Tuesday, August 17, 2010

Interview

Nak cari skill worker buat wiring susah la skarang nih.. Yang datang interview smua nak jadi 'supervisor' saje.. request gaji minimum RM1,800.. ermmm..
amount bukan kita tak boleh kasi tapi simple cable / wire size pon berkerutt nak menjawabb.. camner nak supervise.. adoiaiii..
nape la bebudak muda 20an tak nak bukak mata dan hati untuk 'belajar' dulu.. 
yang datang 30-40an kerek lah pulakk!.. bila ditanye cam nyampahh je nak jawab.. tau sangat pon idakk..ermmm.. mintak mahap lah 'pakcik' bulan puasa nih.. kata datang nak interview.. cam tu lah pulak peel nyer..
yang datang kata experience dah 3-4 taon tapi sebut laying cable pon susah nak paham.. tu belom ceta bab internal external cable.. lagi bab underground cable.. trunking with breaket lagi lah tak tau.. agaknya trunking tu ape kaler dia pon tak tau.. hurmmm...
ditanye tau buat CCTV jawabnye 'TAU'.. penah lay computer cable.. 'PERNAH'.. pehh confident gileer.. tapi ditanye RJ cable.. tak tau lah pulakkk!!.. arrrggghhh!!.. tensionnn!!.. keje banyakk ni wokkk!.. orang keje takde!!..
gak nye lah ape yang dalam pikiran dan pahaman diaorang bila disebut 'wireman'.. 'juruletrik'.. yang dok 3-4 taon pegang tangga saje tu ker.. yang dok takat hulur equipment saje tu ker.. yang duduk sebelah driver lori tu ker.. dushh!! dushh!! sabau je la..
fenin arrr.. tulun.. tulun..

Monday, August 16, 2010

5 Ramadhan

Semalam balik kampung.. Buka dengan family.. Memang mewah rezeki..
Adik aku Mummy masak kari 'ayam kampung'.. Karinya pekat dan kering.. Pastu ade kangkung goreng.. Lagi ada rojak timun-nenas.. Mummy sempat lagi tunaikan permintaan anak aku Adam nak 'bubur sum-sum'.. wahh!!
Adik ipar aku Ila masak lontong dengan sambal udang.. Fuhh!! Pedas la dik.. tak selera je aku tengok Ila nih.. 'tumbuh telinga' kottt!! Amin.
Adik ipar sorang lagi Fendi beli 'jus tembikai pure'.. Air soya panas dengan murtabak special.. Kuah kacang dal dia memang sedappp gilerrr..
Mata punyelah dijamu dengan memacam hidangan.. Alhamdullilah.. Tuu yang sampai lupa nak amk gambarrr adoiaiii..
Apa pon.. Kurma Safiya pembuka utama..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam. Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia telah tiba.. Syukur pada Ilahi kerana masih berpeluang menyambutnya tahun ini..  Selamat Berpuasa untuk seluruh muslimin dan muslimat.

Sunday, August 8, 2010

Family BBQ..

Mewah rezeki aku hari ni.. Ini last aktiviti sepanjang hari ni sebelom balik rumah.. Rasa dah macam teksi pn ade.. Best la kan dapat kumpul adik beradik tapi Pak Ngah takde gi mancing..
Yang paling sebokk mestilah Pak Long gan adik aku Mummy.. Pak Long kenalah idupkan api untuk panggang dulu sebab dia aje yang lebih boleh dipercayai dapat idupkan api.. Kalau orang lain agak-agaknya lah.. pukul 10 malam pon lom dapat start BBQ kui3.. 
Yang nak diperam Mummy yang settle.. Mummy buat sos black paper sendiri lagiii.. Pendek kata, asal bab makan kt family aku ni.. Rujukan nyerr Mummy he3.. 
Adik ipar aku, Yana memang terer bab air.. Malam ni dia jamu "Sirap Bandung Ais Krim Soda'.. Kelasss lah ko dikk..
Boy memang nak makan besar malam ni he3.. Sotong, udang, ikan dia sponsor.. Memang adik aku sorang ni dah makin membesar.. peyotttt nyerrr!! kui3..
Haaa.. Ini semua gambar 'asal kejadian' ye..


Dan lepas tuuu..



Dah gitewww.. layannn..

Abah senyummm je.. Dah kenyang la tu..

Bakso Imas..

