Friday, October 22, 2010

Telur Aje..

Ringkas yang amat masak telur ni.. Anak-anak yang masih menuntut di sekolah rendah pun boleh buat hehe.. Layan jugak la kalau 'cik selera' tak kunjung datang.. Mokcik tak cerewet bab makan lauk camni.. Asal ade kuah yang boleh dihirup sedappp dahhh.. Jom layannn..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Bahan-bahan
Telur
Kucai
Lobak merah
Bawang besar (hijau) / bawang India
Bawang putih
Lada sulah serbuk
Garam
Air

Cara-cara
Psssssstttttt.. Masak macam tumis air je heheh..

Aku gini le.. Yang singkat.. Yang sonang.. Aku le heheh.. Lain-lain aku tak reti :)

Thursday, October 21, 2010

Nak jugak wajah begini ketika meniti usia 40 tahun..




All foto by Harian Metro 20-10-2010
'NASHA AZIZ' Chantekkk!! Usia meniti 40 tahun tuuu.. Macam baru 30 tahun je.. Lain-lain sudut atau kriteria tentang diri Nasha ni aku tak nak sentuh.. 'Lain-lain' jangan tengok hehe.. Hanya fokus pada 'kecantikan zahir' si pemunya nama Nasha Aziz ni..
Kagum aku bila dikalangan wanita mampu kekalkan kejelitaan pada usia sebegini.. Aku positif.. Bukan sebab dia ni artis.. Bukan sebab aku minat dia.. Siapa pun dia.. Aku sekadar ingin kita sama-sama kembali tengok diri sendiri.. Bukanlah aku suruh semua wanita jadi Nasha.. Beliau salah sorang yang dikenali ramai yang aku jadikan contoh kali ini..
Memang akan ada suara-suara seperti "alah dia kan artis".. "alah dia anak dara".. "alah dia boleh la duit banyak".. Macam-macam alah laaaaa nak cari sebab yang sebenarnya 'bukan jawapan'.. Perlu ker segala 'alah' ni?!.. Jangan lagi laaa..
Aku suker dan tumpang bahagia bila wanita berusaha kekalkan anugerahNYA.. Disamping menunaikan kewajipan harian.. Kesibukan berurusan.. Bukan untuk orang lain.. Untuk diri sendiri.. Untuk Cik Suami..
Kan best bila kita nampak lebih muda dari usia.. Tanpa disedari ada doa dari orang yang memerhati.. Pujian tentu sekali.. Tapi bukan untuk meninggi diri.. Tak salah kan..
Aku faham.. Kadang-kadang bukan tak nak jaga.. tapi tak sempat.. tu yang bila dah selalu sibuk terlupa 'belai diri'.. Terleka menitikberatkan soal kecantikan diri kan..
Aku pasti ramai dikalangan wanita amat menitikberatkan kecantikan kan.. Yang jadikan aktiviti facial, massage atau memanjakan diri di spa suatu kemestian bulanan kan.. Ada yang lebih hebat bila lakukan sendiri di rumah.. Tahniah.. Tahniah..
Semoga kita juga kekal jelita dan beroleh kesihatan yang baik..

Ginseng Flower Tea

Mari cuba teh yang satu ni.. Boring gak kan kalau sama je.. Kali ni aku pilih 'Ginseng Flower Tea'.. Aku tak pilih yang uncang.. Suker gigit sikit-sikit sambil minum hehe.. Mari berkenalan dengannya..

Foto Google
 Ginseng Flower yang sudah dikeringkan

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia diminum..

Aku nikmati ketika ia masih suam.. Biase le aku ni.. Minum pakai mangkuk untuk menikmati hehe.. Tanpa gula ye.. Nak pekat masukan lebih ginseng flower.. Ikut selera.. Aku akan minum waktu malam sebelum tidur atau 2-3 jam selepas makan.. Senang je kan nak sediakan.. Try la eik..

Salmon Steam

Selamat tengahari.. Segar.. Sihat.. Bahagia.. Wahhh!! Hebat perasaan begini.. Menu ringkas makan malam.. Senang je nak menyediakannya.. Maaf laa.. Aku ni memang begini.. Simple bangett heheh.. Berikut cara menyediakannya..



