- Sotong
- Capsicum / Lada Bengala (Hijau & Merah)
- Tomato
- Bawang besar (Hijau) / Bawang India
- Bawang putih
- Kicap soya pekat
- Jus Lemon
- Sos cili
- Garam
- Olive butter
- Air
Cara-cara
Tumis bawang putih hingga kekuningan dengan olive butter. Kemudian masukan bawang besar. Masukan tomato dan kacau. Kemudian masukan sos cili dan kicap soya pekat dengan tambah sikit air. Barulah dimasukan sotongnya. Diikuti capsicum dan kacau. Tuangkan jus lemon dan tambah garam secukup rasa.
Aku masak asal boleh je nih.. kalau tak confident sila 'rujuk pada yang pakar' eik.. aku yang lain-lain memang sorry tak tau.. cuma yang pasti "Selamat untuk dicuba"
Aku masak asal boleh je nih.. kalau tak confident sila 'rujuk pada yang pakar' eik.. aku yang lain-lain memang sorry tak tau.. cuma yang pasti "Selamat untuk dicuba"
Subscribe to:
Posts (Atom)