Aku gan Azie ke rumah Imas.. Lepas siap masak tengahari untuk anak aku Adam dengan Mak Dik.. Kang kelaparan pulak bebudak ni tak dimasakan kui3.. Sebab Mak Adik ni tak pandai guna equipment dapur rumah aku he3..
Dah inform Azie tak boleh lepak lama-lama sebab aku nak balik kampung ade 'Family BBQ'.. Lama tak jumpa Imas.. Last jumpa 'Open House' Hari Raya tahun lepas.. Lama tuuu.. Ni dah dekat puasa.. 

Bakso Imas

Kuih ni Imas beli je..
Tak nampak pulak bahan-bahan lain.. Sebenarnye Imas masukan bahan-bahan lain dulu sebelum masuk mihun dengan dup.. Jadi nyerr tak dapatlah nampak apa yang ade di bahagian bawah.. Masa amik gambar pun tak pulak ingat nak kacau dulu..
Sedap betoll!.. Tapi Imas kata kali ni dia tak rebus tulang lembu.. cuma tulang ayam je.. Pada aku ni pun dah sedap gilerr.. Tima kaseh Imas..

Terjebakkk aku..

Pagi ni lepas antar anak ke Fardhu Ain, plan ke Giant Plentong gan Mak Adik.. Mak Adik nak belanja barang dapur gitu.. Terima pulak sms dari Azie yang inform Imas jemput by Face Book Wall makan bakso kat rumah dia.. Alhamdullilah.. Ade rezeki makan tengahari he3.. Imas punyerr bakso memang kelasss.. First time dapat rasa hari raya tahun lepas.. Aku sukerr bangettt.. Imas asal dari Indonesia yang kahwin dengan orang Malaysia berbangsa Cina.. Ok ni ceta tengaharilah..
Ni nak ceta yang aku terjebakkk gan 'The Body Shop'.. Nak tengok-tengok kunun.. Haaaaaa.. RM360.35 bayarrr!!!.. Sebenarnya dalam pikiran ni memang nak beli hadiah untuk diri sendiri Julai lalu kui3.. Aku survey beberape product dari beberapa jenama termasuklah 'The Body Shop' nih.. Tapi aku delay kan sebab ade yang lebih perlu..
Kebetulan ade offer 3 barang 10% discount, 4 barang 15% discount, 5 barang 20% discount.. Ni kalau tak silap ingatan lah ye!.. Tak tanya pulak aku offer ni sampai bila.. Siap dapat voucher lagi RM20..
Dengan amount aku nih, aku dapat 2 keping voucher selain discount he3.. Voucher yang pertama aku terus guna he3.. Tinggal lagi satu yeaaa!.. Kena guna before expired date!.. Simpan raya he3..
Aku rasa berbaloilah.. Dan inilah yang aku dapat dari amount tersebut.. Ok kan..

Saturday, August 7, 2010

Siti dah bersalin..


Siti Norehan.. telah selamat melahirkan baby sulung seorang 'Puteri' pada 3hb Ogos lalu.. Shayanggg u CT.. Aku taknak tangguh lagi tengok baby.. Teruja masa dapat sms CT, inform dia dah bersalin.. Azna dah tunggu kat sana.. Sedap betolll murtabak yang u beli Azna he3.. Asal makan sedap saje ki3..

comeiii.. nangisss pulakk..
Mama Izan (Azna) N Mama 'O'
Kita dah dapat satu baby girl lagiii Mama Izan.. Makin besar family kita kannn.. Gambar Ct tak dapat di interframe kali ni he3.. CT tengah pantang kannn.. Siannn CT.. Takpe lepas pantang cepat-cepat aerobic semula dan kasi service whole body k dear he3..

Friday, August 6, 2010

Tayar..

Adoiaii.. Minggu lepas 2 kali ke Tyre Shop.. Tayar bahagian depan sebelah penumpang (kiri) kena 2 biji paku dan dalam masa yang sama tayar bahagian belakang belah yang sama 1 biji paku..  Selang 2 hari lepas tu, tayar bahagian belakang belah kanan pulakkk!! 1 biji paku tembusss!!
gambar google
Hari ini lagiii.. Paku dan dawai tembusss kat tayar belakang belah kiri.. Aduhhh!! Entah knapa.. Kali ni kat site asyikkk saja kena paku.. Cuaca panas lagi pulakk.. Tapi syukurlah sempat pam angin kat petrol station dulu sebelom ke tyre shop.. Jadi gelakk si Tan, budak mekanik yang tolong aku patching tubes tuhh! Sabar je laaa.. Sabar Oeya.. Sabar.. Aku perlu ke site yang sama nih dalam sebulan lagi.. Moga tak lah kena lagi, Amin.