All foto belongs to ohoeya858.blogspot.com


Foto Google

Bahan-bahan
Ikan Salmon
Halia
Bawang putih
Garam
Kicap Kikkoman

Cara-cara
Sapu garam pada ikan. Hiris halia dan bawang putih kemudian bahagi 2 bahagian. Tabur 1 bahagian hirisan halia dan bawang putih atas bekas steam, kemudian letakan ikan dan bakinya tabur atas ikan kemudian steam. Ikan salmon ni sangatlah mudah masak dan aku steam hanya selama 8 minit. Sedap juga cicah kicap kikkoman..

"Selamat untuk dicuba"

Ular ANACONDA

Foto Google
Geliii??!!!.. Takottt??!!!.. Hehehe.. Aku takat tengok gambar atau TV berkenaan ular ok lagi.. Tapi mengaku yang aku takottt!!.. Semestinya la akan terperanjat yang amat kalau terjumpa.. Mintak dijauhkan la jumpa ular nih ishhh.. Iye sebab keupayaan membelit.. berbisa.. Yang pasti 'saiz'nya..  
Dulu masa ada filem ni macam tak caya je memang wujud anaconda ni.. Bila dah tau erkkk serammm.. Harap tak jumpa la ular anaconda ni..
Dari info yang aku dapat, ular anaconda di Amerika Selatan boleh membesar sehingga 10 meter panjang dengan berat 136 kilogram.
Sesapa ada bela ular?.. Kena patuk ular?.. Mimpi ular? hehe.. Penah mimpi ular warna putih.. Dapat boypren  pon kulit putih heheh.. Alahhh cerita bebudak sekolah.. Ehhh!! Berkenaan ker??!! kui3..

Saturday, October 16, 2010

Dessert Barli dengan Biji Teratai

Dalam Harian Metro, Sabtu 16 Oktober 2010 lalu ada cerita khasiat tentang Barli.. Dalam tulisan tu ada tulis barli adalah sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.. Barli dipercayai dapat menyejukan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.. Ni sebahagian dari cerita dalam tulisan tersebut..

Nak tau detail tentang khasiat barli.. sila rujuk 'Encik Google' eik.. atau mana-mana pakar pemakanan eik.. aku?!!.. pakar makan hik3X

Aku ada satu dessert yang kalau rajin aku buat heheh.. Kalau tak rajin bayang pon tak nampak hehe.. Tapi ni tengah cuaca selalu panas maka ade rajin le sikit nak buat kerap..Wokey now tengok bahan-bahan.. Jommm..

Foto Google
Barli


Foto Google
Biji Teratai


Foto Google
Gula Batu Kuning

Cara-cara :)

1) Rebus barli dengan biji teratai dalam 30 minit atau hingga barli cukup kembang.
2) Masukan gula batu.
3) Masak hingga gula batu cair dan sejukan.


Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Begini hasilnya setelah siap dimasak dan disejukan.. Bahan-bahannya ringkas dan penyediaannya pun mudah..

Selamat mencuba ye..

Friday, October 15, 2010

Last la untuk tahun ni

Last la untuk tahun ni dapat ini.. Bukan hanya untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.. Ibubapa/Penjaga juga diberi ingatan oleh pihak sekolah.. Usaha pihak sekolah sangat aku sanjung tinggi.. Secara tidak langsung ingatkan aku yang aku ni 'tak boleh malas'..




Semoga mendapat keputusan cemerlang Muhammad Adam Lutfi untuk peperiksaan akhir untuk tahun ini.. Begitu juga kepada semua anak-anak kawan-kawan yang akan menghadapi peperiksaan ye..
Amin

Sekali diaorang hidangggggg..

Ziarah saudara belah 'besan' Abah di Felda Bukit Ramon, Kulai, Johor raya lepas.. Kali pertama ni datang sini.. Ye le besan baru kan.. Seperti biase kalau beraya.. kan minum-minum.. makan kuih raya.. bual-bual..  Tengah dok gituuu.. Sekali diaorang hidanggggggggggggggg.. "Ubi Rebus dengan Sambal Tumis Ikan Bilis".. Terbeliak biji mato ko!! Perggghhhhhhhhhhh!!.. Bestttttttttttt!!.. Den tak tunggu laieeee!!


Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

"Cikkkkkk.. Tapau bolehhhhhh?!!" hik3X.. Tak laaa.. Tak laaa.. Aku tak brani nak request pon.. Malu beb huhu.. sedap sungguh.. tapi Cik bungkuskan juge untuk Mak Dik.. eleh manje.. nyampehhh..

Thursday, October 14, 2010

Dessert Biji Teratai dan Cendawan Putih

Sesekali buat juga dessert mudah ni.. Jom tengok bahan..

Foto Google
Bijii Teratai (Lotus Seed)
Foto Google
 Cendawan Putih Kering (Dried White Fungus)

Foto Google
Gula Batu Kuning (Yellow Lump Sugar)

Cara menyediakan
1) Rendam biji teratai dalam 15 minit selepas cuci
2) Rendam fungus hingga lembut selepas cuci
3) Masukan biji teratai dan fungus dalam air. Didihkan lebih kurang 30 minit atau hingga biji teratai lembut.
4) Masukan gula batu. Sukatan ikut manis kesukaan masing-masing.
5) Sudah pasti gula batu cair sepenuhnya, sejukan dan sedia dinikmati.
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com

Lavender lagi..

Petang lepas Adam tuition kelmarin aku bawa Adam ke Lavender cawangan Tmn Molek JB.. Haaaaa.. bukan sekadar makannnn... 'Ada maknaaa' tu heheh..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Aku dan Adam pilih Baked Chicken Rice.. Minuman Adam pilih Hot Chocolate.. Aku pilih Teh O Limau je.. bagusnya pilih teh O ni boleh refill ehe..

Wednesday, October 13, 2010

Fenomena 10-10-10

10-10-10 wahh!! Bagi aku.. ia sekadar tarikh yang nampak cantik.. mudah diingat.. itu saja.. Seperti tahun lalu sambutan Hari Lahir 'Mak' pada 9 September 2009.. 09-09-09.. Cantik kan!!.. Tapi tiap-tiap tahun pada 9 September adalah istimewa bagi kami sekeluarga kerana dapat meraikan Mak.. Tapi memang kan.. apa saja yang kita lakukan adalah dengan 'niat'.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui niat kita kan.. Ingin aku berkongsi mengenai tarikh 10 September 2010 yang aku baca di sini. Apa yang baik kita ikutlah ye.. 


Monday, October 11, 2010

Rose Tea


Aku suka gak layan Rose Tea ni.. Bau rose yang harum tu je dah memberi terapi pada aku.. Tenang je rasa.. Tapi sememangnya kalau menikmati apa-apa jenis teh panas pun memang nyaman kan.. Nak buat pun senang.. Mari cuba..



Foto Google
Lebih jelas dari yang aku capture..

Hakmilk mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni rose yang aku punya..

Hakmilik mutlak ohoeya858.blogspot.com
Ni Rose Tea yang sedia diminum..
Boleh disejukan sebelum minum juga.. Aku suka minum pakai mangkuk ni heheh :).. Punye la nak menikmati hehe :).. Jemput minum..

Ba Zhen Tang

Mari layan ikan haruan lagiii.. Kali ni masak Ba Zhen Tang.. Nak tau klik sini. Aku akan makan waktu malam yakni sebelum tidur.. Chooop!! Tanpa nasi.. Meh tengok cara macamana aku hasilkan..
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ba Zhen sebelum dimasak
 
Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini kaedah double boil.. Masukan Ba Zhen dengan 500ml air ke dalam 'ceramic pot' atau 'double boil jar' dan double boil selama 2 jam...

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Setelah double boil 2 jam.. Ba Zhen akan jadi seperti ini..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Keluarkan Ba Zhen dan asingkan ia dari sup..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini rupa sup yang diasingkan tadi.. Tapis waktu asingkan sebab sup aku akan hirup sampai habis..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Kemudian masukan semula sup ke dalam 'ceramic pot' dan ikan haruan.. Double boil lagi selama 30 minit saja..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Ini hasilnya selepas 30 minit..

Hakmilik ohoeya858.blogspot.com
Sedia untuk dinikmati.. Habiskan ikan dan supnya sekali.. Kasi licin :)
Selamat mencuba..