Gigi

gambar google

Baru selesai buat pemeriksaan gigi.. Buat full mouth scaling and polishing.. Dah mcm kereta pulakkk kui3.. Bukan tu saja.. Kena 'tampal' koo.. Bocor rupe nyerr gigi aku nih he3.. Filling kata Dr. gigi.. Ngiluuu u.. Dr. Yap yang periksa aku cantik orangnya.. Aku sukerr hasil kerja dia yang pantas dan yang penting tak menyakitkan.. tu baru dipanggil professional kan.. Ada kelapangan awak-awak semua buatlah pemeriksaan gigi ye.. Terutama yang dah lama tak buat tu.. Bagi yang hisap rokok tu.. lagi-lagilah kena cepat-cepattttt.. Ok selamat check-up.. 

Thursday, August 5, 2010

Lelaki pukul Wanita..

Pagi ini dengar rintihan seorang wanita dari Cheras yang kena pukul oleh teman lelakinya. Wanita tu ceritalah yang mereka akan melangsungkan pertunangan dan pernikahan lepas raya tahun ni.. Kira dilangsungkan sekali lah gitew.. Dan keluarga kedua-dua belah pihak pun dah maklum tentang perancangan ini. Maknanya tak ada halangan lah kan untuk mereka teruskan hubungan. Tapi atas sebab-sebab 'internal' antara mereka berdua yang kita tak berapa nak maklum, 'Si LELAKI MEMUKUL WANITA' tersebut!! Wahhh!! Boleh gitu?!! Belum jadi "SUAMI" tu.. Kenapalah sampainya hati memukul wanita wahai lelaki..
Pada aku lah, atas alasan apa sekali pun, tak selayaknya orang perempuan di pukul oleh lelaki.. Upayanya orang perempuan ni takat manalah lelaki oiii.. Kalau dalam ertikata nak 'mengajar' pun, takyah lah pakai pukul-pukul bagai.. adoiaiii.. Bincang boleh.. Wakil boleh.. Orang tua boleh.. Banyak lagi cara yang boleh dipakai wok..
Ni lah kita ni ada akal, gunakanlah.. Orang perempuan hati-hatilah mencari suami yang akan jadi teman hidup selamanya untuk kita.. Kalau ada senang jengok-jengoklah blog Kriteria Lelaki Soleh. Bila hal macam ni jadi pada kita, haaaaaa.. HOSPITAL NO. 2!! BALAI NO. 1!! aaaaaa.. Lain-lain ceta boleh! Nak ampun ker.. Nak kenen balik ker.. Boleh!! COURT ceta.. Lain tempat takkk sesuaiii wokeyyy!!..

gambar google

Wednesday, August 4, 2010

Jelita

Aku belum kenal lama dengan sahabat blog Che Mat Gebu (CMG) tapi sejak melayari blog beliau, aku terus suker.. Ape yang di post selalu nyer akan menarik minat aku untuk layari blog beliau setiap hari.. Lagi pun aku sukerr CMG punyer koleksi pinggan-mangkuk.. Bukan tu saja.. Beliau juga bercucuktanam tau.. Haaa itulah CMG yang aku kenali di alam blog.. Aku ni sangat sukerr makan, tapi... tak tau n malas masak guna bahan2 yg byk he3.. Memang aku tiap2 hari masak utk sarapan gan makan malam, tapi taklah berlaukpauk mcm CMG masak kui3.. Aku kalau nak makan yang macm CMG masak, kena blik kampung jumpe adik sebab dia pandai n sukerr masak haaaaa gitew.. Ni sekarang hasil tangan CMG dah dapat tengok kat majalah Jelita.. Aku yg antara ramai2 peminat beliau yang pasti tak mahu ketinggalan dapatkan.. So ini lah yang aku maksudkan..

Majalah Jelita Jun 2010  
Ini hasil tangan CMG (Jelita Jun 2010) 
Ini juga hasil tangan CMG (Jelita Jun 2010)
Majalah Jelita Ogos 2010
Ini hasil tangan CMG (Jelita Ogos 2010)
Ini juga hasil tangan CMG (Jelita Ogos 2010)

Thursday, July 29, 2010

Sahabat Blogger

~gambar profile the secret medicine~

Kali terakhir pada Mei tahun ini blog yang aku ikuti the secret medicines tak ada new post.. Tertanya-tanya juga hati ini kenapa eik?!!.. Masih bermasalah dengan 'Jalur Lebar Tanpa Wayar' nya ker saudara tu.. Blog ini la antara yang menyedarkan aku banyak perkara. Aku suggest korang layari blog ni dari awal. Memang blog ni mempengaruhi aku tukar banyak benda di dapur he3.. Yang baik kita ikut bagus kan.. Bila aku derhakakan (words CMG) yakni gunakan semula keperluan dapur seperti asal... nahhhhhh!! Kadar timbang berat badan 'naik' tak agak-agak waaaaaa... dah satu keje lagi pulak nak abiskan stok yang sediada sebelum ikut semula dan turunkan berat badan huk3.. Ni namanya 'sendiri cari pasal' hik3.. Eksperimen kunun..
Apa-apa pun aku doakan sahabat blog ini berada dalam keadaan sihat dan boleh terus meng'post' yang dapat kita kongsikan sama-sama, Amin.

Penjagaan Tumit Kaki

~gambar dari google~


1) Rendam kaki dengan air suam
2) Guna 'batu pumis' untuk melicinkan kulit kasar
3) Keringkan kaki dengan tuala bersih
4) Sapu krim rawatan intensif tumit rekah seluruh kaki kecuali antara jari-jari kaki
5) Setelah krim sudah meresap pakai stoking sebelum tidur

Aku dapat cara-cara ni dari sebuah majalah tapi lupa majalah apa dan keluaran bila. Tapi aku tak pakai krim yang dimaksudkan dalam majalah tu kerana aku ni pun bukan rajin sangat nak menggilap kaki sendiri he3.. Aku tukar dengan toner yang dikhaskan untuk membersih muka ha3.. Kalau dah memang malas cam aku ni gini la kui3.. Kekadang bila ada kelapangan dan rezeki lebih aku gi saloon je modal RM30.00 untuk cuci kaki.. Lagi senang, tinggal duduk je he3..

Harusss bertatarias..

- gambar dari kazee hair studio -
Sudah masuk bulan ke 4 tak repair rambut he3.. Pergi ke Hair Saloon pun utk cuci dan treatment saja.. Awal bulan Ogos ni rasanya kena jugalah dekorasi sikit rambut nih. Fesyen?!! Ermmm.. taklah.. repair biasa saja.. Aku selalunya akan ke kazee hair studio
Aku suka ke sini sebab selalu perkhidmatannya memuaskan hati aku.. Orang lain tak taulah kan.. Boss saloon ni sangat muda, Kelvin namanya. Dia punya kesungguhan memang mengagumkan aku. Yelah.. kalau tengok umur dan saiz dia cam tak sepadan dengan kejayaan di saloon dia.. Macam aku selalu cakap "tak sepadan badan".. Bagus kalau lebih ramai anak-anak muda macam dia..
Baru-baru ni dia ke Melbourne, Australia menghadiri Revlon Professional Artistic Members Training di Ozdare Academy. Haaaaaa... tu diaaa.. Bagus kan Kelvin ni. Assistant dia pun tak menyentapkan jiwa.. Aku suka juga pada Yuriko.. Cantik dan bijak..
Sebenarnya dia tak tau pun aku tulis ala ala promote dia kat blog aku ni.. Kalau dia ada hati nak buka blog aku ni pun, lom tentu dia faham apa yang aku dok 'up' dia he3.. Aku pasti ke sana..

Monday, July 26, 2010

Ini hari..

Alhamdulillah, awal pagi dah hujan. Biasanya aktiviti bergerak perlahan ketika hari hujan kan.. Memandu pun lebih hati-hati. Letih sikit hari ni, sebab aktiviti semalam. Sebab sebelum puasa mula, biasanya aku upah orang bersihkan seluruh rumah dan tahun ini pun ingat nak upah orang juga kemaskan seluruh rumah. Tapi semalam hati ada sikit senang untuk buat sendiri he3..  Letih tau buat sorang-sorang adoiaiii.. Walaupun bukan seluruh rumah dapat dibersihkan tapi dapatlah buat yang terdaya dulu. Ingat nak bersihkan sikit-sikitlah sampai siap he3.. Moga laratlah.. Maklumlah hari-hari biasa setakat buat yang rasa perlu saja..
Selepas Zohor ke rumah Abah. Sejak Mak dah tak berapa sihat ni, aku seboleh mungkin balik rumah Abah waktu tak kerja. Itu pun lepas Adam balik dari kelas Fardhu-Ain. Hari ni pulak tak ada kelas. Seharian di rumah Abah saja dan selepas Isya' balik ke rumah.
Keperluan untuk esok perlu disiapsediakan malam supaya tak timbul masalah lewat dan tertinggal.. Dan hari ini menikmati baki keletihan semalam yang dalam masa yang sama harus kerja... Moga hari ini urusan berjalan lancar, Amin.